Seminggu berlalu. Hari ni dah mula sesi minggu yang kedua persekolahan. Nak simpan juga cerita kenangan Afia sekolah kat sini. Biar nanti jadi bukti kisah tragis Kak Pia kena rasuk di hari pertama.haha..
First day ibu duty malam, so pagi tu siap dari office ibu terus ibu abah hantar ke sekolah. Alhamdulillah Afia sejenis yang senang bangun tak ada masalah mandi pagi macam Abang Aiman juga.
Kat kantin nampak muka nervous dia tapi sempat tau peace bila ibu snap. Perhati balik gambar tu memang nampak kerisauan di muka dia.
Abang Aiman cool seperti selalu. Tahun ni dah Darjah 5. How time flies.
Sampai dekat kelas cikgu tanya nama apa terus macam lain dah muka. Afia tak jawab apa cikgu tanya pastu tak nak masuk kelas. Punggah ibu kata.hahaha..Pujuk punya pujuk dah nangis dah. Ajak masuk kelas sekali dengan ibu tu pun jenuh pujuk kat kerusi pun dia tak nak duduk..pujuk lagi siap sogok dengan mainan apa pun tetap nangis. Bila tanya kenapa nangis Kak Pia takut apa dia kata takut cikgu. Cikgu punya baik punya comel camtu dia kata takut. Alasan sangat.haha.
Lepas dah habis modal pujuk sampai ibu rasa dia dah tak boleh makan pujuk ibu terus keluar je dari kelas. Ibu nak balik tu dia melalak punya teruk berlari depan pintu cikgu tangkap tutup grill depan, pintu belakang dia lari.
Masa ibu dah jauh sikit dari kelas ibu nampak dia meronta depan pintu jerit tak nak sekolah. Abah bagitau siap adengan mengamuk tarik tudung lagi ok.haha. Padahal dia yang excited sangat nak sekolah tiba hari pertama macam kena rasuk. Ibu suspek Afia mungkin terkejut kot. Masa mula tu dia tunjuk bilik taklimat yang kami pergi hari tu mungkin dia bayangkan tu kelas dia. Tiba-tiba sampai macam asing bagi dia tu yang jadi takut.
Abah masih kat depan pintu luar katanya tak sampai hati tengok anak melalak camtu rasa nak bawa balik ja bagitau cikgu tahun depan je hantar sekolah.kihkih.Balik rumah ibu abah dok risau ke dia je, tak lalu makan dah tak expect la hari pertama tu sangat teruk dari apa yang ibu bayangkan. Abah kata takut dia melalak sampai 2 jam nanti keras kejung.hahahaha..Walaupun risau, hati ibu rasa dia mesti ok..pandai la cikgu nak handle kan.
Tiba waktu balik, masa ambil kat kantin tu nampak Afia ok. Dia datang kat ibu tanpa tudung dengan rambut serabai. Ibu tanya Kak Pia ok tak sekolah. Dia kata ok..best sekolah...hari ni belajar kaler...pastu tanya makan apa dia cerita minum milo makan mihun goreng. Cikgu pujuk bagi coklat katanya. Kak Pia suka cikgu baju purple tu yakni cikgu yang pujuk dia..tu la mula-mula kata takut.hihi
Cikgu pun cerita bagi coklat dia kata nak aiskrim. Amboi Kak Pia dalam dok drama tu pun boleh demand sangat tau.hahaha. Bila tanya esok nak sekolah tak, dia kata mau, tak mau nangis dah esok. Lega ibu abah.hehe..
Balik sekolah terus ikut ibu pos barang.
Ibu ajak ke Pejabat pos teman dia kata nak pakai tudung ni yang bertudung semula. Letih sangat kot melalak pagi tadi sampai tertidur dalam kereta.
Sampai rumah dok buat manja pulak tak larat jalan. Abah dukung naik tangga sampai atas..ibu pun sepanjang hari layan elok nak jaga hati punya pasal..hahahaha..
Hari kedua nampak sangat excited nak sekolah. Hilang dah kerisauan di wajah. Ceria je..ibu hantar sampai depan pintu terus balik. Dia masuk elok je tak nangis Alhamdulillah.
Peace..
