Tu dia baru nak update kisah raya haji. Ok la kan better late than never.haha..Raya tahun ni tak balik kampung langsung kita beraya kat Sungai Petani je. Mak abah mertua balik beraya di Johor, aku pulak raya pertama tu duty malam, en suami planning raya kedua dah mula berniaga, sebab hujan raya ketiga baru start.
Raya sendiri bermakna menu raya masak sendiri la kan..No ketupat rendang, masak nasi minyak bodoh-bodoh je senang sekali harung boleh makan dari pagi sampai malam. Here our nasi minyak.
Kambing Masak Hitam, Ayam Masak Merah & Acar Mentah
Mak ngasuh depa ni jemput kenduri Korban kat Kampung Memali, Baling. Dah takda aktiviti apa lepas solat raya tu en suami ajak kesana. Anak dara mood baik nak pose dalam kereta, layan!
Jubah Wan Maktok beli di Mekah.
Selfie so-so tempek pi la dah ni ja picture raya yang ada. haha..
Abang Aiman kat rumah kenduri
Esoknya habis duty pagi stall nasi lemak semua masih tak buka, kita sarapan kat mamak ja la sambil mengimbau kenangan roti salad mamak yang penuh nostalgia.
Kalau nak tau dulu waktu ibu abah fall in love, roti salad ni la antara menu kegemaran kami. Hari ni setelah 12 tahun kahwin, dengan pakej 3 anak baru nak makan menu zaman bercinta. Hakhak
Raya kedua baru masak menu raya. DIY nasi himpit dan kuah kacang daging je, jadi la habuan orang raya sendiri tanpa sanak saudara. hehe
Walau nampak so² je... Tapi tetap nampak comel... Kan?
ReplyDeletemasak simple pun nampak sedap kak :D
ReplyDeletesama lah dengan kita masak nasi minyak dari pagi sampai ke malam..senang ..hahaha
ReplyDeletewalaupun tak balik kampung tapi masih lagi meriah tu. Kita yang buat dia jadi meriah ke takkan. Hehe
ReplyDelete