Kami masih di Alor Setar. Bertolak semalam nanti petang balik kot SP. Esok Aiman dah start sekolah. Tunggang terbalik lagi persiapan buku..alat tulis belum complete, kaki seluar sekolah pun belum potong..lencana name tag belum jahit..tahun ni ibu relex banyak tak kalut noo.hahaha.
Mari layan aktiviti melayer perut semalam dulu ya!
Bertolak dah agak lewat. Sarapan pukul 11 kau dekat Simpang Empat port biasa.
Afia sampai nangis dalam kereta lapaq katanya.haha Nasi ayam abah dia bedal sikit pastu sebiji roti canai habis u all.hehe..
Abang Aiman roti kosong banjir dua keping. Ibu roti dua keping pastu mihun sup semangkuk..lapaq oii.hehe..
Sampai rumah mak terus ajak kenduri kesyukuran jiran sambut birthday cucu. Menu punya banyak. Ni je aku tapau bawak balik rumah, nantilah makan..kenyang lagi kan tadi melantak banyak.
Agar-agar Lumut Tok Dah. Mak buat ni untuk bagi jiran kenduri pastu satu tray simpan ke kami. Sedap oii..tengoklah dia punya atas tu penuh..yang hijau bawahnya sikit je...camni memang best.
Teh tarik menu biasa mak abah ponser bila jiran-jiran kenduri. Aku suka pasal mak bancuh tak manis..sejug kecik aku belasah ulang-ulang. Minggu depan minum ayaq gula mampuih hang PK..
Petangnya en suami beli kopok lekor rangup ni. Sedap ok antara menu wajib en suami kalau balik Alor Setar.
9 comments:
selamat thn baru PK....moga thn ni lebih baik dr thn2 lepas
Tu dia lapaq sungguh noo...
Cerita pasal lencana saya pun tak jahit lencana lagi ni, dah la 1st time nih..adoiii
Selamat Tahun Baru PK... lamanya eija menghilang hihi.. tahun baru semangat baru.. byknya mknan terliur tgk.. mghabiskan sisa cuti ler tu
huhu... terliuq tengok tayang mkanan. dahla blogwalking tengahari. Memang nayalah mata oiii muni. Hahaha...
amboi, siap tapau lagi yer...
Amboi Cik Pea.....dpt roti canai sekeping,khusyuk sungguh dia makan ...sungguh lapaq tu.
Tak palah PK, bedal ajelah, selagi boleh, kang time pantang, pantang sungguh sungguh
Huhu.. saya pun kemain suka makan kebelakangan ni..adoi.. tgk entry ni penuh gamba makanan pun rasa sedapnya.. apa nak jadi ni.. jgn la cecah 50kg, nak kena berdisplin ni..
kalo kt trg , pgil keropok keping y ni..
Time ni kalau makan banyak pun boleh salahkan baby. Takpa, takpa.
Ni memang betul-betul melayer perut namanya!
Post a Comment