Pixajoy

Monday, May 21, 2012

Home » Home Alone dan Blog Pulih

Home Alone dan Blog Pulih



Salam bahagia


Sudah lama rasanya tidak menitipkan sesuatu di blog tintong ini. Bila lama tak update aku seperti sudah kehilangan skill untuk menulis dan merapu. haha Sebenarnya hati meronta untuk berkongsi cerita, tapi entah angin apa melanda hingga merasa selesa melebihkan hidup di dunia realiti sampai melupakan seketika alam maya yang penuh pancaroba ini.haha intro!


Hero kesayangan aku telah selamat sampai di Pahang petang tadi. Bermalam selama dua hari di rumah adik en suami kemudian menyusul ke Johor untuk majlis perkahwinan emak saudara en suami pula.  Bertolak seawal 4 pagi mengikut Tok Wan dan Maktok bersama Acu dan baby Afi. Kali ini ibu dan abah tak dapat ikut serta.Uwaa.. " Aiman kalau lama-lama, dah tak rindu. Lupa dah dekat ibu " ayat tega dari si chubby. Sampai hati awak anak!haha.. 


Sehari tanpa si chubby cukup sunyi. Pulang kerja selalunya disambut wajah manis Aiman dengan senyuman dan pelukan diiringi ada saja cerita dari mulut becok, hari ini home alone. En suami sudah keluar menunaikan tuntutan kerja, tinggal aku keseorangan seperti dugung bermalas-malasan berenang di toto. Menghadap TV pun seakan tidak ada siaran yang menarik lalu ketiduran di dalam kepanasan. Hari ini dua kali elektrik terputus. Bikin panas juga!


Aku iklan sedikit cerita yang sebenarnya tidak berkaitan dengan tajuk. Sehari dua ini fikiran hati asyik memikirkan untuk sambung belajar (ePJJ). Mampukah aku untuk memikul tanggungjawab dan cabaran ini dalam masa yang sama menunaikan tugasan sebagai pekerja, isteri dan ibu? Sayangnya permohonan untuk pengambilan November telah ditutup. Aku rasa mahu mencuba nasib apply untuk next year intake, sementara ini mengumpul duit kerana pembiayaian sambung belajar memerlukan kos juga. Semoga semangat ini tidak hilang. Sila doakan aku. 


Oh ya blog aku sudah pulih. Rasanya akan kekal dengan puankutu.blogspot. Abaikan url skema nama penuh itu kerana aku pasti korang pun tidak mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dasar blogger hingusan yang tak tahu menahu tentang blog. Sudahlah mood berblog sudah seperti dustbin,hehe blog pula terpaksa menukar domain yang memerlukan belaian lebih sehingga aku tidak mampu menjaganya lalu terbiar sepi tanpa boleh di kunjungi sahabat-sahabat maya yang sering bertanya kenapa blog aku tidak dapat dijejak. Terima kasih puanbee kerana membantu.


Maaf diatas segala kesulitan. Begitu terharu kerana sahabat blogger yang rapat sangat mengambil berat akan kehilangan aku. Buat Ina, Kak Fieda, Yana, Hanie, chii, Kak Nza, Cikgu hyz dan semua jangan terasa kalau aku tidak menyebut nama, semoga siraturrahim terus mekar walaupun aku sudah tidak aktif seperti dulu. Insyaallah sepanjang ketiadaan si chubby, dek kesunyian aku punya mood yang sangat baik untuk berblog. Aku akan bersenamkan jari jemari aku menjejak korang semula kerana aku pasti sudah ramai yang merindu.hoho


Sesekali menekan keyboard, dalam ketandusan idea dan jiwa, panjang juga bebelan aku. Esok Insyaallah aku akan mula menyahut cabaran dua minggu tanpa karbohidrat pula dalam Diet Atkins. Tak tahu boleh bertahan atau tidak. Kalau dating dengan en suami tengok cinema mana mampu menahan kesedapan mengunyah popcorn kan.haha..













20 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

syukur dh boleh masuk blog PK....rindu PK.

hyz said... Best Blogger Tips

entri ni mcm pn kutu x nk berblogging jek pasni? perenggan ke 2 last tu cam tacing sikit lah.. uwaaaaaa..... eh semoga niat nk sambung study tercapai... insyaallah....

