Pages

Thursday, March 31, 2016

VCO dan Urutan Perineum



Semalam checkup 28 week, siap scan doktor RSAT dan harini dah start kira carta pergerakan baby. Dah masuk 7 bulan bermula la checkup dua minggu sekali. Serius memang tak larat bawa badan dah. Setiap bulan mesti naik 2kg plus. Bulan lepas paling banyak naik sampai 3.5 kg. Aku ni asal pregnant mesti memberat bagaikan gajah. Tak tahulah sebab apa. Nak kata makan banyak sangat tu..kadang makan biasa pun badan dok naik. Baby tak besaq tapi ibu yang mengajah bagaikan juara.huhu..

Ok nak story sikit pasal Minyak Kelapa Dara atau nama glamernya VCO. Sebelum ni memang tak pernah consume pun menatang ni..dah orang dok heboh sana sini kata benda ni baguih, aku pun terpaksa masukkan VCO sebagai benda penting untuk dibeli. Boleh camtu guna word terpaksa?haha..

Ada orang dah guna VCO sejak mula pregnant lagi kan untuk kurangkan simpton mabuk, elakkan keletihan, tingkatkan hb pastu cantikkan bacaan gula dalam darah dan banyak lagi khasiatnya. Aku yang selalu berjimat cermat penuh berhemat ambil keputusan nak mula guna bila dah 7 bulan. 

Berlambak VCO kat pasaran pilihlah mana yang berkenan dihati. Antara yang paling popular tentulah D' Aura, setiap hari kot dok lalu kat wall fb aku. Setelah membuat penilaian, aku sepakat memilih Tanamera. Reasonnya ikut suka aku la duit aku.hahaha...


Aku beli sebotol dulu, budget gaji bulan ni dah habis beratus untuk barang baby. Dah habis nanti kita beli lain. Sebotol 100ml jenis liquid camni harganya RM 40.80 plus posting RM 6. 

Masa pregnant gunanya untuk sapu kat perut bagi menghilangkan scretch mark yang berleluasa due to perut yang makin membesar. Start 30 week boleh minum 1 sudu pagi sebelum makan dan bila dah 34 week boleh mula urutan perineum. Bila dah masuk 38 week dan jalan dah buka 2cm boleh amalkan minum 2 kali sehari dan sapu dikawasan perineum.

Ini lagi satu benda yang bikin seriau. Dok fikir nak buat antara tak je urutan perineum ni. Seram aku dah kena jolok jari masuk lubang plak dah.harhar..








Tuesday, March 29, 2016

Family Travel Photobook



Galeri handphone dah full, so kena ambil inisiatif la kan abadikan kenangan yang ada dalam bentuk photobook. Yang ni aku order hardcover 8×6, 40 pages dari photobook Malaysia. Harga memang terlajak murah RM50 sahaja. Posting free.


Muka depan

Muka belakang

Isi dalam mana yang sempat snap

Sekarang dah tak payah nak bersusah payah nak install aplikasi, edit sendiri macam yang aku buat sebelum ni untuk Photobook Afia, makan tahun baru mai mood nak bikin. 

Yang ni order dari Sweet Photobooks, boleh search kat facebook ye aku nak bagi link tak reti, update entry pakai handphone.haha..Aku cuma submit gambar melalui whatsapp pastu tunggu je la photobook siap. Dah siap kita diberi peluang untuk check dulu sehingga puas hati baru di submit untuk print.

Benda dah lama sampai since rabu lepas tapi dah aku kerja takde sapa kat rumah, semalam baru berkesempatan ke pos laju untuk ambil parcel. So far puas hati la servis tiptop, gambar cantik, cuma kalau dibuat perbandingan dengan pixajoy, kualiti gambar ok lagi kot pixajoy. Komen melalui pengalaman aku buat photobook la kan padahal baru ada dua bijik.haha..






