Pertama kali kami kesini. Selalu kalau makan luar kami memang prefer western foods, sebab ibu tekak western. Tempat makan pun ibu yang suggestkan. Alamat Cinta Sayang Resort Home, Jalan 3A.. Landmark area Koperasi Tentera. Bukak je map taip The Fat Lamb kalau jenis lembap tak tau jalan macam aku ni hahaha
Pose kejap sebelum keluar makan
Kami pergi hari Isnin lengang je kedai, satu dua meja ja ada customer. Konsep open kitchen, kedai ok la, staff pun ok, order pun tak tunggu lama cepat je menu sampai.
Open kitchen. Deco biasa sahaja.
Menu & harga berpatutan
Masa waiter datang dia inform siap spageti takda. Ok la kami tak mau makan spageti pun, yang frustnya air sedap apa pun takda. Dok aim nak minum oreo apa ntah tengok kt fb tapi tak ada juga katanya.
Sebab kedai takda orang marilah kita snap picture banyak sikit. Hahaha
Minah ni keluar makan pun busy mekap sendiri dia. Over betul
Adik Aryan acah cute
Big boss like father like son
Bagi hp sebab senang ibu nak contact time ibu kerja, tapi budak sekarang dengan game je kerjanya
Adik mengantuk ke apa ni.. Dok buat pose acah comel lagi. Balik rumah memang terus terbungkang lena letih main siangnya.
Lanjer boomerang haha
En suami order nasi ikan bawal goreng dan lamb chop, kena dua pinggan tengok la badan. Haha. Aku order chicken grill, Aiman lamb wrap, Afia Aryan chicken chop.
Memula order satu set ja chicken chop Afia Aryan share takut tak habis sekali tak cukup, order tambah lagi satu depa makan tak habis ibu pulak kena settlekan. Aiman pun buat muka tak kenyang order burger tambah. Kan dah kata like father like son.
Menu yang kami order.
Gimik ja burger tu ibu rasa 1 bite pastu Aiman yang habiskan
meriah menunya...klau sy pilih set ikan bawal goreng tu....hehehe
ReplyDeleteAppreciate this post. Let me try it out.
ReplyDelete