Pages

Friday, February 24, 2017

Cable Car Langkawi ( Langkawi Skycab )



Amaran. Entry ni ada banyak la pulak muka aku selfie.hahaha..Walaupun aku tak berapa suka selfie wefie bagai, naik cable car tetiba jadi sawan. Yang sebenarnya excited dapat juga naik sebelum balik. Ingatkan dah tak dapat, buat penat je datang Langkawi tidur dua malam kalau takat masuk Makam Mahsuri. Dah nak naik bot pusing pulau mandi manda tak sempat. Next plan Insyaallah klu ada rezeki huhu

Kami sampai around pukul 9 lebih. Masa ni tak ramai lagi orang, lepas turun bawah orang dah berpusu-pusu nak naik semak gila. Tips nak naik cable car sila rancang datang awal pagi ye..lebih-lebih lagi kalau musim perayaan. Kalau tak menangis tak berlagu la tak dapat naik.kiki


Rate tiket. Boleh zoom tak nampak pendek umur.kiki

Kami ambil yang basic RM 40 per person boleh masuk 4 tempat iaitu Cable car, Muzium 3D, Skyrex dan 1 lagi apa entah tak sempat masuk kelam kabut nak balik.hehe..Kira berbaloi ambil pakej..kalau 3D Art saja pun dah RM 30 kan..

Wefie angle kelaut

Nah pulun.kiki

Candid

Abang Aiman snap

Ni masa dah sampai atas. Tunggu abah beli tiket naik ke jambatan.

Jakun sekejap rupanya nak panjat naik ke jambatan atas dah kena bayar lagi. Dulu-dulu free je kan. Sakan depa paw. Dah aku gatal sangat nak ambil gambar dengan keychain..terbang lagi RM 50.hahaha..

Ada dua pilihan untuk naik ke atas, nak adventure boleh jalan kaki, nak relex boleh naik cable car untuk ke jambatan. Tak salah aku jalan kaki RM 5 adult, kids RM 3..kalau cable car RM 10 adult , RM 5 kids. En suami kata jom jalan..nahaii sementara nak sampai tu gigil jugak la kepala lutut aku. Dah la dukung Aryan sado. Masa balik beli je tiket turun bawah naik cable car. Gila semput baq hang.hahaha...

Famili pulun namanya ni..Adventure tak kena gaya.




Masa nak turun kena line up..Abah sorang amik tempat ibu lepak kat sini siap isi minyak untuk Aryan. Dah lepas kena susu la tu muka Aryan happy tak ingat.hihi

Picture atas jambatan. Muka toya je dah letih. En suami ajak jalan kat jambatan aku dah tak kuasa. Hang pi la sorang, alignment lutut dah lari, kalau tak jalan naik cable car dah selamat.hahaha


Tak kuasa dah nak bergambar dengan panasnya

Aiman pun sakan kena sawan monopod.



Dah..dah..jom turun satgi lambat tak dapat masuk 3 D Art. Bising pulak Wan Mat kita balik lambat.hihi




Nanti sambung entry 3D Art.



Friday, February 17, 2017

Makam Mahsuri Langkawi



Ok sambung entry jalan-jalan Langkawi. Disebabkan frust tak fapat naik cable car, pengantin ajak ke Makam Mahsuri. Ikutkan aku dah malas nak masuk bukan ada apa pun dalam ni, setiap kali datang Langkawi kot mesti port wajib, tapi kena la ikut jugak takkan nak dok luar.haha..

Dapat la tengok perubahan yang berlaku berbanding 6 tahun dulu. Tempat masuk utama pun dah berubah..pastu rumah2 kat dalam tu pun dah bertambah.

Tiket masuk berapa ntah..pepandai la google kalau nak pergi.haha. Langkawi ni nak masuk apa pun sedia je la duit. Nasiblah kami mai time kenduri akikah anak sedara..tuan rumah jamu makan dua hari dua malam...bab makan ditanggung beres..Kalau tak, makan pun mahal. Standart tempat peranginan kan. Ni jimat banyak, Alhamdulillah rezeki.huhu..

Layan je la gambar

Adik Aryan awat tengok tepi

Abah pulak berjangkit tak tengok kamera.haha..