Monday, March 28, 2016

Batman Vs Superman : Dawn Of Justice



Kisah weekend friday family outing. Jumaat tempohari kami ke Central Square layan movie Batman Vs Superman. Ini kira pertama kali tengok MBO sejak dibuka..Biasanya kami selesa di GSC Amanjaya Mall.

Sementara tunggu abah beratur beli air dan popcorn Afia sibuk ajak posing kat poster Kungfu Panda ni.



Bertolak lepas solat Jumaat tiket en suami beli siap, movie start pukul 3, dah terlewat sikit masuk panggung punya gelap..meraba cari pintu masuk rupanya pintu dia dari anak tangga bawah naik ke atas. Jakun sikit katanya first time.haha..

Selalunya memang tak pernah ambil seat untuk Afia sebab jimat.haha..Kebetulan ada satu seat kosong Alhamdulillah tak perlu meriba si bambam. Satu jam setengah punya behave dok melantak popcorn.hehe..


Apa yang aku boleh katakan aku tak berapa boleh masuk filem aksi imaginasi tahap tinggi camni. Tak faham aku jalan cerita, siap sempat terlelap la beberapa minit.haha..

Bila tanya Aiman, Aiman pun tak faham tapi tengok je la kata anak bujang.hehe.. Abah sorang kot yang betul-betul enjoy dari segi pemahaman sipnopsis cerita. Apa pun layan la jugak dengan aksi penuh adventure superhero dalam movie ni. Keseluruhan cerita bolehlah tahan..bukanlah tahap best sangat.

Sementara nak tunggu habis 2 jam setengah, hujung-hujung anak dara mula la tak duduk diam. Sakit perut la..nak berak la..gatal badan la..siap buka baju dalam panggung sejuk-sejuk tu pun..Tak larat nak buat isyarat suruh silent dah la cakap banyak.hehe.

Keluar panggung sempat lagi Afia minta snap picture dia dengan panda. Kesian kan ibu abah bawa tengok cerita lain.hahaha...



Kena aiskrim dulu sementara tunggu abah tapau KFC. Dan lagi menjala baju Afia dekat ruang legar CS ada banyak pulak jualan baju murah. Setel beli makan kami terus ke office tak singgah balik rumah dah pun. Anak beranak berkampung kat office ibu dah ibu duty malam. 






Thursday, March 24, 2016

Resepi Ikan Sweet Sour Mudah



Ok tuan-tuan dan puan-puan hari ni nak share resepi lagi. Yang ni kira versi paling mudah dari ironchef. Biasa orang buat sweet sour ni pakai ikan apa ye..yang tahu ikan yang besar-besar la kan. Iron chef pun buta jenis ikan. Kata en suami ikan ni namanya Jenahak.hehe. 

En suami bawak balik ikan besar camni terfikir la nak buat sweet sour. Menu camni jarang keudara. Sepanjang hidup baru 2 3 kali kot buat.haha..Cari nenas merata tak ada. At last jumpa nenas dalam tin. Ambik kau setalam kuah aku buat puas makan, kalau kat kedai tu kedekut betul kan kuahnya.


Resepi Ikan Sweet Sour

Ikan dilumur dengan kunyit + garam + tepung jagung pastu goreng hingga masak kekuningan, ketepikan. Hirisan bawang putih + bawang merah + cili padi tumis sekejap kemudian masukkan sos cili +  air secukupnya. Masukkan nenas + tomato + bawang besar hiris, perasakan dengan serbuk perasa (aku pakai hilal) + garam + gula. Last sekali bancuh tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kuah yang dah siap boleh curah atas ikan tadi. Siap!






Wednesday, March 23, 2016

Demam Boboiboy



Last week Kak Na (anak mak pengasuh) bawa Afia pergi tengok movie boboiboy. Sukalah Afia. Ibu abah tak minat boboiboy, so no wayang untuk movie ni. Jeles la Abang Aiman dia tak dapat tengok.hiks..

Kemain concentrate Afia dalam panggung tau. Kata Kak Na dengaq suara dia sorang je gelak kuat.hehe..Bila ibu tanya Pia tengok sampai habis ke tak..Afia kata pia lena..betul la kot!

