Sebenarnya customer yang request mintak aku poskan ke kampung untuk mak ayah dan kak beliau. Customer pun kawan-kawan aku jugak. So layankan ajelah..benda DIY gini memang aku suka tau.
Dok mencari la kat rumah kot ada balance pembalut hadiah ke apa tapi haram tak jumpa.kiki..Redha je ambik majalah Acu Ain dulu-dulu, agak colourful sikit potong sebagai pembalut hadiah. Nak harap majalah kak dia Pa & Ma tu je yang ada. Tu pun zaman purbakala punya.hehe..
Tetiba la pulak kan sel otak berhubung nampak angpau dapat idea nak buat kad. Bak kata kawan aku kalau nak beli ni pun seringgit ok. Angpau anak-anak bersusun dalam laci tu ni la guna dia.
Aku memang tabiat suka simpan buat koleksi. Aku ni apa je tak suka simpan kan. Rumah ni pun dah macam stor dah segala mak nenek kotak pun aku sayang nak buang. Almaklum la idea DIY penuh dalam kepala. Idea je la, buatnya tak..buat semak rumah ada.hahaha...
Apa aku merepek banyak sangat ni. Meh aku ajaq cara nak DIY kad hadiah daripada angpau. Sebenarnya tak payah ajar sangat pun..tengok gambar pun dah tau.
Bahan-bahanya tentulah angpau. Pilih angpau yang keras dan cantik sikit la ada motif. Pastu kau potong je empat segi bahagian mana yang suka. Gunakan kekreatifan yang ada. Nak lebih hipster buat la bulat ka bentuk love bentuk jari bentuk laksa ke lantak.hihi
Nampak tak kadnya dah siap dipotong. Yang hadiah ni Pillow Cover. Bundle tapi like new. Yang ni kalau nak beli rodger je aku. Memang aku jual. Nak suprisedkan orang tersayang dengan hadiah rare gini tak perlu modal banyak. Budget 5 ringgit ja kualiti terjamin walaupun item bundle. Sempat lagi promote.haha..
Nah siap dah kad DIY from angpau. Jimat dah 3 ringgit. Bijak tak..bijak tak..hehehe
Alhamdulillah siap..masuk sampul dah boleh pos. Semoga yang menerimanya happy walaupun tak seberapa. Aku buat dengan kasih sayang ni.
Good idea lah PK..
ReplyDeleteCH pun byk juga sampul duit raya tu..
sampul duit raya selalu buang je. tahun depan kena simpanlah
ReplyDeleteTak terpikir pun PK. Selalunya last minitlah mencari kad hadiah. Sudah tulis kat kertas pembalut tu hihi.... Tak terpikir pun nak guna sampul angpow
ReplyDeleteWah kreatif PK.. betul juga ni, sayang simpan macam tu sahaja sampul yang kertas keras dan lawa hiasannya tu.. boleh juga ambil idea PK ni, kalau nk bg hadiah boleh la bg kad tu sebagai pelengkapnya.. utk kawan nikah ke, hadiah baby ke, eh mcm2 la boleh
ReplyDeleteNampak kreatif dan canggih diy kad hadiah tu
ReplyDeleteehhh kreatifnya..mmg menjimatkan lah..klu rajin apa pun jadi..tebaik!
ReplyDelete@hainom OKje orang kreatif ni mak
ReplyDeleteKalau dah tangan kreatif tu...memang menjadi, tak terbuang begitu jer kan.
ReplyDeleteDah lama bunda tak kesini, dan lama jugak tak dengar cerita orang sini, dah besar anak2 tu... yang kecik tu omey jer...abam semakin mbam dan kakak semakin jelita.
Kalau dah jari kreatif ni, memang tak membazir.
ReplyDeletedak, masalahnya skarang ni kenapa kak muni balut sarung bantal ni helok sgt tanpa menggunakan kotak.. betuk bulat kot.. hahahaha..
ReplyDeleterajin kak muni..:D
Wah kretif. Ok. Boleh masuk dalam list DIY saya.
ReplyDeleteIdea yg bernas, nnt akak cuba
ReplyDeleteCreative sangat! Senang kalau tau DIY, jimat masa xyah keluar cari barang. Guna ape yang ade kat rumah je
ReplyDeleterajin juga PK..creative
ReplyDeleteWah, bijak-bijak... rajin PK berDIY saya lama dah tak dapat tunjuk skill sejak anak-anak dah besar dan mula demand... 😑
ReplyDeleteserius..menarik sgt..x terfikir sebelum ni
ReplyDeletememang bijak nanti nk tiru klu aku bc awal sikit blog ko ni .. mmg aku dah tiru dah ari tu hjg thn bg hadiah kat cikgu tp lupa beli kad
ReplyDelete