Pages

Thursday, November 12, 2015

Khory Steamboat Grill & Yong Tau Fu



Lama tak update noo. Sebelum mood kelaut semula meh review aktiviti makan-makan dulu. Last week kami ke Restoren Khory Steamboat Grill & Yong Tau Foo. Harga dewasa RM 15.90, kanak-kanak 6 hingga 12 tahun RM7.90. Adalah digalakkan booking dahulu sebelum datang. Kami pertama kali kan..so memang terjah je la. Masa sampai banyak meja dah reserved.

 Alamat, nombor telefon dan peta lokasi.

Sila percaya ni pertama kali kami ke Restoren Steamboat. Jakun la sikit nak setting dan pilih apa nak makan.hakhak

Ibu watermelon juice, Aiman dan abah order Ice Lemon Tea.

Si bujang ni melantak nasi goreng pastu dah tak daya la nak makan banyak. Rugi anak oii.

Antara yang kami bedal malam tersebut. Aku pilih kuah tomyam pastu rasa menyesal pulak tak ambil sup, pedas Afia pun tak boleh makan. Nak makan dua kali tak daya dah. 

Sos Yong tau foo dia memang sedap. Sos lain biasa saja. Kira puas hati la..harga pun ok. Cuma bagi aku yang kemut ni rugilah makan style steamboat, bukan boleh makan banyak, makan sikit dah kenyang. Harga kan ikut kepala..better makan yong tau foo biasa tu pun lagi puas hati kot.huhu





9 comments:

  1. Oh gambar yg saya berkenan dlm ig hari tu.. syoknya korang.. memang nampak menarik snagat menunya..

    ReplyDelete
  2. Kira murah lagi tu PK..
    Kat sini Dewasa rm25, anak2 rm15..
    En suami akak tak makan ni..
    Dia kata rugi.. sebab makan sikit ajer pun..
    Beli ajer kat pasar malam..
    RM10 puas makan katanya..

    ReplyDelete
  3. fullamak..manyak sedappp ooo... hihi

    ReplyDelete
  4. murahnya kak...kat sini ada murah jugak..tapi langsung tak sedap...makan steambot ni kena datang time betul-betul lapar, lepas tu kena datang ramai-ramai, lepak lama -lama, baru rasa berbaloi....

    ReplyDelete
  5. Pada kakak kira murah berbanding kalau bersteamboat di Seoul Garden lagi mahal tapi pilihan memanglah banyak. Betullah jenis makan sikit rugi sebab baru makan seketul-dua dah kenyang sedangkan bayar tetap ikut kepala..

    ReplyDelete
  6. betul, selalu bila nk pergi mmg pergi perut kosong. bru puas hati kot. tapi kalau dh tangki kecil,sikit juga mknnya. sekali sekala merasa blh la, kan !

    air aiman dgn abah, mcm sedap je

    ReplyDelete
  7. Murahlah harganya. Entahlah rasa tak boleh dapat di KL ni harga macam tu. Dah lama tak makan steamboat ni, PK. Kami suami isteri memang suka tapi sebab si Abang tu tak suka, jenuhlah nak pergi makpak puas makan, anak-anak terkebil-kebil aje menengokkan!

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana membuat review di Khory Steamboat & Grill.
    jika tuan/puan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk KHORY, silalah follow blog kami
    ==>> http://khoryproduct.blogspot.my/

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!