Pages

Monday, February 29, 2016

D'Madinah Corner Laguna Merbok Sungai Petani



Jumaat tempohari kami dinner di D'Madinah Corner. Sebelum ni memang pernah pergi dekat Taman Sejati tapi susah sangat nak parking orang punya ramai tu yang kami tukar plan makan tempat lain. Pastu sampai kesudah tak berjodoh lagi nak merasa makanan western kat situ. 

Sekarang depa dah buka cawangan area Laguna Merbok..lagi dekat dengan rumah, so kami ke cawangan baru sajalah. Aku bagi alamat kedua-dua cawangan ye.


D'Madinah Corner
Lorong 9 , Taman Sejati Indah, 08000,Sungai Petani, Kedah, Sungai Petani.

Ground Floor, 32, Lorong BLM 1/6, Bandar Laguna MerbokSungai Petani.


D'Madinah ni memang menghidangkan makanan western sahaja. Tak banyak sangat menu dia cuma chicken chop, lamb chop, spageti, roti bakar tu je la rasanya. Kalau nak nasi boleh request, tu pun katanya ada nasi goreng sejenis tu saja kot.

Antara pakej menu jimat yang aku sempat snap.


Kalau order yang set, air dia bagi sejug. Boleh pilih sirap atau teh o ais. Masa kami sampai tu orang memang ramai, penuh meja tu yang lokasi pilihan agak kelam kurang pengcahayaan. Tangkap gambar pun kena on flash.

Air teh o dah sampai jom kita minum dulu!!



Kami order Set Kasih Sayang RM 35. Nak order yang family set rasa macam banyak sangat pulak. Tak sangka yang kasih sayang ni macam tak cukup. Dok tengok kat facebook nampak macam banyak. Portion dia tak banyak pun..padan la dengan harga kan. Set ni ada chicken chop 2 ketul..lamb chop pastu lain-lain menu sampingan macam gambar. 



Set memang dihidangkan dalam talam. Piring kecik je dia bagi nak makan pun susah.huhu..Aku add on meatball spageti dah spageti habis pulak. Emm agak kecewa juga padahal belum pukul 10 kot masa tu. Nasiblah en suami ada order sate. Kalau tak memang tak kenyang. Makan untuk dua orang katanya.hehe


Overall bolehlah. Nak kata sedap sangat tu takdelah..boleh la tekak ni terima. Servis pun cepat even ramai orang. Tema pakaian pekerja agak interesting ikut syariah, yang lelaki berkopiah yang perempuan berjubah. Pemilik kedai melayu kenalah bagi sokongan kan. Pendek kata kalau takda pilihan sangat boleh la kot repeat makan sini lagi.hehe..









Sunday, February 28, 2016

Santai Sabtu



Dari hari Jumaat dok memikir mana nak pergi..Semalam pulak en suami menyambung cuti, beliau dok tanya nak jalan mana..sungguh blur tak tau nak outing mana bawa anak-anak jalan. Ajak ke Islamic Beauty Fair dekat Village Mall takmau..takut poket rabak dikerjakan bini la tu. Padahal request nak beli tudung offer RM10 je pun untuk Afia.huhu..

Pagi semalam kami keluar nak breakfast. Tapi dah lewat alang-alang pukul 10 lebih terus makan nasi campur. Lepas makan bawak anaknda  berdua ni singgah Taman Jubli. Mujur cuaca redup..sakan la Afia main dekat playground.





Abang sado kita dah tak heran sangat dah dengan main..sibuk menerai segala jenis alat senaman dekat taman.



Dekat sejam juga melayankan Aiman Afia kat sini. Afia melalak tak nak balik. Pening betul dengar suara dia nangis satu taman buat malu kat orang. Selalu ok je ni tak tau angin apa entah buat perangai. Sebelum balik kami singgah kedai beli barang pastu ingat nak lepak je la ka rumah. Lepas Zohor tak plan apa dah tetiba nak ke Ipoh. Nanti sambung cerita.hehe..







Friday, February 26, 2016

Ohh My Cendawan!!



Hari tu masa pergi CH aku dah beli 5 jenis cendawan yang aku sendiri pun tak tau apa spesis namanya. Sayuran kat CH memang kita sedia maklum fresh dan murah. Yang ni aku campur-campur semua 20 hinggit saja. 

Lain kali dah tahu mana cendawan yang best..kalau ke CH next time memang nak borong cendawan banyak-banyak. Aku dengan en suami memang peminat mushroom. Tapi entah bila la kan nak ke CH lagi..tutup buku tak tau nak jawab.hehe..


