Pages

Thursday, February 09, 2017

Pak Njang's Wedding



Ni kira penutup majlis perkahwinan adik beradik aku. Alhamdulillah semua dah dapat jodoh memasing. Pengantin perempuan asal orang Setiu tapi majlis dibuat di Gua Musang. So ke Kelantan la kami untuk majlis perkahwinan Pak Njang Aiman Afia Aryan.

Majlis simple je yang penting semua selamat, memudahkan kedua belah pihak.

Akad nikah - 27 Januari 2017
Majlis - 28 Januari 2017


Hantaran pun simple bangat

Pengantin bergambar di photobooth comel.

Afia bad mood nak berkepit je dengan Pak Njang


Dia merap Pak njang dia sungguh. Nak mandi dengan Pak Njang, dera Pak Njang dukung sesaja.haha..


Adik Aryan yang super cool. Alhamdulillah dipermudahkan walaupun perjalanan jauh.

Rombongan PK dengan free stylenya.haha


Kami bertolak Jumaat pagi..Sampai sana tengahari, nikahnya malam lepas Isyak. Afia demam sikit sebelum datang Kelantan lagi, tapi dia kalau jalan ada orang layan makin menjadi la perangai.

Sakan posing dengan abang dan kakak sepupu. Kalau ibu nak snap minta posing meradang. APTB.hahaha..





Alhamdulillah selesai dengan sekali lafaz.





Balik dari Kelantan kami terus holiday Langkawi bawa sekali pengantin jalan-jalan. Nanti sambung entry Langkawi. Balik dari Langkawi tu kita adakan sedikit majlis untuk sambut pengantin plus tahlil arwah abang. Cerita tentang pemergian Abang nanti aku cerita kalau ada kesempatan. Banyak perkara terjadi lately tak mampu nak rangkum banyak cerita dalam 1 entry. Update pun dah kelaut.huhu..

Kita buat kecik2 jugak rewang orang2 kampung rela hati nak tolong masak. Air tangan orang kampung sedap tapi menunya tak sempat nak snap kalut sangat. Maklum sajalah aku ni tuan rumah.kiki..



Snap anaknda bertiga sebelum bertolak balik SP semula setelah dua minggu bercuti sakan. Kita pulang kesarang bisnes bundle ibu dah melambai.haha..












3 comments:

  1. seronok buat kenduri rewang ramai2 macam tu kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Selamat pgantin baru.. Semuanya nampak serba sederhana.. Suka suasana camni

    ReplyDelete
  3. Sederhana tu memang nampak sweet... selamat pengantin baru buat Pak Njang Afia... didoakan moga jodoh sampai ke syurga... Amin...

    Muni 'merap' tu apa? Huhuhu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!