Hari Aiman exam ibu ambil cuti untuk bagi moral support, solat hajat, doakan dan baca yasin. Hanya doa je la mampu ibu kirim, dia punya effort untuk pulun tak nampak pun. Dok Aiman tak kisah tu la!
Masa ibu tunjuk yang orang dok share kat fb tentang mak-mak sediakan alat tulis banyak untuk anak exam boleh dia kata sepatutnya anak teruja. Ni mak yang lebih. Macam ibu la huhu. Kita punya la serabut kat dia, pulun doa siang malam, dia perli kita pulak.hahaha
Medal dari pihak sekolah untuk naikkan semangat brangkali
Majlis bacaan yasin dan solat hajat. Nampak tak ibu jubah hitam tudung coklat depan sekali kiri hujung
Ni jelas sikit. Kidnap dari fb sekolah pulun juga nak tempak haha
Saat akhir revision dengan ibu lebih kurang je, dia macam biasa la tak kisah tu la buat relex ja tak pulun pun nak study.
Hari peperiksaan pic kidnap dari fb sekolah juga.
Air yasin dan kismis dari pihak sekolah. Bagus betul budak sekarang, semua depan mata. Zaman ibu dulu Tok Wan depa kena pi buat air penawar siap alat tulis pi jampi. Hahaha
Mula mula nak shopping alat tulis Aiman untuk exam, sekali pensil pemadam semua pun cikgu bagi siap 1 set. Mudah kerja, tinggal jawab periksa elok-elok je!
Hari pertama ibu ok je Bahasa Melayu kan tak risau sangat. Hari kedua mula la emosi tak stabil, fikir banyak sampai banjir dah. Naluri ibu-ibu ni memang sejenis over kan.
Berasa macam banyak yang tak sempat ibu fokus tentang pelajaran dia. Sejak berniaga bundle memang dia kurang perhatian ibu. Pelajaran pun merosot. Sambil ibu emo keterlaluan, terhasillah nukilan ni. Sob sob
Ibu kata mungkin doa ibu, abah, doa Aiman atau sesiapa minta dipermudahkan Allah makbul perantaranya cikgu tu. Tu sebab ibu bagi nama anak-anak mula huruf A, duduk depan dapat perhatian lebih. Haha
Hari exam Matematik ibu duty malam. Dah kerja malam tau dah mesti dia tak ulangkaji langsung. Sebelum tu ja ada buat latihan sikit dengan ibu. So berserah je la, berlapang dada bersangka baik kat sekolah cikgu dah bagi banyak latihan.
Selesai exam dia cerita objektif 5 soalan tak sempat buat tak cukup masa. Bertahun tahun exam tak pernah dia balik cerita tak cukup masa. Dalam dok pesan suruh tinggal dulu mana yang tak tau, dah siap nanti baru buat soalan yang tak tau tu. Macam mana dia buat tak tau la.
Dia kata dia jawab tembak je baca sekali lalu tak cukup masa siap bangga lagi kalau objektif mungkin boleh betul, subjektif Aiman buat semua katanya. Pastu dia kata Aiman rasa aiman dapat C. Tepuk dahi je la ibu. hahaha
Waktu ibu update di ws story kata dok kalut nak ke kedai beli barang siap dah pun, on the way balik baru perasan pakai seluar terbalik. Ramai respond kata ibu pening anak exam.. Ehh mana ada. Hahaha
Hari Aiman exam Sains, prasekolah adakan aktiviti luar di Taman Jubli, Family day and birthday celebration June to December. Nanti ibu update tentang ni. Selesai acara ambil Aiman kat sekolah masuk kereta siap yey Merdeka! Sains objektif senang juga katanya, subjektif susah sikit.
Alhamdulillah selesai UPSR. Apa pun keputusannya nanti kita redha je la. Ibu bagi merdeka sampai hari pertama form 1 nanti. Doa masih tak putus moga cikgu pemeriksa dilembutkan hati sewaktu menanda kertas soalan Aiman.
Mudah2an Aiman berjaya dengan cemerlang nanti.
ReplyDeleteDak boleh online SBP sekarang.
hahahha tang pakai seluar terbalik tu rare.. chill ibu chill
ReplyDelete