Aryan bila lepas kat bawah happy la

Pulun lagi.kiki

 Haipp kaki tu sakan

Abah dia ceduk air kata nak rendam kepala Kak Pia bagi buang degil, melalak tak ingat kat situ.hahaha

Kuih karas kuih peneram nyum2

Free style

Merap Pak Njang dia sampai ibu snap pun marah.


Nanti sambung lagi. Tak dapat nak aktif blogwalking sangat sekarang ni sibuk kerja. Menyahut cabaran menteri buat dua kerja katakan.hahahaha




Tuesday, February 14, 2017

Jalan - Jalan Langkawi



Balik dari Gua Musang esoknya awal pagi kita dah bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Hari cuti Raya Cina maklum sajalah orang macam semut. 2 jam juga tunggu nak dapat naik bot. Yang Aryan budak baik pun dah mula melalak. Bagi makan tak kena..dukung tak kena semua pun tak kena dah.huhu...

Bawak pengantin baru jalan. Afia dok merap Pak Njang dia sepanjang di Langkawi

Ni pengantin lama sikit..haha

Masa dalam bot Aryan tidur pastu dah sampai tarik nenen sambung melalak tak ingat. Sabar ajelah ibu oii. Ibu tau Aryan bukan jenis yang suka buat hal tak tentu hala..ni sebab betul tak cukup tidur letih sama, sampai homestay petang tu dia bantai tidur dari petang sampai pagi esoknya.

Siap lawa2 konon petangnya nak pi jalan. Dok bilik je la kesian nak kejutkan budak letih teruk.haha

Esok pagi pergi Cable car pun orang macam semut. Redha ajelah tak dapat naik. Kita jalan-jalan je pusing kawasan sekitar sambil shopping sikit.

Kami sampai dulu masa ni so menunggu pengantin la ni. Afia pi mana ikut Pak Njang dia la tu pasal takda dalam picture.

Dah cukup rehat dan tidur Aryan kembali ceria dan good boy semula.hihi

Ni Langkawi Geopark ke namanya. Banyak sejarah pasal geologi Langkawi entah la aku pun tak sempat belek dan baca. Sempat selfie ja.hahaha

Sempat lagi tu nama pun budak. Afia kemain marah orang snap pic dia.

Shopping baju dan souvenier kat deretan kedai yang ada.

Dinasour gerak2

Gaya tangan kena telan dinasour

Tak dapat masuk kita paksa anak teruna posing.haha

Bergambar reramai bukti dah sampai.kiki

Pengantin lama sikit VS Pengantin Baru

Acik Adha sefamili

Pengantin lama paling pulun.hahaha

Orang sangat ramai plus dah petang memang tak kuasa nak naik cable car kita bawak pengantin ke Makam Mahsuri. Nanti sambung entry pasal ni.

Malamnya kita borong coklat dekat Haji Ismail Group

Pagi sebelum balik kami sekeluarga pulun juga pergi nak naik cable car. Awal pagi orang belum ramai dah 6 tahun tak pergi Langkawi banyak juga perubahan yang berlaku. Nanti sambung entry Cable Car dan 3D Art. Banyak ni picture nak share.hehehe







Saturday, February 11, 2017

Recommended Homestay Gua Musang



Homestay ni keluarga sebelah pihak perempuan yang deal. Sangat murah, puas hati dan selesa. Terletak di Taman Kesedar jaya/ Taman Damar. Aku nak bagi detail memang tak tau, area sendiri pun aku buta geografi inikan pula Gua Musang.haha.

RM 300 semalam, rumah besar boleh muat 5 6 famili. Ada 3 bilik, 3 bilik air, ruang tamu dan dapur yang luas memang sangat berpatutan. Kelengkapan semua complete siap toto tambahan, iron, periuk nasi kelengkapan masak semua, pendek kata berasa macam duduk kat rumah sendiri.

Masuk je homestay aku terus jadi camerawomen snap gambar sesisi rumah. Macam biasa la kan namanya blogger ni memang perangai ala paparazzi. Layan.hehehe




















Katanya pemilik homestay seorang guru, boleh hubungi nombor yang tertera. Recommended sangat. Puas hati dan berbaloi.