Pixajoy

Friday, March 01, 2019

Home » Resepi Rojak Mee/Pasembor

Resepi Rojak Mee/Pasembor



Wah dah Mac, lama tak sapu sawang blog. Mari kita mulakan 2019 dengan entri resepi. Ni kira pertama kali aku buat versi kuah camni, selalu dok buat gado-gado yang kuah kacang biasa tu ja. Kira kena selera, en suami dan Aiman pun pun puji sedap.

Basically dia punya bahan lebih kurang sama, ada timun, taugeh, sengkuang, telur,  kentang, tauhu, tempe goreng dan sebagainya. Bagi aku kalau gado-gado macam wajib ada kangkung. Bila namanya rojak mee wajib la ada mee. Plus cucur pasembur tu baru namanya pasembur. Rojak dan pasembur ni benda sama je, orang utara panggil pasembur, kalau orang selatan panggil rojak.

Aku bagi resepi kuah dan cucur kosong je la ye. Bahan-bahan lain tu pandai-pandai la hangpa. Mee dan taugeh tu celur, tauhu kena goreng dulu, telur dan kentang kena rebus.  Kalau kat Johor, tauhu biasanya dibakar. Telur dan kentang tu pun ada orang rebus pastu gorengkan pulak. Buat la macam mana pun ikut selera memasing.

Resepi macam biasa takda sukatan belasah je la agak-agak, yang baru nak belajar masak tu jangan la refer resepi blog aku, resepi aku untuk yang dah expert masak ja. hahaha.


Resepi Cucur Kosong

Tepung gandum + gula + garam + sedikit soda bikarbonat + serbuk kunyit + air secukupnya. Bancuh macam buat cekodok pastu rehatkan sejam. Nak goreng nanti baru masukkan sebiji telur.


Resepi Kuah Rojak

*Keledek oren di rebus kemudian diblend bersama udang kering. Ketepikan. 

*Kacang tanah disangai dan di blend, ketepikan. 

*Cili kering + bawang merah + bawang putih + halia ( bahan rempah) blend,  ketepikan. 

Cara-cara : 

Tumis bahan rempah hingga naik minyak. Masukkan bahan kisar keledek + udang kering tadi, tambah air banyak mana kuah yang kita mahu. Masuk air asam jawa, kacang tanah,  kemudian akhir sekali masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.  


Taraa...Siap!






1 comments:

OKje said... Best Blogger Tips

Lagi hari tu teringin makan rojak tau.... Kebetulan masuk blog ni tayang rojak pulak, jadiklah jamu mata yg sedang teringin....Malaslah nak buat PK, Manusia dlm rumah ni bukan suka pun...baik beli. Kekdah paling senang hahahhaa