Pages

Thursday, August 22, 2019

Aidiladha 2019


Tahun ni raya haji paling tak feel la kot sebab raya tak balik kampung ibu, balik Alor Setar pun sekejap sangat. Bertolak balik umah mak abah mertua petang raya pertama pastu raya kedua balik SP terus masuk kerja petang.

Apa pun ibu siapkan juga sedikit juadah hari raya untuk kami. Jadi la habuan anak anak makan masa ibu kerja. Ni ja pun yang aku tau. Nak balut ketupat tak pandai. Pi kedai beli je la nasi himpit. Huhu

Rendang ayam, nasi himpit,  kuah kacang dan cucur udang

Dua hari sebelum raya aku baking cupcake, anak-anak makan kek ni je la raya ni, ibu datang rajin sampai tiga jenis buat, pastu sekali dengan ibu tambah kalori. 

Cupcake Pisang

Cupcake Coklat

Cupcake marble tepung beras

Duty pagi anak-anak semua tinggal di rumah. Abah depa pun on job semalaman tak balik pulun cari duit, time raya ni la job banyak so kita redha je la haha

Ibu di pagi raya sempat pulun selfie kat pejabat ucap Selamat Hari Raya everyone. Kiki

Habis duty suruh anak - anak siap ibu pun tukar baju raya sedondon dengan Afia tunggu abah depa tak balik sampai kesudah. Petang baru bertolak balik Alor Setar. Sempat la kita bergambar raya. Ni je la gambar raya yang ada pun sebelum tukar baju pakai jeans. Abang Aiman tidur masa ni. Haha



Sebelum dan selepas mekap. Kak Pia dia mekap sendiri dia semua. Seram ibu tengok kening. Hahaha


Sampai Alor Setar dah maghrib pastu malas dah nak snap gambar kidnap gambar menu adik ipar masak je. Makanya berkat dua hari makan sakan, berat naik 1kg. Hahaha

Ketupat by maktok. Rendang daging, tauhu berlauk,  nasi tomato acu depa masak.

Sekian raya kami yang hambar. Aku dan en suami kerja nak balik Penang macam tak padan sekejap sangat, ada rezeki lain kali kita balik. Kami berkorban cara kami. 






3 comments:

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!