Alhamdulillah 12 tahun menjadi ibu. 20 Mac Aiman dilahirkan. Esok yang nak balik Alor Setar dah siap kemas, tiba dia nak keluar malam sebelum balik juga, nak jadi warga Johor. Waktu kelahiran dia, kami hidup serba kekurangan, menjadi ibu dan abah pada usia 21 tahun, dengan ekonomi tak seberapa, ibu baru dapat kerja, abah berhenti kerja ikut pindah Johor. Susah payah kami membina kehidupan dulu sesungguhnya sangat manis bila dikenang.
6 tahun Aiman ditatang tanpa adik, sekarang dia tempat kami bergantung harap, walaupun Aiman mungkin nampak macam kami lebihkan adik-adik, kasih sayang kami sebenarnya tak berbelah bagi, sama sahaja.
Harijadi Aiman kali ni ibu buat kek coklat dengan pau comel-comel, macam biasa meraikan seringkas mungkin. Dia pun dah besar tak kisah sangat pun kek, nak nasi lemak ayam goreng ja katanya.
Allah selamatkan Abang Aiman
Yang depan tu macam biasa lebih dari birthday boy
Dia suka pau ibu, so ibu deco pau kat birthday boy.
Deco bodo2 jadi la janji ada kenangan.
Kek coklat ja la paling senang pun.
Also done nasi lemak ayam goreng permintaan birthday boy
Pesan ibu yang ni je. Tanggungjawab lelaki ni besar. Orang lelaki ni kena jadi somebody, nanti nak bela anak orang nak bagi makan apa. Huhu.
Assalamualaikum..Selamat Hari Jadi Aiman..semoga menjadi anak yg soleh.Jap pulak rasa dah besar Aiman..ke sebab dah lama tak berkunjung kesini..huhu.
ReplyDelete