Setiap tahun ibu mesti raikan hari lahir anak-anak dengan kek. Kami tak pernah buat apa-apa sambutan birthday party. Hadiah pun bukan perkara wajib. Aiman pun bukan sejenis yang demand. Tapi baru-baru ni dia ada minta kasut bola baru..yang lama dah kecik katanya. So in advance dah dapat hadiah harijadi la kiranya. Yang bagusnya kasut lama dia tanya ibu boleh tak nak bagi kawan..sifat pemurah tu ibu puji la.haha
Die hard fan bola kan..tu ibu order kek padang bola. Vanila layer blueberi je ni dah tak tau nak makan kek apa. Nama abah tu ada sekali sebab birthday abah 6 hb tak sempat nak buat kek.huhu
Chocholate cake moist ibu buat juga hari sama, balas dendam sebab dok bertangguh nak buat dari birthday abah depa sampai birthday Aiman baru jadi.
Add on kek batik lagi. 3 bijik kek ibu payung. Makan sampai puas.hehe
Balik kerja ambil kek tak menyempat bebudak ni nak makan. Tak sempat tunggu malam dah nak potong dan makan.
Happy birthday Aiman Mukhlis. Sekejap masa berlalu..dulu Aiman kecik je..la ni dah sama besaq dengan ibu dah..baju seluar semua boleh share, sama saiz dah dengan ibu. Semoga jadi anak soleh yang boleh menjadi pelindung adik-adik, sentiasa mendoakan ibu abah ke syurga. Ibu sentiasa doakan kesejahteraan kesihatan dan kejayaan anak ibu.
Happy Birthday Aiman. Aunty doakan semoga Aiman beroleh kejayaan dan menjadi anak soleh buat ibu dan abah. Aamiin...
ReplyDeleteBuy Cenforce 100mg
ReplyDeleteBuy Cenforce 100mg Online is used to treat erectile dysfunction (ED). ED is the inability to get or maintain an erection. Sildenafil citrate is the active ingredient in Cenforce. your most reliable Trusted online pharmacy Medypharma. Buy cenforce online, cenforce 100 price, cenforce 100mg review from Trustedsite.