Gambar Afia Kak Na snap whatsapp ke ibu. Tempek kat sini la kan supaya tak hilang ditelan zaman.hehe..




Ni kira 3rd movie Afia ke cinema.





Tuesday, March 22, 2016

Aiman Mukhlis turns 9



20 Mac birthday anak bujang. Kebetulan sehari sebelum tu abah cuti, so kita potong kek awal sikit. Walk in sahaja takda tempah maka keknya pun jambu sikit la siap love bagai. Namanya Aiman tak kisah!


Afia macam biasa birthday abang dia yang over kan.hehe. Ni pun dari petang dok bising nak makan kek.


Malam tu Aiman balik mengaji ibu dah prepare kek atas meja, buat air oren sunquick pastu goreng mihun untuk dinner. Celebrate sempoi je dengan famili kecik kami.



Sampai senget mulut tu kak pia oi.hahaha..


Jom makan!


Ibu tak pernah lupa doakan Aiman setiap hari, so tak ada apa kot nak coret kat sini. Moga Allah selamatkan kamu sentiasa anaknda Aiman Mukhlis!





Monday, March 21, 2016

Friday Family Outing



Kali ni ke Manjaku Baby dengan misi shopping barang baby. Sejam lebih kat sini sakan Afia dan Aiman berlari main dalam kedai. Pening abah nak handle.hehe..Beli barang sikit-sikit mana yang penting dulu, ni pun bapak punya mahal. Macam mana nak tambah anak lagi dua tiga orang.haha naya!

Untung ada abang sado tolong bawa barang adik baby

Lepas setel shopping, ke Amanjaya Mall pulak konon repair tali jam tangan abah, tapi dah kelain jadinya. Nak tengok wayang masa tak kena, anak bujang dah buat muka lapar..so kita dinner terus kat sini.

Kak Pia senyum lebar sambil kata ni pia punya. Ewah2 dia sorang nak conquer pop corn.

Abang Aiman hari tersebut kena curi snap, selebihnya dia tutup muka. Kekadang tak sporting jadi model blog ibu.

Tengok budak sebelah dok atas meja dia pun demand nak dok atas meja. Kejap je la ibu layankan sebelum makanan sampai.

Aiman kali ni teringin nasi ayam penyet, abah makan nasi ayam dan sup kaki ayam, ibu as usual sizzling mee. Snap secara hentam kromo..makan kat food court je kot tak payah buat pulun.haha..

Big Apple tapau bawa balik. Biasa beli yang 6pcs tu je, kali ni en suami soh makan puas-puas. Ibu jugak yang disalahkan dalam kes donut padahal abah yang makan banyak.huhu..











Sunday, March 20, 2016

Jumpa Cousins



Start cuti sekolah, anak-anak adik ipar semua pakat balik rumah Wan Maktok, makanya si Kak Pia ni sibuk la nak jumpa Dik Mia dia. Sebab ibu abah tak cuti, kami balik hari je. Walaupun balik kejap sangat, janji anak-anak happy dapat jumpa cousins depa. 

Posing sementara panaskan enjin kereta.

Kena nasi kandaq Naina lagi.hehe

Afia dalam car kata ngantuk la apa la tapi tak tidur, adoi sejak dah pandai cakap ni bebel tak berenti. Mana pergi tak tinggal baby doll. Mesti bawa salah satu.

Gambar bersama cousins yang last week tak ingat ibu nak snap. Mujur ada rezeki balik sekali lagi. Kira tiga minggu berturut-turut kami balik Alor Setar. Kebetulan hari Khamis ibu kerja malam, ada kenduri sebelah rumah Wan Maktok, so dapat juga anaknda berdua jumpa Irshad, Afi dan Mia sebelum masing-masing pulang kesarang.

Hero-hero Aiman bersama Irshad dan Afi.

