Hari kedua di kampung. Balik kampung pun entry sampai dua part. Namanya blogger semua gambaq pun nak tempek masuk blog. Bukan selalu kan balik kampung.hehe..
Tenghari tu ada kenduri tahlil dan yasin anak jiran masuk rumah baru. Hidangan nasi lauk kambing, daging, ayam, ikan dan pelbagai jenis ulaman. Kena nasi kat sini sedap dan kenyang baq hang. Afia pun kemain suka la satu hari dia dapat kenduri jajan.
Afia dan Acu
Lepas tu baru kami bertolak ke kenduri kahwin cousin aku. Sampai sini perut dah kenyang kan, menu nasi lauk memang tak belek dah. Aiman Afia macam biasa serbu aiskrim dulu. Aku makan laksa dan roti canai je. Cendol kena dua mangkuk.haha Memang sedap cendol rumah kenduri, kacang merah buat sendiri lemak manis berkrim. En suami pun dok ulang makan cendol siap interview owner.
Sebelum makan memang kami masuk lepak kat dalam rumah kejap tengok pelamin dan hantaran. Sempat juga anaknda berdua posing depan pelamin DIY pengantin.
Ingat nak dok lama sikit la kat rumah kenduri, sekali Afia dah start buat perangai. Cuaca panas mula dah gatal badan...mengomel kak pia pening kepala..sakit perut la..nak berak semua modal ajak balik dia keluarkan. Kata nak singgah Mydin hilang pulak semua sakit.hehe
Ni je la aktiviti wajib dia
Habis seround naik car dah menangis nak naik motor pulak. Ikut ibu malas dah nak layan. Abah depa la ni hati lembut.hihi
Tadi beria nangis..Dapat naik suruh senyum elok je dia pose. Drama je semua ni.hahaha
Abang Aiman request nak kasut bola siap bawa duit tabung dia tak menyabar sangat dah nak beli kasut. Konon nak ajak Pak Ndak dia cari kasut bola. Pak Ndak tak ada Pak Njang pulak kata dah dekat nak puasa mana nak main bola dah. Nanti lepas raya la beli..cari kasut mahal dan elok sikit.
Dah rezeki Aiman jumpa offer kasut bola dekat Mydin. Sengih sampai telinga. Malam nanti tiduq peluk la kasut bola kata abah.
Yang si Afia tak habis lagi paw abah dia.hehe..
Esok petangnya balik SP diduga kereta tetiba break down tersadai tepi highway. Pertama kali la merasa kereta kena tarik dengan PLUS. Sungguh kenangan tak boleh lupa. Mujur takda apa-apa, rehat sejukkan enjin sekejap pastu teruskan perjalanan kereta tak buat hal dah. Kalau kena tarik kereta pergi bengkel mau terbang ribu riban. Alhamdulillah Allah bagi ujian ikut kemampuan kami.
8 comments:
Dekat mall kan sejuk tak panas selesa nak main
Di rumah org tak bebas dgn cuaca panas lagi..
In sha Allah minggu depan pula kami sekeluarga akan balik ke kg nak sambut ramadan di sana
Pandai Cik Pia pow abahnya. Nak buat macamana, anak abah, layankan ajelah. Aiman nak beli kasut bola tu untuk main bola ke atau untuk melaram masa raya? Hehehe...
ala siaaann tak tahan panas ye pia. hehehe...
pandaii nge pow abah dia ni... biasala kak anak perempuan mmg manja dgn abah.
Anak abah ye pia. =D nasib baik abah rajin melayan..!
bestnya dapat balik kg..
Alhamdulillah nasib tak der apa2 yer... kalau masuk bdngkel haru jugak... penat lagi... RM pasti melayang.. dugaan tu... apa pun .. puas dah hati si kecil yu paw abah nya... hilang segala sakit perut sakit kepala dia yer..
alahai. syukur xda pa pe kan..
eh eh sama pula xtvt kak pia dgn rania minggu ni. hihii
bawa main keta tu juga..
asalnya bg rania naik skuter tp dia gheti nk pijak. laratt kite nak tekan sbil tertonnggek.. kekekeke
sudahnya naik mini cooper je lah.. guna remote..senang..
Pernah ada pengalaman kete rosak kat hiway..
masa tu tgh sarat...mmg terkejut
itulah dugaan hidup PK...
Post a Comment