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Hari ni baru akak dapat bermnja2 ngan PK....amboiiii syoknya bermalas-malasan berenang atas toto tu ya..
Akak sokong niat adik nak sambung belajar tu....akak yakin adik mmpu memikul t/jawab tersebut....cayalah....!!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah la sunyi, pastu letrik pulak putus.. saper tak tension kan?? haha
ape2 pon, all the best k for the cabaran tanpa carbs tu.. chaiyok2.. =)

fieda said... Best Blogger Tips

nak sambung belajar mmg bagus..insyaallah muni kena pandai la bahagi masa..

akhirnya muni guna balik ye domain ni..pening aritu kak fieda update bloglist..yg mana satu la url muni duk guna..akhirnya yg asal balik..hehe..

kami sentiasa merinduimu..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sian kat saya.. klik2 link kat nama penuh, xda pulak blog ni.. adehhh.. dah agak dah, ni mesti tukar url lg..hihii

mmg bosanlah bila ank xda kat umah.. dpt bygkan, dah la aiman byk mulut.. bosan kan.. tiba2 jd sunyi..hihii...

bestnya nak sambuung belajar.. sy doakan moga niat muni tu akn berjaya & termakbul.. sy dah mls nk sambung.. adehhh..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Berblog pun kena uji kan...
Kalau masih ada kekuatan kakak rasa boleh saja sambung belajar. Kakak doakan yg terbaik...

Masya said... Best Blogger Tips

nak sambung belajar yer.. insyaallah niat yg baik akan dipermudahkan amin... lagipun umur masih muda kan.. jgn dibazir2kan masa mcm tu jer... belajar jarak jauh mmg bnyk dugaan lg² sbgai isteri,ibu dan bekerja.. ape2 hal bincang bersama dgn suami supaya nnt tak rasa terbeban sgt... sbb suami blh faham dan sama2 membantu..

syiela said... Best Blogger Tips

jeles dengat PK dapat berenang atas otot saya ni nak landing pun tak sempat huhuhu

moga niat nak sambung study tercapai ye nanti

Myra Jay said... Best Blogger Tips

Kak-ni pendapat Myra mengenai PJJ, sebab sekarang Myra di tahun 3 pengajian secara PJJ, dugaan memang kuat sangat-pernah terdetik macam nak stop, tp memikirkan dah tahun 3, cuma setahun je lg tinggal, niat dikuburkan..

Tapi kalau akak punya azam yg kuat pastinya boleh, insyaAllah :)

sal ya said... Best Blogger Tips

pernah alami semua tu. tp kat sini je la boleh kongsi cerita. walau bukan untuk tatapn org lain tp untuk diri sendiri di kemudian hari.

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

kalo tak baca tulisan puan kutu rasa xlengkap pula dunia blogging kite ni.. betoi, bukan bodek ;)

tahniah blog dah pulih.. tumpang hepi. tak tahan nk gelak baca tang dugung berenang atas toto tu... hoho

alahai kesian dia sunyi tanpa si chubby. ceq paham tu... hanie kalo salah sorang atau 2-3 org anak xde, pun rasa sunyi sbb depa ni dah biasa ramai2 kan, bila sorang dua takde tu mcm mati kutu jugak

ePJJ? lain ke dgn PJJ? pssttt... nak tau, Hanie pun ade niat nak buat PJJ tp hanie lagilah byk rintangan... sape nk jaga anak, berbaloi ke buat PJJ tu. dah bertahun2 memendam rasa jugakla... nak suarakan kat en.hasben pun mcm segan2 je.. hukk...

eh pnjg pulak bebelan kan. tanda suke bebenor kutu dah update blog balik :p

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

sy masuk sini dlm keadaan yg tpinga2...ingatkan akak mmg bercuti dr blog, rupanya ada masalah domain ek? ala keciannya...tp skrg dh ok kan? sy pun dah naik confuse url yg mana 1 dh ni =.=*


*akak, bg alamat umah kat sy boleh? nak jemput makan nasi minyak free..bln dpn tak payah la diet karbohidrat...hahaha...email kat poca_hontas87@yahoo.com

Unknown said... Best Blogger Tips

hehehe...pastinya bbrp hari ni tiada lagi soalan2 cepumas dr si chubby kan..

hurm..lama gak ye dia d sana...tp xpe la..kasi peluang kt ibu ngn abah hanimun :p

Unknown said... Best Blogger Tips

So sweet entry ni... Nak diet gaklah tp saya berpuasa je... Puasa sunat insya'ALLAH :))

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Syukur dah dapat masuk blog PK...

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

emm patut la tak leh jejak..sya sampai seacrh kt google tau dua tiga hari leps..try nk search tp tak leh..emm hairan pun ada..nasib la skang dh ok..:)

emm diet? huhhu nk diet gak lepas beranak nnti..jenuh ganti posa la ..sbb lam pantang time tuh..

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

kalau lama xupdate mmg penulisan akan skema semacam.haha..lek beb.

lucu la aiman ni.sampai hati dia lupakan mama dia.

ePJJ menuntut masa dan tenaga.kalau sanggup apa salahnya kan.

Hanie tu ko refer aku ke org lain. kang teperasantan plak aku ni.

aku ada baca diari diet ko tu. aku tak sanggup nak ikut atkins tu.huhu..hari ni ingat nak start sekali tekantoi makn bergedil ngan minum coffee. nak cuba exercise tabata 4 minit tu je la rasanya.

puanbee said... Best Blogger Tips

dit atkins sangat susah , apa pun moga berjaya kutu

Unknown said... Best Blogger Tips

oo..pernah ada masalah ngan blog..pengalaman nih..