Pages

Monday, April 11, 2016

Set Bersalin NR



Susah woo nak buat pilihan untuk set bersalin mana yang akan aku guna kali ni. Ikutkan aku yang jenis tak rajin plus tak suka renyah pastu hangat taik ayam kemut pulak.. kena la fikir dari segala segi set bersalin yang paling praktikal untuk aku guna sepenuhnya. Dalam kepala otak ni memang fikir antara NR, Tanamera dan Shaklee. 

Bercakap pasal pengalaman, aku tak pernah kot beli set bersalin. Masa Aiman dulu lagi zero tak reti apa. En suami dengan abah belikan ubat jamu orang kampung apa jenama ntah aku hentam makan. Waktu Afia, aku teruja sangat shopping barang baby, so bagi aku set bersalin ni takda la penting sangat, asal ada sudah.hehe.

Kebetulan masa tu shaklee memang tengah pemes, ada pulak set tryer yang yang di pack cukup untuk 44 hari pantang, beli tu jimat kau, RM100 dapat 3 4 jenis vitamin. Aku rasa yang Shaklee pun bagus, bertenaga dan kuat je aku masa dalam pantang. Lepas pantang boleh slim apa lagi nak kan.huhu..

Sekarang ni aku rasa set bersalin penting sangat, mak mertua nak tolong jaga pun paling kuat dua minggu. Dah nak pantang sendiri plus dah takda orang nak bantu, aku perlukan badan yang kuat dan sihat nak uruskan 3 anak plus kerja rumah yang tak pernah habis . Kalau macam Afia dulu ada jugak adik aku Ain tolong mana patut sampai habis pantang. Doakan je la aku dapat melaluinya dengan tabah.hehe

Berbalik pada Set NR, aku dok baca review semuanya macam best. Item pun tak banyak, ada 6 benda saja yang aku rasa aku boleh guna la kot tanpa membazir. Dok termenung jugak bila tengok harganya. Bukan la tak mampu nak beli, tapi mahal kot. Alhamdulillah aku ni bukan jenis yang banyak sangat masalah kesihatan masa dalam pantang pun ok je takda angin, sakit badan ke apa..lagi percaya dengan pemakanan sihat dari consume makanan tambahan, ubat moden ke tradisional. Pendek kata memang berkira bab ni.hehe

So aku decide nak beli loose phytonatal, akar herbanika dengan minyak herbanika dia je..ni pun harga 200 something. Yang loose item dia lebih besar, takpelah kira under budget. Beli banyak tak guna jadi membazir buat apa. Sekali dah rezeki aku kot ada kawan inform pasal promo set NR RM 240 sahaja. Promo sampai 15 April saja dan katanya setahun sekali je depa buat promo.

Mula-mula aku macam terkesima kejap sebab belum gaji. Dok pujuk hati takpelah, dah gaji nanti boleh beli, mahal sikit takpa. Pastu kan siang malam boleh termimpi set NR. Tak senang duduk jadinya. Buat strategi bagi ayat sedih sikit, bodek-bodek en suami plus tag tentang promo kat fb sampai en suami bagi green light beli. Punya la sadis kronologi aku nak mendapatkan set ni.hakhak

Model NR tak pakai baju pun boleh. Sibuk la kita nak snap picture dia nak jadi model sekali.

Kalau tak promo harga set RM 270 kira masih murah, sebab ada yang jual harga sampai 300 lebih. Kawan aku beli direct dengan kedai yang jual NR pun paling murah dapat RM 285. Aku beli ni include posting RM 250. Jimat kan.. Harapnya Set Pantang NR sesuai la dengan aku. Tak sabaq wey nak kurus balik.hahaha..





11 comments:

  1. semoga berguna utk hang .... mkn sungguh2 jgn main2 ... asik culas je tau ....
    nak kurus blk kan nanti ....


    hahahhaha aku dulu pun culas

    ReplyDelete
  2. share la beli kat mana..:)
    nak tambah air akar n natal ni..hihihihii

    ReplyDelete
  3. share la beli kat mana..nk tambah air akar n natal ni

    ReplyDelete
  4. Tukang urut kakak dia jual NR jadi sampai sekarang ada minyak yg kakak guna. Yg botol bulat kecik tu kakak suka aromanya. Tapi dulu kakak guna Amway. Jamu kakak beli org kampung punya.

    ReplyDelete
  5. Nasib baiklah kita masa dalam pantang, ada emak dan kakak. Emak kita yang dah 'pencen' buat jamu untuk anak-anak bersalin, boleh tergerak hati nak buatkan anak perempuan gediknya ni. So masa tu kita memang tak membeli, semua emak yang buat, emak yang jaga!

    Bila ya PK awak due ni? Macam dah dekat aje kalau tengok jalan cerita 100 episodnya!

    ReplyDelete
  6. lya pon xde pgalaman mkn set bersalin ni..
    tp ramai y ckp NR ni bgus.. maybe leh cuba set bersalin Afiat jugak...

    ReplyDelete
  7. La...... duk tgh dilema ka? Mak dulu rasanya masa dlm pantang tak kisah pun pasai jamu ni.... sebabnya mak mertua yg rajin belikan hihi.... Dah ada, tak payah le mak susah payah nak beli ye dak....

    OKlah tu stanby cepat cepat..... kang kalau dah terberanak susah pulak tak de sapa nak tolong carikan....Org lelaki bukan reti pun kan...
    Mahei jugak yeh PK set bersalin ni

    ReplyDelete
  8. ramai gak yg review NR baguih, kan.
    nti leh la try plakk hihi

    ReplyDelete
  9. aida dulu tiga2 kali pakai set berpantang mustika ratu :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!