Heaven betul bebudak ni dah macam kenduri sendiri berangkut makan minum. Apom balik la ABC dok ulang-ulang ambik. Jajan jangan cakap stok untuk depa saja punya banyak. Adik baby pun sikit punya suka dok kodek dalam tummy dah ibu bagi makan lebih.hehe..

Afia enterframe dah lighting tak cantik pulak. Malas dah nak edit tempek je la.

Ni Damia yang Afia nak jumpa sangat. Comelnya pakai baju kurung pahang.

Afia bersama Acik dan Dik Mia

Lepas ni entah bila dapat kumpul lagi sama cousins. Raya pun Acik belum tentu balik. Acu dan Afi tahun ni turn raya Langkawi. Ibu pulak dalam pantang. 

Menu dinner tapau dari kampung. Bubur gandum maktok plus lemang ketupat nasi himpit rendang ayam. Alhamdulilah rezeki.


Afi dah balik Lumut, Irshad dan Damia pun dah balik Pahang. Kami balik SP terus ke opis ibu duty malam. Tinggal Wan dan Maktok kembali berdua.hehe




Saturday, March 19, 2016

Menjaga Anak Berpantang Khatan



Dah lama sangat pending nak taip cerita Aiman dalam pantang sampai 3 bulan dok dalam draft.haha..Apa pun tetap nak story sikit kisahnya kat sini untuk kenangan.

Kira Aiman ni kategori senang juga nak jaga. Khatan bila dah besar atas kerelaan diri sendiri dan secara smart klamp ni kot aku rasa membantu proses pantang. Smart klamp luka tak terdedah ada corong, so proses buang air kecil tu jadi mudah dan tak menyakitkan.

Lepas luka baik baru Aiman mengaku kata hari pertama sunat tu ada juga sakit..tapi Aiman tahan je..mungkin sebab tak nak makan ubat tahan sakit. Kes tak reti telan ubat biji yang aku mention dalam entry ni la kot.


Gambar sekadar hiasan.hehe

Seminggu sunat Aiman langsung tak selera makan. Jangan kata biskut..nasi pun makan sikit je..tu pun sehari sekali. Ibu masakkan ikan singgang rebus pada mulanya pastu dah dia tak nak makan..malas nak masak menu pantang lagi, makan je la apa ada. Dia cuma demand nak makan buah. En suami belikan sunkist serius banyak Aiman makan. Bagus juga sebab hari ke 4 khatan baru dia boleh berak. Vitamin C juga bagus untuk baikkan luka kan.

Makanan Aiman dah tentu macam orang pantang bersalin, cuma bezanya orang khatan pantang tak lama. Ayam, telur, udang semua tu memang tak bagi langsung dia makan. Daging aku berani bagi juga..dah luka kering baru bagi ayam sikit-sikit. Selain tu memang ikan bilis je la makanan asasi Aiman. Balik SP dah abah tak cari ikan..ikan bilis pun sedap. Yang herannya balik SP je terus selera makan balik. Dah gitu memang tak kurus la awak anak oii.hehe..

Air memang kena catu. Sekali minum setengah cawan kecil je. Kata maktok setengah jam sekali boleh minum..tapi aku hanya bagi bila Aiman minta. Dia memang takut nak minum banyak sampai 2 minggu lebih kot punya pantang. Dah ok pun dok tanya ibu..boleh ke Aiman minum air. Takut ke mitos bengkak air ibu cerita. Nak anu lawa kena pantang betul-betul la kan.hehe

Berkenaan corong Aiman yang tak tanggal tu mulanya aku memang agak stress. Tapi dah dia tak mengadu sakit kira oklah..Makan masa seminggu juga dok bawa corong. Bermacam cara aku buat termasuk suruh basahkan setiap 2 jam, letak minyak pastu air suam setiap hari buat basuh kat situ masih juga melekat tak nak tanggal.

Lama macam tu tau..hari demi hari sikit-sikit corong tu terbuka dari kulit..sampai tercabut corong masih melekat sikit lagi pada kulit. Aku siap minta Aiman guna pisau untuk potong buang corong. Ganas kan.haha. Pastu benda yang sikit tak tercabut tu pun ambil masa dua tiga hari jugak dok macam tu. 

