Pages

Friday, February 24, 2017

Cable Car Langkawi ( Langkawi Skycab )



Amaran. Entry ni ada banyak la pulak muka aku selfie.hahaha..Walaupun aku tak berapa suka selfie wefie bagai, naik cable car tetiba jadi sawan. Yang sebenarnya excited dapat juga naik sebelum balik. Ingatkan dah tak dapat, buat penat je datang Langkawi tidur dua malam kalau takat masuk Makam Mahsuri. Dah nak naik bot pusing pulau mandi manda tak sempat. Next plan Insyaallah klu ada rezeki huhu

Kami sampai around pukul 9 lebih. Masa ni tak ramai lagi orang, lepas turun bawah orang dah berpusu-pusu nak naik semak gila. Tips nak naik cable car sila rancang datang awal pagi ye..lebih-lebih lagi kalau musim perayaan. Kalau tak menangis tak berlagu la tak dapat naik.kiki


Rate tiket. Boleh zoom tak nampak pendek umur.kiki

Kami ambil yang basic RM 40 per person boleh masuk 4 tempat iaitu Cable car, Muzium 3D, Skyrex dan 1 lagi apa entah tak sempat masuk kelam kabut nak balik.hehe..Kira berbaloi ambil pakej..kalau 3D Art saja pun dah RM 30 kan..

Wefie angle kelaut

Nah pulun.kiki

Candid

Abang Aiman snap

Ni masa dah sampai atas. Tunggu abah beli tiket naik ke jambatan.

Jakun sekejap rupanya nak panjat naik ke jambatan atas dah kena bayar lagi. Dulu-dulu free je kan. Sakan depa paw. Dah aku gatal sangat nak ambil gambar dengan keychain..terbang lagi RM 50.hahaha..

Ada dua pilihan untuk naik ke atas, nak adventure boleh jalan kaki, nak relex boleh naik cable car untuk ke jambatan. Tak salah aku jalan kaki RM 5 adult, kids RM 3..kalau cable car RM 10 adult , RM 5 kids. En suami kata jom jalan..nahaii sementara nak sampai tu gigil jugak la kepala lutut aku. Dah la dukung Aryan sado. Masa balik beli je tiket turun bawah naik cable car. Gila semput baq hang.hahaha...

Famili pulun namanya ni..Adventure tak kena gaya.




Masa nak turun kena line up..Abah sorang amik tempat ibu lepak kat sini siap isi minyak untuk Aryan. Dah lepas kena susu la tu muka Aryan happy tak ingat.hihi

Picture atas jambatan. Muka toya je dah letih. En suami ajak jalan kat jambatan aku dah tak kuasa. Hang pi la sorang, alignment lutut dah lari, kalau tak jalan naik cable car dah selamat.hahaha


Tak kuasa dah nak bergambar dengan panasnya

Aiman pun sakan kena sawan monopod.



Dah..dah..jom turun satgi lambat tak dapat masuk 3 D Art. Bising pulak Wan Mat kita balik lambat.hihi




Nanti sambung entry 3D Art.



9 comments:

  1. Acik tiap kali pi langkawi cable car jadi penunggu setia kat bawah..anak2 je naik..ayahnya kena paksarela teman mak kat bawah

    ReplyDelete
  2. kalau ke Langkawi..cable tu satu kemestian sebab panorama yg cantikk..salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. aida da naik skali.
    and rasa nyer tu la skali kot ha ha ha :)
    serrrrrraaaammmmm, PK.
    aduhai...

    p/s: kalau sudi, kalau boleh. nanti email address & fon no PK.
    aida nak send small gifts utk selected blogger fren.
    top komen 2016 :) --> adianiez@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. rugi pergi langkawi tak naik cable car... tak gayat ke PK? kelakar la plak...sampai ketaq lutut..jadi ..jgn la rajin sangat nak berjalan2...naik je cable car tu kan...

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. Teringin g langkawi jugak..blh tahan tinggi jgk nk memanjat ni

    ReplyDelete
  6. Hihi betul jugak noh..... alang alang sampai Langkawi baik naik Cable Car, setakat masuk makam Mahsuri apa barang hihi...Apa salahnya gambar sendiri bersepah sepah, blog sendirikan, setakat kena kecam apalah sangat hihi....

    Yelah PK, mmg murah sangat tu kalau ambik pakej. Kalau dah katanya masuk 3D pun RM30 henggit sorang. Weyh tak seram ka naik Cable Car. Mak gayat hokey!

    ReplyDelete
  7. oooo diam diam hang pg langkawi ekk famili pulun .. aku tk sempat lagi nak pulun

    ReplyDelete
  8. Comei la hai si Aryan... Syoknya jalan-jalan Langkawi!!!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!