Pages

Sunday, June 11, 2017

Shopping Raya Part 2



Yey setel semua part baju raya. La ni tengah ambik mood nak membaking kuih raya. Jangan mood tak mari sampai raya sudah la.haha..

Jumaat lepas balik kampung kejap. Plan nak bertolak balik kampung pagi, sudahnya petang baru gerak. Afia dari pagi dok tanya bila nak balik kampung, kena usik tak jadi balik dengan abah dia, melalak tak ingat. 


Kami lama tak selfie tau.hahaha

Sempat la berbuka puasa beramai -ramai. Menu simple ayam goreng masak kicap sama sotong goreng kunyit, ulam dan sambal belacan.



Lepas berbuka kami ke Billion Parit Buntar belikan baju casual Aiman dan abahnya. Shopping sampai Billion tutup kita sambung cari kasut raya pulak. Dah pukul 11 lebih sempat lagi ke kemboja. Lain yang dicari lain pulak dibeli. Setel sudah duit raya Pak Jib bagi.hahaha



Balik shoping dah dekat pukul 1 pagi kot terus kami bertolak balik SP semula. Sempat lagi en suami berhenti dekat ekspo Jam Besar SP. Kami tunggu dalam kereta je budak berdua tu dah tidur, Aiman dan abah cari kopiah, pelikat dan butang baju melayu. Lepas ni dah susah nak cuti sekali harung shopping senang. 

Baju raya Aryan ibu beli lagi sepasang konon nak bagi sama tema. Namanya beli online tengok warna sama dah dengan Abah dan Abang Aiman, bila sampai warna lain.hahaha..Tapi ok puas hati takda cacamerba sangat tema.

Baju raya aku pun cari online je senang. Cari punya cari baju raya ibu, ada yang berkenan size pulak tak ngam. Dah malas dah nak pening cari aku grab juga baju sedondon dengan Afia. Makanya baju raya model cilik sudah jadi 4 pasang. Sebab baju casual Afia Aryan ambil dari bale ibu dah jimat banyak, maafkanlah ibu terlebih shopping untuk depa.kiki


Tudung raya ibu. 1 lagi Acu Ain punya.hihi

Alhamdulillah setel bab baju raya. Ibu je ni tak puas hati mana adil depa semua banyak baju, ibu sorang je satu. Kalau ada terbekenan ibu nak juga grab lagi satu. Alasan reward untuk diri sendiri setahun sekali.huhu..

Roster raya pun dah arrange. Aku kena kerja petang raya 1st, raya 2nd dapat Kelepasan Am pastu terus kerja hingga raya seterusnya. Raya kartun je la tahun ni nampaknya.  Apa pun raya tetap raya. Dah 11 tahun kerja macam ni gaya rayanya dah terbiasa.

Nantikan update cookies raya kalau ada.hehe..






2 comments:

  1. Wow .. shopping sakan nampak .. hehe

    ReplyDelete
  2. Tahun ni sopim online je...tau tau barang sampai umah..haha

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!