Pixajoy

Friday, July 11, 2014

Home » Nostalgia Pulut Durian

Nostalgia Pulut Durian



Setiap kali tiba musim durian, Allahyarham pak pasti beli selonggok durian untuk Allahyarhamah mak tanak pulut buat santapan seisi keluarga. Pelik tapi benar aku boleh dikatakan tak minat durian, tapi kalau makan dengan pulut dan kuah santan ditabur gula macam mak selalu buat dulu, boleh pulak dengan banyak aku hadap.

Area pasar malam rumah ada jual pulut durian sedap menyerupai air tangan mak. En suami selalu beli dan setiap kali aku makan, nostalgia zaman kanak-kanak menerpa. Rindu pada dua insan yang membesarkan aku pasti bertandang. Dah kenapa pulak ayat bunga-bunga.haha..


Omputih kata better late than never. Menjangkau usia 30 puluh baru pertama kali aku buat pulut durian. Tak reti nak budget air banyak mana sudahnya lembik sedikit pulut ni. Dalam lembik ni pun boleh pulak tu baki pulut aku buat kuih seri muka. Alhamdulillah tak mahu membazir apatah lagi dibulan mulia dikala saudara seislam sedang menderita. PRAY FOR GAZA! 





13 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

waduh...
sodapnyer kak.
ini kalau beli mmg x pueh nie,

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

hari ni byk pulak jumpa n3 ada doyan..termasuk akak..haha..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya peminat tegar durian. Pulut durian macam ni pun saya suka. Sedapnya, PK. Dapat tengok ajelah nampaknya.

Selamatkan rakyat Palestine daripada Israel yang laknat tu. Geram je tengok kekejaman mereka nih!

cahayahidupku.blogspot.my said... Best Blogger Tips

Pergggh dah lama akak tak masak pulut santan durian ni PK.. nanti nak buat lah.. :)

nurbijen said... Best Blogger Tips

saya dah lama beli durian nak buat pulut mcm ni lah... tapi sampai skrang durian tu masih bertapa dalam freezer... tak berani nak buat bulan puasa ni sbb waktu makan cuma 5 jam jer... takut tak habis dan membazir...

Nastyna said... Best Blogger Tips

eh eh eh... pstt i lebihan durian last time buat tmepoyak, fuhhhh layannss makan nasi panas2 menjejes jejes ni duk tingat.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya pun sama. Kalau durian tak gemar sgt..tapi kalau mak buat pulut durian mmg suka makan.

Itulah kan seharusnya kita tak makan berlebihan di saat sedara kita kat sana dilanda kesengsaraan..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sy kurng sikit dgn pulut durian.ntah le nape..
selalunya kalau buat pulut saya suka kukus.

OKje said... Best Blogger Tips

Okje tak pernah buat pulut santan ngan durian gitu PK selalunya masak serawa durian.
Masakan mak mana boleh lupa kan PK......tulah tetiba hairan tgk orang tu berbahasa bunga hehe

Unknown said... Best Blogger Tips

husna taw makan durian je..yg lain tak boleh pergi..walaupun serawa durian..:(

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Skrg ni teringin mkn durian, tp mengenangkan tgh batuk simpan jelah keinginan tu..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

dah lama x mkn pulut durian..

Masya said... Best Blogger Tips

saya x reti makan durian dgn pulut.. tp belajar² jgk sbb mertua salu jgk buat.. kang x makan kecik hati...