Bermain pasir adalah aktiviti sensori yang sangat banyak kebaikkannya dalam perkembangan anak. Menggenggam, menggumpal, menghancurkan dan menyelerakkan pasir membantu membina otot kasar dan otot halus. Main pasir juga bagus untuk sense of touch development, hand eye coordination, creativity dan macam-macam lagi pepandai la google.
Afia Aryan punya suka main berkecah satu rumah. Walaupun dah sediakan tikar kalis air yang dah cukup besar depa punya messy play memang mendatangkan marah.hahaha...
Mula-mula letak Aryan atas tikar dia punya sukahati kirai diy sand macam main simbah-simbah air.haha..Bila bagi bekas dan alat-alat main baru dia mula gumpal, masukkan dalam bekas, korek-korek pasir and have fun. Afia lagi la excited main sampai tak reti berhenti..
Lama jugak la budak berdua ni explore main pasir sampai ibu siap siang ikan dan masak baru mandikan dan bagi makan.
5 cawan tepung gandum + 1 cawan minyak, gaul sampai jadi tekstur pasir.
Resepi asal nisbah tepung dan minyak 4 : 1, tapi aku buat dalam 5 cawan lebih kurang. Kalau 4 cawan tekstur tepung macam bergumpal. Agak-agak pepandai la tambah dan kurangkan.
Lepas dah mop, Aryan tidur Afia sambung main lagi. Bertabahlah ibu.huhu..