Kisah Sabtu lepas, masih di Alor Setar. Pagi ni Aiman Afia bangun lewat, letih sangat kot tengok bola malam tadi. Tengahari tu ada kenduri dekat kawasan blok taman, so memang rezeki kami dapat makan nasi kenduri. Jimat dah makan cemey.muahahaha..
Cuaca panas betul kan sekarang. Nak ke kenduri pun kena berpayung segala. Bila Abang Aiman minta cap pada Maktok, Si Kak Pia ni pun sibuk sama la nak pakai topi. Peace yoo!!
Nasi kenduri saja ada 3 jenis, nasi putih, nasi minyak dan nasi hujan panas. Air ada 14 jenis pelbagai warna, nah tengok je dah tak tahu nak minum yang mana. Mai dengan cuaca panas ni tengok air warna warni pun tak selera tekak. Ada juga sagu santan, rojak, mee koteaw goreng, bubur kacang pelbagai juadah, end up sempat rasa sagu tu je..balik baru minum air kat rumah.hehe
Lepas Zohor Wan dan Maktok ikut sekali balik SP. Sebelum tu singgah Baby Kidz Fair dulu. Sebelum pergi ada baca komen difacebook katanya tak banyak booth buka, kira baby kidz fair paling kecil kot..dah rasa malas dah nak pergi. Tapi alang-alang balik Alor Setar ni terus menyinggah je la. Booth tertutup dibuka dalam stadium ber air cond kira selesa juga nak memborong.
Memang tak ramai sangat pun orang. Kalau setakat nak cari baju basahan anak tu ok la. Harga serendah RM2 RM3 RM5 RM 10. Tapi mai dengan malas nak pilih baju longok-longgok ni, sepasang baju je aku belikan untuk Afia. Nak berlama tak sedap dah datang sekali dengan mak abah. Balik rumah rasa menyesal pulak la kan tak beli. Dasar perempuan sangat.haha.
Kalau belanja lebih dari RM100 boleh masukkan nama untuk lucky draw. Kebetulan masa kami datang, sesi cabutan bertuah dah nak mula, nak tunggu sesi seterusnya pukul 6 lebih tak kuasa la nak tunggu.
Lepas mendaftar kita boleh redeem goodie bag percuma. Kemain lagi kan Afia melaram sangkut beg dekat leher bila ibu suruh posing nak snap gambar.hehe..
Dah selesai menjala barang untuk adik baby kami pun keluar. Si anak dara ni ternampak pulak orang jual mainan. Melalak kat situ sebolehnya nak baby doll. Yang kelakarnya tu bila kita kata tak jual bersungguh nangis, time Wan kata tangkap gambar cepat, sempat lagi tu dengan berair mata posing senyum.hahaha..
Nah muka happy dapat juga baby dool dengan stroller. Tolak la Afia oii sampai ke tempat parking kereta.
8 comments:
Ini baru patong duduk stroller. Nanti dpt adik baby tak boleh cuai mahu dia dudukkan adik dia dlm tu:)
hehe..suka dia dpt adik baby baru
skrg ni kat bby fair pun mhl jgk brg kan..
Afia model stroller yang comel..
Alahai, comel jer Afia dengan baby doll nyer.
Nanti jemput join myliferia giveaway ye :)
Merata die usung baby kan.....
Mak mentua anzalna tu satu blok dgn kite...pegawai tinggi kerajaan ...so that y die jemput bos ni kan kenduri belah laki....
Memang ratu bergambar sgt afia. Tgh nangis pun boleh berenti nangis ye utk berposing.
Kenduri apa latu yg hidang sampai 14 jenis air. Mmg syok la tgh2 panas dpt minum air macam2.
Seronoklah baby dlm perut tu soping barang dia hihi....
Kalau mak kan PK nak menyoping ni kena ada mood, dtg sawan malas mmg tidaklah ghairah hihi....biasanya time duit tak de hihi...
Tak rugi Cik Pea nangis berjujuran air mata dapat gak stroller dodol hihi
Post a Comment