Pages

Tuesday, February 16, 2016

Lavender Garden Cameron Highlands



Rabu 10hb Feb 2016..bersambung lagi aktiviti kawad kaki.hehe

Balik kampung aku memang ada plan nak pergi jalan-jalan tapi tak tahu arah nak tuju kemana. Dok fikir sama ada Penang, Taping or Bukit Merah la destinasi kami. Macam mana ntah boleh melarat sampai ke Cameron. Sungguh on the spot punya short vacation. Kebetulan esoknya Acu Ain dah start kerja..malas nak fikir cari hotel..plus baju sejuk apa pun tak bawa, lagipun musim cuti ni faham sajalah Cameron tu macam mana. So kami pergi balik hari.

Semangat punya pasal sebelum Subuh kami bertolak dari rumah. Acu dan Pak Wa Aiman Afia ikut sama. Selepas subuh dan sarapan di RnR Gunung Semanggol, kami teruskan perjalanan ke Cameron. Dipendekkan cerita tempat pertama dituju ialah Lavender Garden. Nak pergi Avant Chocolate mulanya tapi dah terlepas jalan..payah la nak patah balik.huhu..


Bayaran masuk Lavender Garden RM8 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak. Macam agak mahal juga tiket tapi berbaloi la kalau tangkap gambar banyak-banyak. Cantik, wangi dan sejuk tempatnya. Banyak gila gambar aku snap kat sini..so bertabahlah scroll sampai kebawah. Ni pun dah select mana patut..kalau tak, boleh jadi 5 entry kot pasal lavender garden saja.hakhak..




Barang yang dijual semua mahal. Kami tak beli apa pun kat sini. Nasiblah Afia tak merengek nak titi ni semua. Abang Aiman je dapat pistol kayu satu pastu en suami beli jem strawberi. 
















Layan je la gambar. Gerun tengok badan sendiri dah sama besar en suami. Jangan lepas bersalin tak surut sudah.haha..








13 comments:

  1. sakan kawat kaki ye pk..
    hehehe..
    main acah acah nyorok badan
    akhirnya dapat tgk baby bump..
    badan 'berisi' tak pa..
    take care pk..

    doakan saye pulakk ye ikut jejak pk.. aamiin

    ReplyDelete
  2. mesti wnagi je kat situ. bestnya...

    ReplyDelete
  3. fuhh best nya sis.. Cantik tmpt ni. =)

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaa:)
    Aiman dgn Pia pun sengih memanjang
    Letih semua tolak tepi kalau dah depan mata semuanya best

    Kakak suka tengok gambar sekeluarga yg background hamparan pokok bunga- sweet sangat:)

    ReplyDelete
  5. lama juga tak CH ..last pi bulan 8 thn lepas .... tu la klu musim cuti jem atas tu ..stress kan ....
    tp aku suka pi ch tatau nape

    ReplyDelete
  6. Lama tak pergi CH.....rindu ngan cukodok keledek.....huhu...
    Tp mcm tak tau CH tu, bila terbayangkan jem.....aduhhhh

    Sajalah tu kan.... mak tak nampak besar pun, comey jer nengoknya. Mak yg tak mengandung ni pun lebih besaq ngan Pak Jilap huhu..Syahdu sungguh!

    Tak besar lagi ek perut tu PK....
    Husband tu sebijik mcm Aiman!

    ReplyDelete
  7. Oh, nilah kisahnya! Mentang-mentanglah kita busy entah apa-apa sampai tak sempat ke sini, dia bentang kisah jalan-jalan makan angin rupanya ^_^

    Takpa PK bab kelebaran dan kebesaran badan tu saya rasa suami PK masih champion. Bab perut dia menang lagilah, kena tunggu lagi 2,3 bulan kot. Hahaha!

    Saya ni tak tahulah bila nak naik CH. Berangan aje perginya tak juga. Ada juga niat nak pergi balik hari je tapi takut tak seronok melenjan sehari. Lama tau kita tak pi CH ni, dengar orang cerita aje.

    ReplyDelete
  8. Kak atie pernah sekali jer g Comeron Highland...entah bila nak g lagi xtau ler.Cam jakun kjp g sana...hihihi

    ReplyDelete
  9. Rajinnya PK sekeluarga pergi CH balik hari..
    Dapat hirup kewangian lavender tu hilang penat ye PK..
    Akak tak pernah masuk lagi ladang lavender ni..
    Bila pulak nak terjah CH ni lagi..

    ReplyDelete
  10. Saya memang elakkan la naik CH masa long public holiday...hahaha...tak sanggup nagdap jem atas tu...

    Lepas bersalin rajin2 breastfeeding, Insya Allah surut badan tu...hahahaa

    ReplyDelete
  11. teringin juga nak naik CH, harapnya dapatlah suatu hari nanti

    ReplyDelete
  12. akak p ladang strawberi genting highland je,.. x syok x sebesar CH... terkenang time last p sana 10 tahun yg lalu, time tu pun x sejuk mana kat atas tu, apatah lagi sekarang kan... x de le nak bawa sweater bagai..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!