Duty pagi raya pertama. Hampir 13 tahun perkhidmatan, dah biasa raya sendiri tanpa keluarga, raya menghadap jam, tak dapat balik raya, raya diperantauan, setakat duty pagi raya kampung dekat apalah sangat. Lepas keja pecut balik kampung.
Pagi raya kita pose kat pejabat. Kak Pia lipstik merah menyala tenggelam ibu.. Yang Aryan sibuk nak menempek dimana-mana ja tapi bila suruh pose buat derk. Aiman pulak tak suka bergambar jenuh paksa. Ibu depa ja pulun selfie wefie. hahaha
Orang habis solat raya baru dapat bergambar satu famili tu pun takda orang yang boleh tolong snapkan, sedih tak. Huhu
Habis duty petangnya terus bertolak balik Alor Setar. Dapat pusing dua buah rumah bapa saudara En suami ja. Raya pertama mak tok dengan acik depa masak rendang ayam, daging balckpepper dengan mee kuah. Sampai sana balun dulu ketupat dan mee kuah pastu baru keluar beraya.
Cousin = Damia
Geng Hello Kitty
Kat rumah Pak Ngah ada nasi beriani dan tosei. Aku makan tosei ja dah kenyang makan kat rumah mak tadi. Dok sekejap anak-anak Pak Ngah pakat balik, meriah beraya penuh rumah.
Raya kedua duty petang. Raya ketiga duty malam, Balik kerja raya ke 4 tu kami balik Penang. Nanti sambung kisah raya Penang.
Salam lebaran
ReplyDelete