Benda yang sikit tu melekat dekat luka camna nak explain ye..dia macam tali ke getah...buat faham sudahlah..suruh Aiman tarik tapi penakut betul budaknya. Suatu pagi tatkala anak bujang tengah lena dibuai mimpi ibu rentap bagi keluar semua. Nak tunggu tanggal sendiri entah bila dah dua minggu masih camtu. Padahal bukan sakit sangat pun luka dah kering. At last setel masalah! 








Thursday, March 10, 2016

Resepi Kuih Getas Cheese



Pernah dengar tak namanya kuih getas? ke aku sorang je yang jakun.hehe..Serius aku tak pernah tahu kewujudan kuih getas walaupun dah hidup suku abad sampailah seorang kawan bagi aku rasa menatang ni. Sedap juga liat-liat layan je makan.

Yang aku buat ni versi letak cheese. Lagi sedap la kan. Tapi anak-anak tak pandai makan. Aku je belasah ulang-ulang. En suami pun kata sedap. Banyak juga dapat, satu adunan ni selebihnya aku goreng kejap pastu frozenkan. Berkurun dah buat tapi baru galak nak update.haha..



Resepi Kuih Getas Cheese

1/2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan tepung pulut + 1 cawan kelapa parut + 1 cawan cream cheese + sedikit garam, gaul sebati. Tambah air sedikit demi sedikit hingga jadi doh, bentukkan dan goreng dengan api sederhana hingga masak kekuningan. Sira dengan gula setel!






Wednesday, March 09, 2016

Santai Petang Bersama Wan Maktok



Balik Sungai Petani lepas ke Baby Kidz Fair haritu kami terus lajak ke Pantai Merdeka bawa Wan Maktok pekena ABC dulu. Kali ni macam haritu beli lagi sotong besaq gedabak dan makanan ringan bawa ke food court.



ABC dan sampai. Model makan-makan ibu ketoilet pulak. Snap dulu la kan.hehe..


Ni ABC kedua dengan model


Hari tersebut kami order makan juga. Kira ni pertama kali makan kat sini. Dinner siap senang nanti malam tak payah keluar makan dah. Wan, Maktok dan ibu order mee bandung. Sedap mee bandung ni tau. Portion pun banyak. Jenuh nak makan.


Aiman dan abah makan nasi goreng ayam.


Lepas makan lepak-lepak kejap ditepian pantai. Abah depa la melayankan Afia naik buai. Ibu dah sendat perut tak boleh gerak.


Nanti kalau rasa nak makan mee bandung sedap kita datang sini lagi. Jom balik jom!






Tuesday, March 08, 2016

Birthday Encik Kutu



6 Mac birthday en suami. Dah wish secara live so tak kuasa nak tulis ucapan romantik kat sini ataupun dimedia sosial.haha..Hari tersebut kerja pagi pastu kebetulan malam tu tetiba kena masuk kerja semula. Kelam kabut jadinya. Last minute plan nak DIY Chocholate bouquet dan buat kek takkan nak cancel pulak. Letih sikit takpelah kan..untuk orang tersayang apa nak berkira.huhu..

Balik kerja pukul 1 lepas masak lunch tidur kejap recharge energy. Kalau tak pregnant aku tak kisah, perut boyot ni memang cepat penat..kalau tak tidur satu kerja aku tak boleh buat. Masa yang ada lebih kurang 2 jam bersilat aku siapkan benda ni dan kek birthday. Nampak simple tapi berpeluh jugak takda skill hentam sajalah labu.



Kertas warna ni je pun yang ada. Lidi takda ambik inisiatif tampal coklat pada chop stick. Apa adanya boleh la dari takda.hehe..Kek birthday dah siap kukus tapi tak sempat pulak nak deco. Esoklah sambung.hehe. 

