Alhamdulillah setelah bertahun tak pernah beraya hari pertama kat kampung aku, kali ni diberi kesempatan dek kerana kenduri. Mak pak mertua dengan adik-adik ipar semua beraya di Johor tahun ni.huhu..
First of all nak intro menu yang sempat di snap sepanjang berkampung selama seminggu di Nibong Tebal. Kek marble susu aku baking 2 bijik buat bekalan balik kampung. Raya pertama aku masak rendang ayam, kuah kacang daging dan nasi himpit saja. Buat pertama kali kot raya tanpa ketupat. Nak buat tak reti.hahaha..Ketupat kita pi makan kat rumah jiran sudah!
Cik pia bab posing serah kat dia. Kata Acu gaya Afia dah macam retis pegi mahkamah untuk kes cerai.hakhak. Pulun sangat dengan speck Pak Njang dan jam tangan Acu.
Selfie sama pengantin Acu. Picture selfie sama ibu simpan galeri sebab gerun dengan kedutan yang semakin ketara diwajah. Malas dah nak edit.haha..
Raya pertama tak pi mana, sempat beraya 3 bijik rumah jiran je pun. Menu laksa, ketupat, air sejuk semua kena pantang. Mana lain yang boleh makan semua kita balun.hihi
Kat rumah jiran yang terakhir ni baru sempat posing berfamili potrait. Sejak ada Aryan memang agak terbatas sikit la hobi jurugambar ibu. Ni pun semua Acu Ain yang snap.
Menu ketupat rendang kambing ada pulak sagu gula melaka. Perghh dua kali aku tambah.hehe..
Yey nin dia foto famili dengan tema mambang biru!
Baju raya merangkap baju kenduri tu pasal sedondon. Kalau tak..tak kuasa la raya haji nak sama. Raya puasa pun cacamerba.
Kakak terpikat rumah tinggi dia tu
ReplyDeleteBest kan makan-makannya buat di bawah kolong rumah. Nyamannyaaa:)
Pia kan memang macam model:)
janji ado ok.
ReplyDeleteden non hado langsung.
padahal dah bertema tu di pagi raya anak beranak..
comel afia pose..
haha..cam artis gi mahkamah syariah.memang win
ReplyDeleteSelalu time kenduri dan raya la yang banyak mengundang kepada penambahan kalori.. hahhahah tapi mana boleh tahankan... semua depan mata sedap2! Aduhai... tengok gambar pun terliur tau!
ReplyDeleteCik pia posing comei apa... hehehe cool la cik pia..
salam aidiladha kak..
ReplyDeletelya raya bru ni mmg x kemana lgsung...
pakai bju raya pom x