Pixajoy

Friday, March 22, 2013

Home » Pengalaman Bersalin : Cara Meneran Ketika Bersalin

Pengalaman Bersalin : Cara Meneran Ketika Bersalin



Wah dah up entry pasal meneran. Tak sabaq sangat nak beranak kot.haha. Pengalaman pertama melahirkan memang cukup zero. Tapi Alhamdulillah beberapa kali teran je keluar la Aiman ke dunia.

Mari imbas kisah di labour room 6 tahun dulu. 19hb Mac 2007 kontraksi mula menyerang sejak maghrib berlarutan hingga tiba ke hospital kira-kira 1200 tengah malam. Kena seluk berapa kali tak payah cakap. Bayangkanlah aku dekat wad hampir 6 jam. Around pukul 6 pagi bila bukaan dah 6cm baru masuk LR. Tunggu lama jugak kat LR sambil menahan sakit dan mulut tak putus-putus sebut Allah dan zikir. Nurse buat tak tau, keluar masuk LR bikin aku hangin. Depa cuma suruh tahan sampai rasa nak terberak baru panggil.

Ok bila dah tak boleh tahan sangat, cepat-cepat panggil nurse dengan dialog tak boleh blah, 

"Misi! saya dah nak berak dah ni.."

Buat yang bakal melahirkan, simpan ni semua dalam kepala otak korang :
  1. First of all, jangan lupa baca bismilah, selawat.
  2. Angkat kepala dagu cecah dada.
  3. Mata pandang perut.
  4. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali.
  5. Jangan keluarkan suara atau menangis waktu teran kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat.
  6. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung. Semua tau kot benda ni akan sebabkan luka dan koyak besar di bahagian vagina.
  7. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak berak taik keras persis dah 3 hari tak berak tanpa blow nafas. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh, curi nafas then sambung teran lagi. Waktu sakit je push sebab time tu baby pun gerak sama. Jangan buang masa, ada kontraksi terus push. Bila takde kontraksi,relax.
Alhamdulillah tepat jam 8.07 pagi, 20 hb Mac 2007 Aiman lahir kedunia dengan selamat. Seingat aku time teran aku memang dah tak rasa sakit apa. Nak Aiman cepat keluar je. Untungnya nurse memang bagi arahan setiap kali bila suruh tarik nafas dan teran. Nurse kata kalau muka merah maknanya kita salah teran.

Aku dulu nurse siap-siap ikat kedua belah kaki keatas pakai yang besi tu jadi aku tak tau camna pengalaman kena pegang buku lali ni semua. Tak pasti sebab apa depa buat lagu tu, lama kot kaki terangkat macam tu, nak jait lagi lenguh kaki tak payah habaq.hiks..


* Nanti cerita pengalaman en suami di LR plak.


18 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

teringat jer pengalaman dulu2

Unknown said... Best Blogger Tips

saya besalin anak ke dua ni tak de rasa sakit kejap2..sakit terus je..jadi tak tahu nak teran nya bila...tu yang anak sampai lemas..

GREENJADE said... Best Blogger Tips

bile dikenang mmg ngeri kan sis..tp indah..tak semua dpt merasai apa yg kita alami..kesian pd yg masih menunggu cahayamata..

sy 1st time..so gelabah kuda jugak lah ..x smpai 5 mins teran baby dh keluar walopon bukaan 6cm jek.

Fai Nardir said... Best Blogger Tips

hihi.. thanks kak. tips yg sgt berguna utk 1st time mama to be mcm fai ni :)

Mooniqueen said... Best Blogger Tips

Bagus jugak entry ni.. Sebab bulan 8 ni nak bersalin..
Padahal anak no2 dah..
ngade2 mcm beranak anak pertame je ;)

- AZIE - said... Best Blogger Tips

uiii..seram baca, moga dipermudahkan nti utk kita..

Unknown said... Best Blogger Tips

seram baca kisah beranak ni

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

hehehehe..kelakar la plak bab panggil nurse tu...noe x ada xperience meneran ni...sbb dua2 kuar kut tingkap...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

tag awak utk segmen di blog..

Masya said... Best Blogger Tips

gegegegegege.. gagap jap baca pengalaman org bersalin ni.. dulu sy operate huhuhuhu

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

sejak akhir2 ni slalu baca entri pengalaman orang bersalin. cari kekuatan... :p

fieda said... Best Blogger Tips

tetiba teringat balik tau...ngeri plk...kikikiki

Unknown said... Best Blogger Tips

Ish rasa mcm nak beranak pulak.... akak x pernah meneran.... terus potong... ada org ckp akak x sempurna sbb x merasa meneran tapi akak rasa sempurna sbb suami akak terbaik

suhaila said... Best Blogger Tips

tibe2 rasa nak up pengalaman beranak pulak la..hahaha ;P sy lagi lama, hampir 24 jam kat wad...huhuuuu

Nastyna said... Best Blogger Tips

hihihi senyum senyum I baca ni. dulu before beranak punya la research jugak, tapi time kat dalam LB tu, dah tak peduli apa. Actually banyak points yang berguna dari PK ni (kalau boleh diingat time meneran).
Ikat kaki? Mesti tak best rasa nya kan.

NzA said... Best Blogger Tips

bila trkenang kisah tu rasa mcm takut ttp seronok.......Allah Maha kuasa memberi perasaan indah buat yg brgelar ibu.

Unknown said... Best Blogger Tips

erk..husna ada baca pengalaman org lain jga..mcm2 pesyen ye kak murni..scary..haha..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

alamakkk baca entry ni baru ni, cerita bersalinkan aqilah x buat lagi... nanti camne aqilah nak tau cite psl dia