Pages

Wednesday, July 19, 2017

Resepi Agar - Agar Kurma Untuk Baby



Tempohari Aryan diserang demam tonsil. Kata doktor kena makan benda - benda sejuk, ibu pun terfikir la nak buat agar-agar sihat untuk Aryan. Walaupun doktor tak kata apa-apa..hasil carian google membuatkan kisah tonsil ni jadi agak merisaukan juga. Biasalah kan mak-mak ni memang cepat risau.haha. 

Masa demam tu dia memang tak lalu sangat makan, so kurma antara buah paling efektif memberi tenaga dengan cepat. Selain sihat dan memberi tenaga segera, hebatnya kurma ni sebagai penguat memori, merawat pelbagai jenis penyakit juga. Dalam Al -Quran pun ada 21 ayat tau menyebut tentang kurma.

Nah intro kebaikan kurma yang kalau aku tak sebut pun semua dah sedia maklum. Resepi macam biasa sukatan hentam kromo. Aku buat dapat 4 bekas kecik dadih ni je. Jadi la sebekas dua kali Aryan ulang makan.


Resepi Agar-Agar Kurma

Basuh kurma dan blend halus dengan air masak. Panaskan kurma tadi sekali dengan agar-agar tali hingga mendidih dan hancur. Add on la air bersesuaian dengan kurma dan agar-agar ye. Untuk tekstur yang cantik tapis dulu kemudian baru masukkan dalam bekas. Sejukkan dalam peti ais tadaaa siap untuk di suap pada baby.


Senang je kan. Please no added sugar for baby below 2 years old. Kurma pun dah cukup manis ada gula semulajadi. Boleh guna EBM juga kan untuk hasilkan agar-agar yang lebih awesome. Yang tu aku belum cuba la. Stok susu Aryan pun cukup-cukup makan saja.hehe..




3 comments:

  1. Kalau nak letak EBM,masa bila nak campur tu? EB takleh panaskan atas api kan?

    Anak2 saya pun selalu kena tonsil. Boleh la try. Tapi yg si sulung tu mgm payah nak makan benda2 baru yg nampak mencurigakan warnanya. Kalau si adik telan je semua benda.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!