Pixajoy

Sunday, October 02, 2011

Home » Fakta Tentang Nyamuk

Fakta Tentang Nyamuk


Nyamuk adalah makhluk parasit yang sering mengganggu tidur. Manusia dengan nyamuk merupakan musuh ketat. Pada waktu dahulu, ubat nyamuk lingkaran adalah yang paling popular digunakan untuk membunuh nyamuk. Tapi asapnya mak oi menusuk ke lubang hidungmu menjadi pujaan hatiku. Pada masa moden kini, sudah pelbagai jenis ubat nyamuk elektrik dan semburan dicipta.

Nyamuk dilabel sebagai makhluk pembunuh’ kerana penyakit demam malaria sudah pun hampir membunuh setengah daripada populasi manusia sejak zaman Paleolitik. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.



Jom kita berkenalan dengan nyamuk dan kelebihannya:

  • Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu.
  • Ada lebih dari 2500 spesies nyamuk yang berbeza di seluruh dunia.
  • Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui ia banyak hidup di kawasan tropika dan juga Artik.
  • Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu.
  • Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja.
  • Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.
  • Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat.
  • Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya.
  • Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap.
  • Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung.
  • Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
  • Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Manusia membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Mudahlah nyamuk nak target kita sebagai mangsa.
  • Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam.
  • Nyamuk betina saja yang suka menggigit. Darah sumber protein itulah untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan.


SUMBER : http://miszsheyla.blogspot.com/2011/04/fakta-tentang-nyamuk.html







             
                  

14 comments:

Shafiq said... Best Blogger Tips

Fakta Menarik..

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

Wow! Menarik fakta ni.

Ada satu lagi fakta pasal nyamuk ni.

Makhluk berkepak dua ni gemar menggigit orang yang banyak makan pisang.

Wallallahu'alam~

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

tima kasih atas faktanya ya bu...heee...benci nyamuk betina! huhuhu...sy x suka nyamuk..menyakitkan kulit dan menyakitkan hati...huhuhu..

Unknown said... Best Blogger Tips

pergh..ada 2500 jenis eh..yg chii tau..berapa je..x sampai 10 pun..

scarynya nyamuk kat artik..semint 9000 gigitn..sape yg xtau nak derma darah kat sape..bleh ar..

pastu..chii pernah dgr..nyamuk akan gigit pd mereka2 yang berdarah manis..

Wanie said... Best Blogger Tips

ehh ingat nyamuk dpt hidup 2 3 hari je..huhu..dasyat tu nyamuk kat kawasan artik, jangan la p kanada..hehe

Pen Biru said... Best Blogger Tips

walaupun kecik, tp cukup jahat.heheh

Daddylicious said... Best Blogger Tips

nyamuk dan lipas mmg anti gila...benci!


hehe!

hyz said... Best Blogger Tips

sesungguhnya saya nyampah dengan nyamuk ni.....

NzA said... Best Blogger Tips

w.pn kecik ttp punya kuasa yg luar biasa.

Kak Aya said... Best Blogger Tips

kalau balik kg, masih lagi guna lingkaran ubat nyamuk bila waktu malam.

merahitujambu said... Best Blogger Tips

itulah binatang kecil tapi leh bawak maut

dhiera zainudin said... Best Blogger Tips

nice info...
share la jugak macam mana nak elak nyamuk gigit kite~ he

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy ckup alergik dgn nyamuk.. bila kene gigit nyamuk mesti jd merah2 n bgkak2.. tak tahan bila tinggal parut.. aduss...

sensitif kulit saya nih

puanbee said... Best Blogger Tips

perghh darah kering dlm masa 2 jam je .. memang ganas tu kutu