Antara menu hidangan campak baling yang aku masak untuk menghabiskan stok cendawan. Harap maklum gambar di snap macam tak senonoh sikit..aku dah malas nak edit haritu dah upload gambar masa line tengah laju..line dah slow motion ni apa adanya je la.haha..

Baby kailan campur cendawan. Pakai cendawan hat kuning tu. Baby kalian ni beli kat CH juga. Aku macam pening sikit dengan bau cendawan kuning ni lepas masak bau dia isk tak tau nak explain.hehe..

Sup ayam cendawan. Ni pakai dua jenis cendawan yang putih dan hitam tu. Bak kata si penjual muahroom yang hitam ni tak payah rendam ye..sebab fresh..biasa yang kita beli tu kena rendam dulu kan. Sedap woo cendawan hitam ni.

Buncis plus cendawan yang besar-besar dalam gambar. Betul kata penjual mushroom dia punya rasa macam daging ayam bila digoreng. Ni mushroom paling sedap antara semua. Alamak colgate pun nak enterframe..belasah ja la malas nak crop dah.hahaha..

Menu last sup ayam cendawan ala pizza hut. Yang ni memang nak habiskan saki baki cendawan. Aku guna campuran cendawan yang kuning tadi plus cendawan yang macam butang panjang-panjang tu pastu tambah cendawan butang dalam tin. Rasa dia memang mabeleslah..Cicah roti bakaq plak leleh ayaq liuq menaip.hehe..












Thursday, February 25, 2016

Afia dan Baby Doll



Ini sebenarnya tak tahu nak kata kegilaan ibu ke anak. Dah terjebak la pulak sukakan doll. Almaklum kecik dulu tak dapat. Tapi mampu beli yang bundle je la. Bundle pun klu doll rare..harga cecah ratusan ringgit juga. Nak membeli ni pun bukan senang..asal lambat kena rembat dek orang. Ramai rupanya peminat doll. Takat nak buat collection tu tidaklah niat..beli pun bagi anak main.

Kalau kebetulan kita tengah online, seller baru up doll dapatlah berebut booking. Siapa cepat dia dapat.haha. Takat ni..ni jelah rezeki Afia. Tiga ekor doll ibu beli..yang sekor kepala botak cute ada gigi sebatang..sekor lagi mata boleh buka tutup..kalau baringkan dia pejam la mata..lagi sekor ni baru juga beli..boleh minum dan kencing sekali bakul dapat.



Anak dara ni memang sukakan doll..bela doll tu macam anak sendiri kot..nenenkan..bagi makan..tidurkan dalam buai..tengok cara dia dukung baby dah la..macam dukung baby betul..cara dia masukkan dalam buai..suruh kita diam siap isyarat sshhh kat mulut konon baby nak tidur..

Moga doll ni jadi praktikal yang bagus untuk jaga adik nanti.hehe..





Wednesday, February 24, 2016

Resepi Mudah Sotong Goreng Butter/ Marjerin



Pertama kali buat so haruslah tempek kat sini, senang nak refer kemudian hari. Beli sotong tapi dah jemu asyik buat sambal  Tak sambal mesti goreng kunyit. Sesekali ubah selera sikit apa salahnya kan. Tetiba teringat menu merajuk mak jilapah..dan-dan tekak berasa nak makan sotong goreng butter. 

Macam biasa la resepi mesti campak baling paling mudah. Sukatan pepandailah ye agak. Boleh diaplikasikan untuk udang, ketam dan ayam juga. Yang penting sedap..butter takdak belasah ja marjerin pelangi.hakhak..


Resepi Sotong Goreng Butter :

 Sotong disiang, potong, bersihkan dan ditoskan airnya. Sebiji telur + serbuk kari + garam + gula+ tepung gandum gaulkan dengan sotong, goreng dan toskan. Panaskan kuali, masukkan butter/marjerin pastu tumis hirisan cili padi + daun kari. Bila dah naik wangi masukkan susu cair + garam (tak letak pun takpa ikut tekak ye pasal butter pun dah masin) + gula + serbuk ayam + bancuhan tepung gandum untuk pekatkan kuah. Last sekali masukkan sotong goreng tadi, kacau sebati pastu tutup api. Kalau nak tambah lada hitam ke cheese pun boleh. Aku tak letak pun dah sedap. Siap!






