Rasanya macam agak lama juga aku tak jejak panggung. Anak dah besar ni rasa senang sikit la, tambah pulak orang dok review cerita ni best sangat, kira macam ralat juga kalau tak tengok. Ibu melabur la sikit untuk gembirakan anak-anak.
Afia Aryan kata best, budak budak ni asalkan ada Upin Ipin best je.
Masa Abang Jenin nyanyi lagu Keris Sakti tu terserlah muka sangat terhibur Afia Aryan.
Tak dinafikan filem ni sebuah cerita yang bagus tapi tetap biasa saja bagi aku. Expectation aku tinggi sangat ke atau aku sejenis yang tak mudah terhibur. En suami pun kata biasa je tak best mana. Sebab kami dah tua sama kot.huhu
Step by step cara booking tiket :
1st step kena download application GSC kat Playstore. Nak guna web pun boleh tapi lagi mudah install terus apps.
Firstly kena daftar dulu, masukkan semua detail pastu submit. Depa akan hantar verification kat email.
Dah verify boleh la login, pastu pilih FasTicket.
Isi semua maklumat cinema, tempat, tarikh dan masa.
Pastu pilih tempat duduk
Dah settle semua boleh bayar. Booking online dia ada charge sikit la. Macam GSC 1 tiket 50 sen booking charge.
Ok done yang kami punya.
Sampai panggung nanti terus scan je barcode dari screen handphone. Mudah kan! tak payah risau takda seat dan beratur untuk beli tiket.
Tak berkesempatan lagi nak tengok. Lagi mudah beli tiket online kan.
ReplyDeleteSemua dah bwk anak2 tengok..tinggal akak je ke ni yg belum?Rasa nak pegi ..tp bila fikir si bongsu tu susah nak duk diam..terbantut pulak..
ReplyDeleteSuka beli online.. mudah.. tak payah nak beratur dan berebut.. scan je dahboleh masuk..
ReplyDelete