Pages

Sunday, March 31, 2019

Aiman Turns 12



Alhamdulillah 12 tahun menjadi ibu. 20 Mac Aiman dilahirkan. Esok yang nak balik Alor Setar dah siap kemas, tiba dia nak keluar malam sebelum balik juga, nak jadi warga Johor. Waktu kelahiran dia, kami hidup serba kekurangan, menjadi ibu dan abah pada usia 21 tahun, dengan ekonomi tak seberapa, ibu baru dapat kerja, abah berhenti kerja ikut pindah Johor. Susah payah kami membina kehidupan dulu sesungguhnya sangat manis bila dikenang.

6 tahun Aiman ditatang tanpa adik,  sekarang dia tempat kami bergantung harap, walaupun Aiman mungkin nampak macam kami lebihkan adik-adik,  kasih sayang kami sebenarnya tak berbelah bagi, sama sahaja.

Harijadi Aiman kali ni ibu buat kek coklat dengan pau comel-comel, macam biasa meraikan seringkas mungkin. Dia pun dah besar tak kisah sangat pun kek, nak nasi lemak ayam goreng ja katanya.

Allah selamatkan Abang Aiman

Yang depan tu macam biasa lebih dari birthday boy

Dia suka pau ibu, so ibu deco pau kat birthday boy. 

Deco bodo2 jadi la janji ada kenangan. 

Kek coklat ja la paling senang pun. 


Also done nasi lemak ayam goreng permintaan birthday boy

Pesan ibu yang ni je. Tanggungjawab lelaki ni besar. Orang lelaki ni kena jadi somebody, nanti nak bela anak orang nak bagi makan apa. Huhu.










Wednesday, March 20, 2019

Resepi Pau Kukus



Ok mari gelak aku nak cerita ni, seumur hidup aku tak pernah buat pau.. Ni kira pertama dan dua kali aku buat dalam masa terdekat. So siapa yang tak pernah buat tau makan ja mari aku gelakkan hangpa. Hahaha.

Selama ni aku dok rasa macam renyah ja nak kukus sikit-sikit tu yang tak pernah buat, rupanya senang ja kejap ja masak. Sekali buat pastu kali kedua Aiman request lagi nak makan pau ibu buat. En suami pun kata sedap. So mengepau lagi la ibu pun sementara tak berapa busy. Nak buat ni tak susah, guna resepi donut ja tapi nak kelebet bulat-bulat masukkan inti tu la makan masa sikit.


Resepi Pau

Bahan A :
1/2 cawan air suam + 2 sudu gula + 2 sudu susu pekat + 1 peket mauripan, kacau sebati, rehatkan hingga berbuih.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
1 sudu marjerin
1 biji telur
1 cawan air lebih kurang

Cara : Campur semua bahan B kecuali air pastu masukkan Bahan A plus air secukupnya, uli hingga doh tak melekat ditangan. Tutup doh rehatkan hingga naik 2 kali ganda pastu boleh bulatkan masuk inti. Rehatkan lagi dalam 10 ke 15 minit bagi pau naik sebelum kukus.

Gunting plastik ja lapik pau guna apa yang ada kat rumah

Resepi inti daging or ayam or udang : Tumis bahan rempah (cili kering + bawang merah + bawang putih + sedikit halia + ikan bilis or udang or udang kering (optional) hingga pecah minyak pastu masukkan rempah kari daging + ayam/daging/udang + air + kentang yang didadu. Masak lama sampai empuk dan air kering pastu masuk gula + garam + serbuk perasa secukupnya. 

Ni aku buat ayam + daging

Kali kedua buat coklat dan kaya

Coklat aku buat sendiri ni lupa plak nak snap coklatnya. Resepinya takda sukatan guna serbuk koko + gula + susu pekat + sedikit marjerin + bancuhan tepung jagung + air or susu, masak hingga pekat. 

Aku nak buat kaya tapi santan takda, so guna yang yoes dalam tin tu







Friday, March 08, 2019

Birthday Suprised untuk Abah



Kali ni memang aku tak wish langsung, buat tak kisah ja, selalu aku mesti kalut nak baking kek. En suami berkali-kali tanya harini berapa haribulan aku buat jeling ja.. Sampai merajuk la orang tu. Hahaha.

