Pixajoy

Saturday, February 17, 2018

Home » Bacalah Anakku Afia Buku 5

Bacalah Anakku Afia Buku 5



Alhamdulillah dah habis buku 5. Buku 5 ni ambil masa paling singkat. Afia meroket laju ajak baca sentiasa, tak payah kerah dia sendiri jadi minat. Buku latihan pun sepanjang hari dok buat. Sampai pukul 1 2 pagi dok tulis. Ibu naik pening.hahaha..

Pastu kan asyik minta aktiviti. Ibu dah tak boleh fikir idea on the spot. Buat latihan padankan ajelah. Baca dan padankan ikut gambar yang ibu lukis. Lukisan tu seadanya hentam sajalah labu.

Kat office selalu banyak masa untuk aktiviti, ibu tak terikat dengan kerja rumah dan kerja bundle

Ni kat rumah asyik ajak baca. Sebab dia aim toys atau handphone depa dah rosak..free gadget jadi takda benda nak buat asyik ajak baca dan tulis..rasanya la..tak pun sejak dah pandai baca ni jadi semangat lebih.

Teman ibu snap gambar sarung bantal sampai pukul berapa pagi tak pandai tidur

Balik keja sambung buat buku aktiviti kat rumah pulak

Doctor playset tu dia request. Cutting vege and fruits pun mau. Apa ajelah anak oii janji rajin baca. Benda tak sampai dua puluh ringgit pun.huhu

Dr Afia in the house. Nak yang ada speck mata katanya sebab doctor toys yang sebelum ni speck dah hilang.

Permulaan Buku 6 tak susah sangat seperti yang ibu jangka. Afia dapat blend suku kata terbuka dan tertutup dengan baik. Dah setengah journey Bacalah Anakku Afia, semoga dipermudahkan sampai Buku 8 kemudian menyusul read easy pula.







2 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Doctor set sama mcm Alia dan Ain beli semalam di Ninso. Kan... bila dah reti baca automatik budak minat nak baca.

Hans Hanis said... Best Blogger Tips

bagus Afia
semoga jadi anak solehah