Pixajoy

Monday, May 25, 2015

Home » Minggu Ulangkaji & Exam

Minggu Ulangkaji & Exam



Mid year exam sekolah kebangsaan Aiman berlangsung sepanjang minggu ni. Kafa mula exam dari minggu lepas lagi, semalam last paper. Aiman macam biasa confident je boleh jawab soalan exam kalau kita tanya. Dia rileks tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau ibu tak gesa ulangkaji pun boleh jawab juga jawapannya. Bertuahnya anak oi. Ibu pulak yang pulun lebih!

Semalam hari pertama subjek pendidikan Islam Alhamdulillah apa yang kami ulangkaji ada keluar exam.  Hari ni paper Bahasa Melayu dan Matematik. Malam tadi ulangkaji buat latihan bahagi dan pecahan. Aiman kata dua topik ni je akan keluar exam, rupanya keluar tambah, tolak dan darab. Nasib baik Aiman kata senang. Ibu tanya boleh dapat A tak BM dan Mate? Aiman jawab confirm mate boleh dapat A. BM je tak pasti. Apa-apalah anak, janji awak dah buat yang terbaik.

Allah terangkan hati Aiman, lapangkan dadanya dan semoga tenang semasa exam. Good luck Aiman Mukhlis, jangan lupa doa, semak jawapan kalau ada lebihan masa, jawab elok-elok ye nak!









19 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Percayalah Aiman boleh buat. Kita ni yg jadi mak-mak aje yg selalu risau. Mereka confident aje..:)

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Tentulah dia dapat jawap elok tu.maknya tak perlu risau..

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

good luck Aiman...anak noe dah habis exam...cuma sek agama je ada lagi..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Pasti Aiman boleh buat punya muni.

SalbiahM said... Best Blogger Tips

biasa macam tu la, anak-anak confident..mak-mak je yang lebih-lebih.hehe

eima said... Best Blogger Tips

tu la kan ... fahim dah abis dah exam ... tp minggu ni exam kafa ... budak tu rileks je

nini said... Best Blogger Tips

Semoga aiman berjaya dalam exam....hihi...mak mak mesti nak yg terbaik untuk anak kannnn....

ayuzan said... Best Blogger Tips

Aiman bijak.. Insha allaj boleh..

NzA said... Best Blogger Tips

InsyaAllah Aiman boleh...caiyok2.
Biasanya peperiksaan pertengahan tahun akn msuk semua silibus yg dipelajari dr awal tahun hingga tajuk terkini......

mak jemah jual vitamin said... Best Blogger Tips

sekarang ni ramai ibu bapa yg prihatin, kadang anak exam pun kita amik cuti kan..

AtieYusof said... Best Blogger Tips

good luck Aiman..smart boy..hehe..
InsyaAllah boleh jawab tu:)

Aznin said... Best Blogger Tips

Macam comel je AIman nye confident. Amiin doa mummy... insyaAllah Aiman dpt result cemerlang.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Mak-mak memang selalu ambil bahagian bab risau merisau ni. Anak-anak rileks memanjang. Macam anak saya juga, sebulan sebelum exam cikgu dah beritahu apa perlu baca dan ulangkaji tapi dia tunggu 2 hari lagi nak exam baru ulangkaji. Kita suruh baca buku Sains & Teknologi, dia pi buka google belajar pasal habitat dan sikap ikan jerung. Kang kita cakap Sains, dia kata itu pun Sains juga!

Moga Aiman dapat buat dengan baik dalam exam kali ni. You can do it, Aiman ^_^

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pasti ibu berdebar kan mnti result nti kn

aamiin

ida =) said... Best Blogger Tips

amin!!!!
aiman pun sama macam adam, konfiden tahap lompat bintang!

gud luck!

mama eija said... Best Blogger Tips

salam singgah PK... gud luck aiman... moga cemerlang... nx turn sy pulak risau kan imanina hihi... skang anak blm sekolah so blm tau lagi kerisauan nya mcm PK :)

OKje said... Best Blogger Tips

Okje dulu, masa anak sulung mmg cukup risau PK....tp la ni dah tua malas dah nak monitor anak.....Moga Aiman akan kekal rajin belajar yer..
Aunty tau Aiman boleh!

Chii said... Best Blogger Tips

Good job aiman...hehe..mmg lumrah..ank yg nk amik exam..ibu2 yg risau lebih

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..dah selamat pun kan