Internet underground yang laju gila dah kena sekat. Jiwa kacau paling utama menambah perisa punca hilang dari radar. Beginilah hidup kalau benda mudah nak disusahkan. Takpelah kan..buat apa berkecil hati kalau orang salah faham tentang kita, janji Allah faham akan hati kita. Biarlah mereka menghakimi kita kerana tiada hakim sebaik Allah. Dah jadi sesi luah perasaan la pulak.hahaha...
Kembali ketajuk asal. Hari yang ditunggu tiba jua. Sebab pengalaman Afia yang reject segala jenis puting dulu, hari pertama training Aryan guna botol menjadi sangat mendebarkan. Takut sejarah mungkin berulang.hehe..
First day lepas disusukan guna botol, nyenyak Aryan tidur. Hati ibu sayu tengok ni.huhu..
Hari kedua Kak Pia sibuk jadi trainer nak susukan adik dia.
Hari ketiga Abang Aiman riba dan susukan Aryan. Kak Pia macam biasa menyibuk sama.
Alhamdulillah latihan botol untuk Aryan sangat mudah diluar jangkaan. Dia selamber je hisap takda reject langsung. Ibu ni je gabra lebih. Harapnya berjalan lancar sampai ibu naik kerja nanti. Dok panaskan enjin dah ni buat stok sikit-sikit. Moga Allah permudahkan journey penyusuan Aryan Nufael selama 2 tahun. Amin..
Rasanya kalau dalam pantang dah start guna botol insya Allah xda masalah rasanya muni.
ReplyDeleteGood boy aryan ni.. moga ok je nanti dijga oleh pengasuh. Dah nak habis cuti ya, kalau cuti mmg rasa cepat sangat abisnya ye.. xsampai hati nk tinggalkan si kecil tu awl2 dan balik lwt petang ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah, pandai Aryan minum guna botol...
ReplyDeleteHehhe, bottle training ni antara benda paling risau kan bila nak masuk krja..
Eh, sama la botol susu Aina dan Aryan...
saya pun ada tulis juga pasal bottle training utk Aina, tapi dah berhabuk entry tu dalam draf.... ekekke
Hero ni mudah dijaga tak cerewet bagus. Kak Pia anak dara biasalah manja lebih. Adik ni tak kisah tahu nak bagi ibu dia mudah.
ReplyDeleteKakak tengok dah mula nak catching-up muka abang Aiman kan:)
anak pompuan kot yg suka reject ni kot alisha dulu pun sama jenis tak maok fake nk yg ori je susu dia ..sabar je la
ReplyDeleteSenang hati ibu nak tinggal dengan pengasuh, kan PK...
ReplyDeleteTengok budak jugak kot..... kiranya Aryan ni mesti jenis tak cerewet ni. Semua belasah hihi....
Patutlah senyap sunyi tak de komen rupanya jiwa kacau ek hihi...Sabau, sabau....kang bentan kang
ReplyDeletealala comelnya baby. setongkol gitu.
ReplyDeletealhamdulillah..dipermudahkan sgalanya...
ReplyDeletearyan pom dh besor haa...
Ada org br ye? Pny la lama x jengah sini. Tahniah2...
ReplyDeleteGambatte kak PK! Alhamdulillah baby blh terima botol. hehe Semoga di permudahkan. Ibu namo gabra noh, baby ok je. hehehe come aryan! =)
ReplyDeletegood luck ekk PK.
ReplyDeletein shaa Allah dipermudahkan.
aryan good boy.
Ololo pandai kak pia yer jaga adik n susukan dia yer...dah lama tak kesini...lizz pun dah setahun hilang dr radar....hehe
ReplyDeleteBaguslah berkerjasama anak beranak menjaga Aryan. Rasa-rasanya Cik Pia dan Abang Aiman ni memang boleh harap. Ibu tak payahlah susah hati sangat!
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang senang sikit kalau dah Aryan tak reject botol... bagus la cik Pia dengan abang Aiman sama-sama tolong jaga baby Aryan.
ReplyDelete