Sebenarnya memang ada plan nak buat suprise. Aku order cheese tart ja pastu coklat last minute dapat idea. Kad pun last minute diy. Nak buat betul-betul kejutan pun last minute juga. Alhamdulillah berjalan lancar. Simple ja sambutnya sama-sama kami.

Simple & comel kan huhu

Ibu request suruh tulis Happy Birthday tak kisah nak deco macam mana pun, Alhamdulillah comel dan sedap. Abah depa suka.. Tak manis dan tak muak katanya. 

Aiman kemas2 jumpa bekas coklat ni. Ibu dapat idea sumbat coklat kedai RM 2 ja jimat. Hehe. Hari besday aku duty malam, keluar awal sikit ambik cheese tart pastu beli 4 peket coklat laju2 sumbat dalam bekas, boh reben settle! 

Inspirasi dari google. Sebab abah depa tak berapa nak slim ibu tukar jadi Superman sado. Haha..Afia pi tambah mata dan mulut pastu warnakan. Gam pun takda belasah guna salotape je lekat kertas warna pada kotak

Tu last minute sempat lagi warnakan

Abang Aiman tulis birthday pun tak betul..

Tak sabar dah tu nak makan. Dok calit2 jem masuk mulut dah Aryan sado pun. 

Aiman pandai pulak ajar adik dia suruh bagi kat abah. 


Kebetulan abah depa dok cuci kereta kat luar pejabat lambat masuk. Kami dok tunggu kat dalam punya lama.

Wefie dulu tunggu abah lambat

Pembantu ibu menjayakan suprise



Lama tunggu abah depa lap kereta kat luar,  masuk ja kami jerit suprised.. pastu nyanyi lagu happy birthday abah lari la pulak. Terharu katanya.huhu.





Friday, March 01, 2019

Resepi Rojak Mee/Pasembor



Wah dah Mac, lama tak sapu sawang blog. Mari kita mulakan 2019 dengan entri resepi. Ni kira pertama kali aku buat versi kuah camni, selalu dok buat gado-gado yang kuah kacang biasa tu ja. Kira kena selera, en suami dan Aiman pun pun puji sedap.

Basically dia punya bahan lebih kurang sama, ada timun, taugeh, sengkuang, telur,  kentang, tauhu, tempe goreng dan sebagainya. Bagi aku kalau gado-gado macam wajib ada kangkung. Bila namanya rojak mee wajib la ada mee. Plus cucur pasembur tu baru namanya pasembur. Rojak dan pasembur ni benda sama je, orang utara panggil pasembur, kalau orang selatan panggil rojak.

Aku bagi resepi kuah dan cucur kosong je la ye. Bahan-bahan lain tu pandai-pandai la hangpa. Mee dan taugeh tu celur, tauhu kena goreng dulu, telur dan kentang kena rebus.  Kalau kat Johor, tauhu biasanya dibakar. Telur dan kentang tu pun ada orang rebus pastu gorengkan pulak. Buat la macam mana pun ikut selera memasing.

Resepi macam biasa takda sukatan belasah je la agak-agak, yang baru nak belajar masak tu jangan la refer resepi blog aku, resepi aku untuk yang dah expert masak ja. hahaha.


Resepi Cucur Kosong

Tepung gandum + gula + garam + sedikit soda bikarbonat + serbuk kunyit + air secukupnya. Bancuh macam buat cekodok pastu rehatkan sejam. Nak goreng nanti baru masukkan sebiji telur.


Resepi Kuah Rojak

*Keledek oren di rebus kemudian diblend bersama udang kering. Ketepikan. 

*Kacang tanah disangai dan di blend, ketepikan. 

*Cili kering + bawang merah + bawang putih + halia ( bahan rempah) blend,  ketepikan. 

Cara-cara : 

Tumis bahan rempah hingga naik minyak. Masukkan bahan kisar keledek + udang kering tadi, tambah air banyak mana kuah yang kita mahu. Masuk air asam jawa, kacang tanah,  kemudian akhir sekali masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.  


Taraa...Siap!