Pages

Friday, July 05, 2019

Farewell & Jamuan Raya Office



Jumaat lepas 28.06.2019 hari terakhir berkhidmat di Ibusawat Telefon Markas Staf. Office adakan jamuan raya sekali farewell aku. Mula-mula nak tinggal Afia Aryan kat rumah, Abang Aiman pulak tuisyen pastu abah kerja terpaksa la juga bawa. Lagipun hari last dah depa nak lepak office ibu, pasni tak boleh ikut dah.

As usual kena pose dulu untuk ibu

Ibu snap pic depa comey ja,  tapi pic ibu camni je la paling elok.  hahaha

Sampai ja dah pening, kalut nak makan orang tak siap lagi depa buat lapaq teruk.

Kak Pia bersama Kakak Amani dan Kak Auni. Walaupun ibu pindah dekat, pasni dah susah nak jumpa.  

Menu of the day : Nasi daging air asam masak kat office, ketupat mak wawa buat, rendang, roti jala dan kuah durian Nida buat, Kak Wan bawa kuih popia dan apom,  Kak Aifah sponser tembikai, aku bawak pisang ja.haha. Tak sempat dah nak masak Khamis tu keja pagi pastu malam masuk lagi. Balik kerja pagi jumaat tu potong dan rebus daging. 

Sakan bergambar, nak juga mention,  80 percent simple photobooth raya ni aku yang buat hahaha 

Tak cukup dalam office, sambung bergambar di luar

Pulun nak bergambar depan ni buat kenangan

Lighting luar cantik, free styles hehe

Terima kasih semua. Selamat berpindah juga buat Nida, selamat datang adik-adik freshie. 

8 tahun disini. Mana tak sedih, tiada yang kekal di dunia. Bertemu berpisah adat manusia biasa. Yang tinggal tu kerja baik-baik, saling tolak ansur kita dah macam adik beradik, will miss u all. 







4 comments:

  1. Muni pindah kerja mana pulak? Ala, gambar last tu touching betul. Keluarkan gambar sendiri ka dari organization chart? 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat2 sini ja.. Tp sedih jugak la kan.. Huhu

      Delete
  2. 8 thn tu.
    tempat jatuh lagi kan dikenang, kan.
    moga sukses di tempat baru.

    ReplyDelete
  3. Semoga terus sukses di tempat baru..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!