Balik rumah hari kedua tu bagitau cikgu belanja nasi goreng ( padahal makan kat sekolah ) pastu cikgu bawa pi padang main bulat ( pegang tangan buat bulatan tu dia maksudkan) pastu kutip coklat. Cikgu kata kena rajin sekolah nanti cikgu bawa mandi kolam. Cikgu beli 3 kolam kat Tesco katanya.hahaha...
Hari ketiga tak sempat snap dah ibu kalut kerja office hour dengan abah niaga pagi hantar Aiman Afia ke sekolah pun dah lewat. Hari ni pun ok mood baik je.
Balik school ibu belanja aiskrim. Tudung masih on point time balik ok la kan.hehe
Esoknya ada aktiviti air cikgu dah inform kat group whatsapp pastu bagi surat. Betul la dia kata cikgu nak bawa mandi kolam.hehe.. Bila tanya nak pakai baju apa.. Afia kata nak pakai bikini frozen dia tu. Tak boleh la seksi sangat terkejut cikgu nanti.
Petang tu dia tidur jaga lepas maghrib siap mandi macam mamai dok tanya nak pakai apa pasal baju mandi dia semua rupanya dia ingat dah pagi. Kes tak sabar nak mandi kolam sangat la tu.hahaha
Cari dalam almari jumpa yang ni boleh la kan. Pose macam-macam gaya la bila suruh try.
Hari ke empat abah niaga ibu kerja pagi abah hantar sekolah Abang Aiman tolong hantar ke kelas. Antara gambar aktiviti minggu pertama cikgu update. Ibu teruja tengok Afia dah sekolah...moga dapat semua input yang cikgu ajar dan behave sepanjang tahun.
Aktiviti mengenal jantina boy and girl kata cikgu.
Tak sabar dah tu nak mandi kolam
Mandi kolam belakang kelas. Macam sardin tin camni pun dah seronok sangat dah la Kak Pia.hehe..
Setiap petang balik sekolah tidur. Letih teruk sepanjang minggu. Kain pelikat busuk Abang Aiman tu dia buat selimut.
Ibu tengok dalam beg ada 2 kertas dot dot activiry Afia buat kat sekolah dia tak siapkan bila tanya kenapa tak buat boleh dia kata malas. Afia bab menulis mewarna memang dia drama sikit nak buat. Nak aktiviti je kalau kat rumah pun. Bukan tak pandai tapi banyak alasan. Harap-harap dah sekolah ni makin ok.
Ni kertas yang dia buat kat sekolah mewarna pun dah makin ok.
Tahun ni nak mula serius ajar Afia Iqra pastu nak teruskan Bacalah Anakku sampai tamat Buku 8. Dah bagitau ibu ajar cara fonik..kat sekolah cikgu ajar lain..moga Afia tak keliru dapat catch up keduanya.
7 comments:
Alhamdulillah. Afia Pra sekolah ke pk.. Cepatnya lahai kan.. Dah besar dah haa..
Mencabar juga tu.. Sian dalam masa yg sama nak ajar deme berdikari. Kan..
Alhamdulillah akhirnya njoy.
Rania, alhamdulillah ok juga hari pertam. Saya hantar tinggal terus. Hahaha. Kerisauan takut dia ngada plak kalau dok tunggu tgk..
Samalah bik skolah. Comfirm terlepek lena..
Letih bangun awal.. Hihihi
Dia nangis masuk klass sebab ibunya dlu nangis jugak masuk klass. Hihiii.
Comelnya Afia
mencabar sikit tahun ni sbb ada anak darjah 1
Comel sangat Afia walapun nervous..
Cian dia masih dalam proses menyesuaikan diri di Darjah 1..
Bila ada kawan nanti okay kann Afia..
Pra 5 tahun ni bukan darjah 1...kku darjah 1 nangis memang tak layan la.hahaha
Sekolah tadika ka sekolah betui ni PK?
Tu diaa comey Cik Pia pakai tudung. Bersih bercahaya muka dia... tp syangnya kena rasuk haha....
Biasalah budak budak first time masuk kelas, jumpa kawan baru... Nasib mak dia pun tak kena rasuk jugak
๐๐๐ teruk ibu dia pi tinggai masa Kak Pia meraung... cuak kot dia no...
Post a Comment