Macam biasa setiap tahun raya Alor Setar dulu. Rabu malam last ibu duty, Khamis sehari sebelum raya baru bertolak balik. Kali ni turn ibu cuti raya. Sambung cuti seminggu je. Raya ketiga baru bertolak balik Nibong Tebal.
Sebelum tolak balik kampung
My Afia My Aryan
Raya kali ni sedikit berbeza. Pak Usu ( adik MIL ) sefamili dari Johor datang beraya ke Kedah, jadi agak ramai dan meriah. Cucu Tok Mat je dah 8 orang plus dengan anak Pak Usu 5 orang macam pasar malam dia punya bising, sakan depa bergusti.haha..
Selepas solat raya, sesi bermaafan dan beri duit raya kita pun bergambar. Tak banyak sangat picture. Yang ada ni ja kita tempek buat kenangan.
Tak pandai nak selpiaq. Masuk sipi2 ja haha
Mak Abah adik ipar dan famili Pak Usu
Ibu dengan Aryan masuk, Abang Aiman tolong snap.
Setiap tahun pun memang susah nak bergambar dengan anak-anak, macam-macam hal. Afia dengan muka monyok. Aryan dengan buat perangai mengantuk teruk. Laju-laju snap pastu masuk bilik tidurkan Aryan.
Dua-dua pakat nak dok riba ibu
Penyek dah pun ibu
Tengok Kak Pia muka tak manis langsung
Dan snap ni ja ngan Aryan sado
Zoom masa dia duduk nak tangkap gambar reramai jadi la.
Afia si hidung kepek
Muka terpaksa bergambar. Kak Pia mood tak elok sedia.
Masa ni mood tengah baik lagi mau senyum
With Cousin, Damia
Menu Raya Pertama macam biasa la ketupat palas wajib. Rendang kambing aku masak, Rendang Tok Ayam dan Ayam Masak Merah Mak Usu masak. Nasi Minyak dan segala bahan lain adik ipar masak. Kari daging dengan koteaw Theng pun adik ipar masak. Aku lupa nak snap dah banyak sangat makanan.
Ketupat rendang & lauk pauk nasi minyak
Kek lapis 4 jenis plus marble cheese, kek oren, kek taik cicak dan japanese cotton cheese takda dalam pic semua adik ipar buat.
Kuih raya 14 jenis adik ipar buat juga
Antara semua kuih, kuih oreo ni ja aku suka, dok ulang makan tambah kalori. Tart cadbury pun rasa biasa2 saja.
Petang tu dapat la ziarah 2 3 buah rumah jiran. Lepas Asar gerak konvoi 3 buah kereta beraya umah sedara. Dapat la 2 buah rumah.
Rumah ayah ( abang FIL ) Bukit Pinang
Rumah Pak Tam ( abang FIL )
Ajak Fayyad selfie.
Tamat raya pertama. Nanti sambung lagi entry raya.
3 comments:
Meriahnya raya.
Selamat hari raya Muni 😊
Meriahnya raya sis.. Rajin adik ipar buat kek dan biskut.. Salam Aidilfitri sis..
Post a Comment