Pixajoy

Saturday, October 19, 2013

Home » No New Handphone!

No New Handphone!



Semalam aku kerja office hour. Lunch break plus orang solat Jumaat panjang la sikit waktu rehatnya. Aku pergi susukan si bambam terus balik rumah. Kemudian waktu naik kerja opismate kata petang ni depa "stand down". Istilah diberi kelepasan la bagi Army. Kalau Navy depa guna istilah "payung". Sekadar pencerahan takut ada yang tak tau benda pengetahuan am.kehkeh

Nampak tak keperluan HP dalam hal ni? Opismate nak call bagtau tapi no en suami pun tak ada. Buat penat je aku pecut naik kerja semula. Aku masuk opis sekejap, call en suami suruh terus siap sementara aku ambik Afia boleh terus pergi Maxis Centre buat nombor simkad yang sama. Tak kuasa nak tukar nombor, lagipun aku dah pakai nombor tu since masa study lagi. Apa-apa hal susah orang nak contact.

Sampai Maxis Centre, kena isi borang, tandatangan, bayar RM10 dan boleh terus dapat simkad. Tak lama lebih kurang 10 minit dah boleh aktif. Dah selesai aku ajak en suami round The Store bahagian mainan konon nak cari mainan untuk si bambam. Pusing punya pusing takde pun yang berkenan. Si chubby dan abahnya yang teruja lebih tengok mainan segala mak nenek kat situ. Memang tak sah la kalau tak dapat sebijik. Banyak-banyak mainan, senapang je yang dipilihnya. 



En suami beli smartphone hari tu, so hp lama beliau aku pakai. Aku spesis lasak dan terkenal dengan kepakaran menjahanamkan harta benda, hp cap ayam je sesuai.hehe..





12 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Handphone tak berjenama atau smartphone... Tak penting Muni. Yang penting boleh digunakan untuk menelefon. Lagi2 waktu kecemasan.

Umialya said... Best Blogger Tips

samalah ngn akak, pakai jenama nokia yg biasa2 jer, mmg x reti pakai yg mahal2 sbb asyik cmpk ke dalam air rendaman jer..

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

janji boleh guna..kat umah akak ada 2 ketul handphone nokia yg tak sampai seratus tu..tahan lasak betul dibaling2 pun tak rosak2..memang sesuai utk yg lasak..hehehe..setakat ni angah jer yg ada smartphone..tu pun dah hilang..huhuhu..

Unknown said... Best Blogger Tips

takpe la PK, janji ada phone..kalo takde susah plak..
zee pakai smartphone pon tapi tak reti nak guna..hahahaaa..

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

mama pulak.... sejak blacberi rosak, langsung malas nak pakai tepon, pakai tepon rumah je lah..

ida =) said... Best Blogger Tips

Hahaha... saya kena ada smartphone. Sbb update blog ke hapa ke semua via phone je. Laptop dh berkurun rosak. Kalo x de smartphone, mmg x berblog la. Haaaa... untungnya smartphone, time meeting boleh browsing. Opsss... jangan buat naaa

sitirohaida said... Best Blogger Tips

janji boleh call kan..

Time Traveller said... Best Blogger Tips

mesti lepas ni si bambam akan mengawal rapi kawasan rumah hahahaa :D

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Si Chubby Aiman nak escort maknya bila keluar berjalan2 nanti. Manalah tahu ada orang lain phewit2 maknya nanti...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy ni pun duk pkai hp cap ayam yg tunggu nk msk muzium.. hihii

OKje said... Best Blogger Tips

Sama le kita PK, Okje pun rajin gak merosakkan harta benda....hehe...

CtAyue said... Best Blogger Tips

hihi suka ayat last tu..kite samalah PK.. sy pun jenis ganas sikit bab jaga brg nih tp taklah ganas sgt..haha...encik suami sy jenis cermat jaga barang..haha..