Pages
▼
Thursday, April 14, 2016
Plasenta Previa ( Uri Di Bawah ) Ketika Mengandung
Macam aku mention sebelum ni last week masa scan pakar, doktor kata uri di bawah. Waktu scan aku dah 29 minggu. Dekat rekod print tu dia tulis placenta previa type 1. Bila dengar type 1 tu aku macam lega sikit. Doktor pun macam konfiden je kata uri boleh naik, jadi agak kurang tekanan di situ. Hari Selasa pergi checkup RSAT nurse pulak kata kalau minggu depan repeat scan uri tak naik maybe kena masuk wad. Uwaa stress terus!huhu..
So aku pun mula la google pasal plasenta previa (PP). Aku share kat sini serba sedikit apa yang aku dapat. Mana tau berguna untuk rujukan kan. Ilmu tu lebih afdal dikongsi bersama. Eceh..hehe
Placenta Previe adalah keadaan dimana uri atau plasenta berada dibahagian bawah uteres, sama ada bersebelahan atau menutupi laluan serviks. Macam yang kita sedia maklum placenta atau uri adalah organ yang membekal oksigen dan nutrisi kepada baby melalui tali pusat.
Katanya pada awal kehamilan, uri berada di bawah adalah normal, bila usia kandungan melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Jika uri masih kekal dibawah, inilah yang dinamakan PP.
Kalau refer pada gambar, kedudukan uri yang normal ialah apabila berada di tengah atau di atas rahim. Maknanya uri ni kena jauh dari kawasan baby sepatutnya keluar dari rahim. Bila uri berada dikawasan bawah menutup pintu rahim, macam mana nak bersalin normal, ni yang akan berlaku komplikasi semasa proses bersalin nanti.
Komplikasi ibu yang di dignos PP ni pulak ialah pendarahan, anemia dan jangkitan kuman. Baby pulak berpotensi untuk kelahiran pramatang, tumbesaran yang lambat serta anemia. Keberangkalian untuk tumpah darah waktu bersalin boleh berlaku, lagi satu yang paling gerun risiko uri melekat pada rahim pun meningkat.
PP ni sebenarnya ada 4 tahap.
Tahap 1 (low lying) : uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim ( aku la ni type 1)
Tahap 2 (Marginal) : Uri berada ditengah rahim dan dipintu rahim
Tahap 3 ( Partial) : Uri menutupi sebahagian pintu rahim
Tahap 4 ( Complete) : Uri menutup keseluruhan pintu rahim
Tahap 1 & 2 boleh dikatakan keberangkalian untuk bersalin normal masih ada bergantung pada kedudukan palceta diakhir kehamilan. Tahap 3 & 4 tu yang agak berisiko, perlukan pembedahan c- section.
So far aku tak pernah lagi jadi pendarahan, minta dijauhkan la. Harapnya uri boleh naik sebelum bersalin. Aku nak bersalin normal. Takmau masuk wad awal...lagi rela jumpa doktor secara kerap.huhu.. Semoga dipermudahkan hingga selamat bersalin. Amin
Moga baik-baik semua PK, bila di sebut normal tu rasa lega tetapi kena check lagi tu nurse sebut kena masuk wad risau pulak.. kalau senam perut tu masa tak pregnen,,masa pegnen tak tau pula..harap semua ok inshaAllah
ReplyDeleteinfo yg bagus.. tq
ReplyDeletenice info.. banyak kes customers saya yg PP ni.. alhamdulillah semuanya selamat.. semoga puan dan baby juga akan selamat.
ReplyDeleteGerun jg dgr ni. Moga2 utk Pk keadaannya kan baik2 je ye.. insyaAllah naik je nanti
ReplyDeletefiza masa pregnant alia dulu pun sama macam muni uri di bawah. tapi lepas checkup 28 minggu. uri naik. alhamdulillah. selalu cakap dgn alia masa tu... bagi uri naik. Haha... Semoga semuanya dipermudahkan muni. Insya Allah. Banyakkan berdoa...
ReplyDeleteharap2 takde lah serius sangat kan..moga Allah permudahkan urusan akak ye
ReplyDeleteSemoga di permudahkan PK... ada sorang kawan aina baru tahu mggu ni, wife dia bersalin masa 6 bulan.. baby pramatang n meninggal. bleeding sbb uri dkt bawah. Tumpang simpati.. Smoga beliau husband wife di beri kekuatan.
ReplyDeletesemoga sumenye baik2 saje PK.. alhamdulillah e'in takde masalah dgn uri..
ReplyDeleteYelah... harap-harap tak jadi yg placenta sampai menutup laluan - ngerinya kakak membayangkan. Kalau dah gitu sah memang kena operationlah..
ReplyDeleteInshaallah semoga segalanya dipermudahkan hendaknya
ReplyDeleteKalau awal lagi bole naik tu dont wori. Sy pun penah juga PP ne. Tp gugel2 kalau x silap ada senaman naikkan dia balik.
ReplyDeletepastu sy pujuk3 baby tolong supaya uri tak kebawah. Alhamdulillah dpt juga.
jaga diri ek. Semoga dipermudahkan
Mmg itulah impian setiap wanita didunia masa pregnant, nak bersalin normal, tak mo duduk wad.....
ReplyDeleteSekarang pun tak pregnant ni tak mo duduk duduk wad kalau boleh, jauhkanlah sakit hendaknya huhu..
Boleh naik uri tu insyaaallah.... jgn risau sangat kang dare tinggi lak
Semoha dipermudahkan semuanya kak PK :) Dan harap kak PK bersalin normal, insyallah :)
ReplyDeletein shaa Allah pk.jgn stress..
ReplyDeletebyk ckp dgn baby..
saya hri tu pon kena gak pp type1.
mmg risau, siap blik goggle gini la..
dh la msa tu suami kursus. huhuju
alhamdulillah. akhirnya naik dan berada pd kedudukan normal. dan dpt bersalin normal..
bykkan berdoa pk..
PK, saya ni pelik sikit tau. Orang semua nak rasa bersalin normal, saya berebut-rebut nak minta doktor operate!
ReplyDeleteSo, harapnya uri tu akan back to normallah ya sebelum jangkaan bersalin. Kalau pun tak, semoga takdalah apa-apa yang berlaku. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga baby lahir.