Alhamdulillah tak sampai sebulan dah selesai BAK 4. Nampak everything going smoothly buku 4 ni Afia pun dah semakin baik bacaannya, dah makin minat baca dan tulis. Rasanya sebab sekolah sama ni nampak dia dah mula minat nak menulis, kalau dulu bab menulis ni macam liat sikit.
Permulaan buka buku 4 asyik bagi alasan macam-macam, tak nak baca buku langsung, bila buka je bebal, nak buat aktiviti ja katanya. Nasib la ibu pun dapat idea main sticker, kebetulan banyak dapat dalam buku bundle ibu. Pastu Afia jadi gila sticker,asyik ajak lekat sticker ja sampai tak larat nak layan.haha..
Aktiviti Buku 4. Tempek sini mana tau boleh jadi inspirasi dan rujukan. Sejak ibu mula aktif update aktiviti Afia & fonik kat facebook, nampak dapat menarik 2 3 orang dah ibu-ibu yang pm tanya pasal BAK. Alhamdulillah, mana yang ibu tau ibu kongsi. Sharing is caring!
Bina huruf l r d g dengan sticker.
Dah tak mau sangat baca buku. Ibu tulis perkataan dalam BAK 4 minta Afia baca pastu lekat sticker apa yang dia suka dekat sebelah. Trick ni sangat berkesan padahal kena baca juga.hihi
Sticker lagi. Tengah gila sticker layankan ajelah.
Dah mula keliru b d so ibu minta Afia bina huruf dengan playdoh untuk membezakan b d p b. Lepas tu nak lekat sticker lagi. Layan!
Ajak repeat phonic adventure ni dah lama. Dok minta sangat dengan salotape tak bawa, ibu letak perkataan sekitar office minta Afia cari dan baca. Mula-mula ibu nak suruh tick ja perkataan yang dia cari dan baca macam tempohari, tapi dia sendiri rajin nak tekap tulis, good idea Kak Pia!
Lepas baca buku mood baik nak pose bagai. Doll sampai 3 ekor dalam guni toys ibu dia tak bagi jual. Ni kira merangkap hadiah BAK 4 juga la kan.
Ada lagi hadiah. Ibu dia yang lebih ni.haha. Hadiah sampai ngam-ngam tamat buku 4. Semangat sangat baca malam tadi sebab ada hadiah kan. Ibu beli bundle ja perabot kayu doll ni awesome sangat.
Lately memang agak sibuk tapi ibu curi-curi juga masa untuk Bacalah Anakku. Tak lama sehari dalam 10 -15 minit. Semoga dipermudahkan hingga penamat.
Alia dulu pun keliru bdpb tu muni. Sama jugak nom 579 selalu terbalik tulis. Alhamdulillah... Now dah takde dah. Fiza yakin afia lagi hebat.. Nak2 ada ibu yg rajin macam muni. Good job kak pia.
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeletemoga afia terus usaha and abis ke buku 8 ekk :)
izzat tu liat. baru nak start buku 1 BAK, PK hu hu hu.
dahulu kan iqra'.
ikut sekolah.
Betulkan... sebenarnya nak ajar anak kaedah Bacalah Anakku ni tak perlu berlama-lama... 5 ke 10 minit pun dah cukup...
ReplyDelete