Ikutkan aku ni bukan peminat filem hindustan, layan gitu-gitu ajelah dulu yang mana best. Kebetulan Shah Rukh Khan satu-satunya hero yang aku suka gak la. Orang dok kata cerita ni best tu yang pulun gak nak pi panggung. Kalau Star Wars tu memang tak masuk otak, silap-silap memang aku lena dalam panggung.
Balik AS aritu kami tengok Dilwale kat GSC Aman Sentral. Pertama kali jejak mall sejak dibuka. Ohh tak sangka hebat betul penangan Dilwale..panggung penuh sentiasa padahal dah lama tayang. Petang tu en suami beli tiket pun kami dapat seat dua kehadapan. Tak berapa best la nak kena melangut sikit. Pukul 10 malam..tu je pun seat yang ada. Nak tengok lepas tu macam lewat sangat pulak.
Selesai solat Isyak terus tolak pergi panggung. Snap dulu aksi anaknda berdua sementara tunggu abah depa beli air dan popcorn. Kali ni kami pergi sekali dengan mak abah. Kali kedua bawa Afia tengok wayang.
Mak abah en suami anak beranak dulunya memang la peminat hindustan so ramai la pelakon lama semua depa kenai. Aku ni setakat Kajol dengan SRK ok la kan. Pulun gak ni wefie sebelum movie start. Nampak sebelah je muka, saja pun sembunyi pipi pau.hakhak
Filem ni kategori best la bagi aku. Kira tak berjaya pun buat aku boring sepanjang cerita. Lagu pun tak banyak tu yang best. Macam filem hindustan lain Dilwale pun mengetengahkan isu percintaan tragis, kekeluargaan tapi penuh dengan lawak dan aksi dia pun boleh tahan. Yang lawaknya si King jahat tu pun kelakar. En suami kata cari la jahat yang betul-betul mafia sikit. Ehh Kajol dan SRK pun dah mafia dah kan. Adik Kaali si Veer tu je sengal sampai kesudah. Part Ramlal dan Pogo tu memang lawak.
Tak payah nak sopnopsis sangat la kan.. recommended tengok. Tak rugi walaupun bukan peminat hindustan aku enjoy. Tak sangka Aiman pun layan sampai habis satu movie. Keluar panggung maktok dengan Aiman kemain jerit nama Kaali sama macam Kajol buat. Drama sangat.
Afia dia mulanya ok dok kekiri kekanan depan seat macam haritu tak mahu dia duduk diam di riba. Sambil makan pop corn, time lagu dia pun joget sama. Sejam lepas tu terus lena. Lega sikit dapat ibu tengok sampai habis walaupun lenguh kaki tangan meriba si bambam. Tu pun dok tidur terjaga batuk muntah. Nasib dah sediakan plastik.huhu..Habis filem tidur tak sedar sampai rumah.
Pukul 1 lebih gak la baru sampai rumah. Penangan Dilwale esoknya en suami dan abah pi tengok sekali lagi kat panggung cerita sama. Pulun kan.hehe..
betul..betul..King tu patut lagi ganas..hehe.tapi lagu-lagu dia sedap kan kak,walaupun tak banyak
ReplyDeletelieya last tgk movie hindustan kat cinema mase jaman u dulu...tgk kabhi kushi heheheeheh.... skrang ni takleh laa sbb budak2 ni bukan kaki hindustan....dilwale ni lieya nak tgu online leee...donlod jaaa ekekeekekeke...
ReplyDeletepaper pun komen filem ni best sampai meletop di panggung . saya layan movie tamil kat tv2 je smlm ...hehehee
ReplyDeleteTak sempat nak pi tengok lagi....xde kawan, tunggu kawan balik dari cuti..nak pi sorg2 malas pulak.
ReplyDeleteaiyakk husna satu pon blom tgk lg cane nak ulang.. hahaha..
ReplyDeleteOooohh ramai blogger yg kata dah gi tengok DIWALE ni..
ReplyDeleteSure best ye PK.. Sampai nak mengulang tengok tu :)
sy sekali tgok cukup la..en suami tu la dua kali tgok pastu semalam pi beli dvd pulak.haha
DeleteTengok dah ka? Kiranya tak menyesallah ni ek. Yalah kan ada org sampai tengok 2 round. Mmg confirm best tu gamaknya.
ReplyDeleteOrg ckp Kajol tambah cun sekarang ni....Betul ka PK?
cun tu memanglah csntik dr dulu.muka memang cantik...tp klu dh tua tu..tetap la tua jugak. tangan2 tetap nmpk kedutannya.muahaha
DeleteWah....duk tenung sampai tangan nampaknya hihi...
DeleteMabuk ka? Diam ja tak de entry
awakk...bestnya dapat pegi tengok...husband kita mmg takkan lah nak pegi tgk citer hindustan...huk huk
ReplyDeleteMak Ai... sampai dinihari mestilah sampai tertidur anak dara tu:)
ReplyDeleteYg tak menahan ayan dan en abe tu pergi menonton lagi! hebat juga penangan Dilwale ni ye:)
Haha. Kemain depa ye.. peminat hindustan.. mmg sentiasa penuh pun panggung tu yg akhirnya kami.tgk star wars..huhu.. layankan jela.. walaupun sy tak faham.. tp mesti best tgk kajol di panggung .. tgk di internet pun nampak lawa.. apa lagi di skrin besar..
ReplyDeleteBio betik...sampai dua kali tengok...abang ngan Pia tu tak boring ke layan hindustan..?:)
ReplyDeletebestnyer...dh tgk dilwale..lya nk bli cd je la.. nk tgk wyg... fasya lak..bknnya dia layan...
ReplyDeleteSekarang memang demam Dilwale... tp belum p tengok lagi, tgh jadi mak tang ni..
ReplyDeleteassalam pk.
ReplyDeletesihat ?
sama la kita ni haaa.. last entry 4 jan.kiki.ni bru rajin uodate sikit.hohoho
tu dia sakan abah aiman n tokwan aiman.mmg best sgt la tu, sampai p mengulang, kan !
saya juga x tgk tgk lagi. hihihi
Sekarang rasanya dah surut sikit demam Dilwale ni, kalau tak asyik lalu je status pasal Dilwale kat fb tu. Hehe..
ReplyDeletedemam dilwale
ReplyDeletesalam PK... lama tak mnginggah sini.. eija tak brp minat hndustan.. kehkeh so tak xcited sgt.. dgr je ofsmate duk cerita ttg dilwale ni :)
ReplyDeleteSaya memang tak terserulah PK nak tengok cerita ni walaupun orang kata hebat sungguh penangan Dilwale ni. Saya pun tak minat Hindustan tapi kenallah juga banyak pelakon-pelakonya kalau tunjuk gambar.
ReplyDeleteAmboi, dua kali pergi tengok en suami dan abahnya ya! Memang peminat tegar ni!