Balance kek kukus dapat 6 biji cupcake. Yang ni aku masuk oven je tak kukus. Cream cheese frostingnya pun Aiman yang tolong putar lepas balik KAFA. Last minute juga dapat idea tulis happy birthday pada board Afia dah tak sempat nak buat kad. Nampak macam sweet jugak kan walaupun tulisan cakar ayam.hahaha..


Konon nanti en suami balik kerja suprised la tengok benda ni atas meja. Sebelum aku bertolak kerja malam en suami dah balik la pulak. Abah depa buka je pintu Aiman Afia terus nyanyi lagu happy birthday tanpa disuruh. Dekat opis rakamkan nyanyian budak berdua tu siap ucapan whatsapp pulak ke en suami. Harapnya kejutan sempoi camni jadi memori indah untuk dikenang.hehe


Ni dia red valvet kukus untuk birthday en suami. Dah jadi malas dah nak deco. Semalam punya semangat tapi tak sempat. Buat simple sangat yang penting en suami makan 3 slices sekali hadap. So dah boleh agak la kan sedap ke tak.hahaha..









Monday, March 07, 2016

Kenduri Vs Baby & Kidz Fair



Kisah Sabtu lepas, masih di Alor Setar.  Pagi ni Aiman Afia bangun lewat, letih sangat kot tengok bola malam tadi. Tengahari tu ada kenduri dekat kawasan blok taman, so memang rezeki kami dapat makan nasi kenduri. Jimat dah makan cemey.muahahaha..

Cuaca panas betul kan sekarang. Nak ke kenduri pun kena berpayung segala. Bila Abang Aiman minta cap pada Maktok, Si Kak Pia ni pun sibuk sama la nak pakai topi. Peace yoo!!


Nasi kenduri saja ada 3 jenis, nasi putih, nasi minyak dan nasi hujan panas. Air ada 14 jenis pelbagai warna, nah tengok je dah tak tahu nak minum yang mana. Mai dengan cuaca panas ni tengok air warna warni pun tak selera tekak. Ada juga sagu santan, rojak, mee koteaw goreng, bubur kacang pelbagai juadah, end up sempat rasa sagu tu je..balik baru minum air kat rumah.hehe

Lepas Zohor Wan dan Maktok ikut sekali balik SP.  Sebelum tu singgah Baby Kidz Fair dulu. Sebelum pergi ada baca komen difacebook katanya tak banyak booth buka, kira baby kidz fair paling kecil kot..dah rasa malas dah nak pergi. Tapi alang-alang balik Alor Setar ni terus menyinggah je la. Booth tertutup dibuka dalam stadium ber air cond kira selesa juga nak memborong.


Memang tak ramai sangat pun orang. Kalau setakat nak cari baju basahan anak tu ok la. Harga serendah RM2 RM3 RM5 RM 10. Tapi mai dengan malas nak pilih baju longok-longgok ni, sepasang baju je aku belikan untuk Afia. Nak berlama tak sedap dah datang sekali dengan mak abah. Balik rumah rasa menyesal pulak la kan tak beli. Dasar perempuan sangat.haha.

Kalau belanja lebih dari RM100 boleh masukkan nama untuk lucky draw. Kebetulan masa kami datang, sesi cabutan bertuah dah nak mula, nak tunggu sesi seterusnya pukul 6 lebih tak kuasa la nak tunggu. 

Lepas mendaftar kita boleh redeem goodie bag percuma. Kemain lagi kan Afia melaram sangkut beg dekat leher bila ibu suruh posing nak snap gambar.hehe..


Dah selesai menjala barang untuk adik baby kami pun keluar. Si anak dara ni ternampak pulak orang jual mainan. Melalak kat situ sebolehnya nak baby doll. Yang kelakarnya tu bila kita kata tak jual bersungguh nangis, time Wan kata tangkap gambar cepat, sempat lagi tu dengan berair mata posing senyum.hahaha..


Nah muka happy dapat juga baby dool dengan stroller. Tolak la Afia oii sampai ke tempat parking kereta.