Monday, February 22, 2016

Sepetang di Pantai Merdeka



Kisah santai Jumaat lepas. Sampai Pantai Merdeka terus terkam makanan kat ekspo. Isi perut dulu paling utama.hehe


Bawak semua hasil menjala ke medan selera pastu order ABC special. Satu ni share 3 orang pun puas la makan.


Kami beli dua ekor sotong goreng tepung gergasi plus kopok lekor plus aneka ball cucuk. Makan ni saja dah kenyang..lagipun dah lunch kat rumah sebelum datang.


Aiskrim dipuncak ABC macam biasa la Kak Pia punya.


Perut dah kenyang jom kita round ekspo sebelum ke pantai. Abang Aiman pantang abah offer toys, dapat gak topeng...siap ada lampu lagi topeng ni.


Afia sibuk nak bubbles..belikan dia yang pistol terus ditembak bubbles pada semua orang sepanjang jalan.


Dah pau abah sorang satu..sukalah anaknda berdua ni.


Excited main sampai suruh pose dah tak endah. Layankan je la..


Tak sah kalau datang sini tak ke playground


Abang Aiman jadi bodygourd Kak Pia..ibu abah pantau dari jauh.


Yey suka dapat main buai. 


Hampir dua jam kami kat sini. Sampai rumah ngam-ngam azan maghrib. Asalkan anak-anak happy sudah. Insyaallah next time ada masa kita ke sini lagi.





Sunday, February 21, 2016

Fruit King Parit Buntar



Cerita makan-makan lepas balik CH tempohari.  Sebelum sampai rumah kita makan siap-siap, balik nanti nak terbungkang ke apa senang perut dah kenyang. Fruit King ni kira port kegemaran kalau balik Nibong Tebal. Aku pernah buat entry kat SINI, SINI dan SINI

Selalu kalau kesini kami akan order burger. Menu popular tentulah burger besar dia. Tapi sekarang burger besar tu macam dah kurang umphh. Kali ni menu yang kami order semuanya ala Malaysian cuisine, nak jugak buat entry. Modal update kan.hehe..

Anak dara ni so far kalau bawak jalan dia ok je tak buat hal..ni dah malam walau penat sehari  di CH boleh bagi senyuman semanis madu kira ok la kan..

Ok let's check it out apa yang kami order. 

Mee bandung pilihan Acu Ain

Nasi goreng daging special en suami punya

Mee goreng pilihan Pak Wa

Aku punya apa kenama benda ni lupa pulak tapi dia sebijik macam koteaw lakna.

Air laicikang je sempat snap. Laicikang apa kebenda ntah ada laici je kot takda isi. Baik letak nama air laici kan senang.huhu..

Aiman makan nasi goreng ayam special

Cik Pia la ni sibuk sangat nak kentang tapi tak makan pun..kira mengadak milo ais saja.

Add on juga burger tower Fruit King.  Yang ni menu peberet. 4 ketul daging homemade tebal 
share reramai.

Makanan dia tak la murah sangat, standart harga..boleh makan kategori sedap. Setiap menu yang sampai perlu melalui QC terlebih dahulu. Satu persatu aku snap. Blogger katakan.hahaha..








Saturday, February 20, 2016

Bento Aiman



Tahun ni Aiman demand nak berbento. Anak bujang ibu memang kuat makan, so menu dia mesti yang berat dan mengenyangkan. Tema bento tak perlu hias cantik bagai, asal sedap sudah.hehe..

Menu bento memang dok ulang lebih kurang sama je. Insyaallah setiap hari tak pernah miss sediakan bento untuk anak bujang. Semoga istiqomah sampai hujung tahun hendaknya. Kalau ibu kerja malam tak dapat la nak masak..esoknya beli nasi lemak je untuk dia. Kalau hari ibu kerja pagi, biasanya memang sekali harung masak sama menu untuk bento ibu dan Afia.

Antara yang sempat ibu snap.

Koteaw goreng plus cekodok ikan bilis

Roti bakar plus steak daging sos blackpepper

Yang atas sekali Aiman punya. Mihun singapore + sosej + telur dadar plus popia sayur.

Nasi lemak sambal ikan tenggiri. Sekaligus bento ibu dan Afia

Mee goreng daging plus wrap ayam salad homemade roti canai.

Maggi goreng plus homemade french fries

Makaroni sardin plus apom pisang plus kismis + delima

Nasi goreng pataya smiley berterabur.hehe

Mini pizza homemade 

Nasi goreng bodo + sosej telur love plus popia. Yang bento box red tu Afia punya.

Spageti bolognese plus homemade french fries