Pixajoy

Saturday, December 03, 2011

Home » Fahami Fikiran Pasangan Part 2 - Lelaki Berfikiran Sempit

Fahami Fikiran Pasangan Part 2 - Lelaki Berfikiran Sempit



Ini sambungan entri Wanita Berfikiran Lebih Terbuka. Betul ke lelaki berfikiran sempit?


Lelaki hanya mampu fokus terhadap sesuatu perkara dalam satu-satu masa. Manakala wanita mampu melakukan banyak hal walaupun dalam keadaan terdesak. Biasanya lelaki akan menyiapkan dahulu tugasan yang sedia ada sebelum memulakan yang lain. (setuju sangat, sambil makan, sambil masak pun boleh berblog, sambil basuh baju boleh tido, ye tak?)


Nasihat Kepada Lelaki


Jangan anggap isteri seperti lelaki yang hanya fokus pada suatu perkara dalam satu jangka masa tertentu. Contohnya isteri mungkin akan berhenti seketika untuk makan walaupun kerja belum siap. Cubalah untuk tidak marahkannya jika isteri tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan. Sekiranya isteri meminta pendapat ketika korang sedang sibuk, beritahu dia korang akan melayannya setelah selesai kerja. Insyaallah isteri akan faham.


Nasihat Kepada Wanita


Beri masa yang cukup kepada suami untuk memikirkan tentang sesuatu hal sebelum korang bangkitkan hal lain. Korang juga perlu mengingatkan suami tentang sesuatu perkara yang perlu dilakukan dengan lembut jika suami kusyuk dengan kerjanya.


Nasihat untuk kedua-duanya


Kelebihan yang ada pada lelaki dan wanita jika digabungkan akan menjadi satu pasukan yang sangat efektif. Gunakan kelebihan yang ada untuk melakukan tugasan supaya dapat disiapkan dengan cepat dan lebih berkualiti.  Untuk memastikan rumahtangga sentiasa aman dan harmoni, sentiasa faham-memahami dan terima pasangan seadanya. Jangan ukur kemampuan pasangan mengikut pandangan sebelah pihak tetapi juga pendapat kaum berlainan jantina supaya lebih releven.












4 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

setuju setuju lah sangat...

tp ade juga suami yg dah boleh buat 2-3 kerja dlm 1 masa.. ni mana yg jenis amik pelajaran dr siteri.. dia tgk isteri dia boleh buat, dia pun buat.. rupanya x lah susah sangat... << ni x-bos kakyong dulu la bgtahu.. masa tu kakyong belum kawin lagi...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ya ka? kadang2 bile kita satu grup dgn lelaki, lelaki ni suka lepas tangan dlm hal2 kerja. sbb dia tahu prmpuan ni rajin, jadi dia byak lepas kerja tu kat prmpuan jeeee... based on my exprience la. mybe lelaki len x mcm tu kot.

NzA said... Best Blogger Tips

semoga si suami dan si isteri saling brtolak ansur dan memahami kelemahan dan kelebihan msg2.....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

betoi2.. sambil masak pun blh berblog.. hihii