Pages

Monday, October 19, 2015

Aktiviti Homeschool Anak 2 Tahun



Pejam celik bulan depan umur Afia dah nak masuk dua tahun setengah. Sekarang Afia sangat becok bercakap, dah boleh gabung tiga or empat perkataan. Walaupun kebanyakan ayat hanya disebut yang belakang, dia sangat banyak mulut dan peramah. 

Entry ni cuma nak abadikan detik manis kami bersama. Disamping tu manalah tahu secara tak langsung boleh memberi inspirasi dan panduan buat parents diluar sana. Ibu ni pun bukanlah pandai sangat, masa anak kita kecil ni la masa untuk kita cipta momen indah. Benda ni semua yang akan jadi panduan dan kenangan ketika anak kita membesar nanti.

Banyak aktiviti mudah, santai dan yang paling penting tak keluarkan modal ibu kenalkan untuk aktiviti homeschool Afia. Aktiviti ni bukan hanya sesuai untuk anak dua tahun saja, mana peringkat umur pun boleh rasanya terpulang kita nak sesuaikan ikut situasi.

Belajar mengenal bentuk dan warna serta padankan. Yang ni ibu gunting dari buku tadika Abang Aiman. Sesambil tu ajar Afia mewarna. Ada lagi abm yang sedang ibu buat untuk Afia belajar shapes, nantilah ada masa kita share.

Art activity with Water Colour. Abang Aiman pun join sekaki. Ibu bagi anaknda berdua main kaler guna cotton bud dan straw. Ibu ni kurang rajin rasanya bab nak ajak anak explore dengan warna air sebab tak suka comot2 pastu malas nak kemas.haha..Ni pun Afia macam geli bila water color melekat kat tangan dia. Lepas ni kena banyakkan aktiviti macam ni kot bagi dia biasa.

Sesi beramah mesra dengan fish. Sebenarnya banyak aktiviti harian yang boleh kita libatkan anak, ajar anak tentang kehidupan. Kita sebagai ibu bapa ni kena banyak mainkan peranan..cheewah..Sebelum masak ibu bagi Afia pegang dan merasa tekstur fish. Berani pulak dia pegang ikan besar ni. Sesambil tu ibu terangkan tentang hidupan air, deria dan fungsi ikan pada manusia.

Writing board macam ni bagus untuk muscle up. Usia anak kita yang masih kecil, otot jari dan tangan depa belum cukup kuat untuk menulis. Ni kira macam latihan melembutkan jemari la bagi Afia main conteng-conteng. Writing board ni juga ada bentuk-bentuk yang boleh Afia main mengecop. Secara tak langsung ibu boleh kenalkan Afia dengan basic shapes. Yang gambar atas tu tengah ajar Afia nombor dan mengira.

Ibu ada cerita tentang kebaikan aktiviti sorting dalam entry sebelum ni kan. Kali ni ibu guna expired ebm storage bottle minta Afia kelaskan manik ikut warna, saiz dan bentuk. Mula-mula ibu bagi 4 botol dengan manik yang besar sekelip mata je Afia sorting. Untuk lebih adventure, ibu tambah lagi dua botol dengan manik yang lebih kecil..guess what..Afia surrander tak mau teruskan aktiviti.haha. Salah satu cara didik anak sifat sabar jugak kan.

Selain akademik, connection kita dengan Allah paling utama kena terap dalam diri sejak anak kecil. Tengok tu kemain semangat Cik Pia mengaji. Yang tak menahan tu pandai pulak dia ambik towel tutup kepala bila nak mengaji. Mana dia tahu yang kita kena tutup aurat sedangkan ibu tak pernah pakai tudung waktu ajar abang Aiman.hehe kantoi! Memang dalam perancangan nak belikan Afia set Al Furqan untuk ajar dia mengaji nanti. 

ABC and Number Blocks ni ibu beli gantikan mainan masak-masak mahal kat Tesco yang Afia mintak. Nasiblah senang di pujuk.hehe. Afia suka sangat dok main susun buat keretapi pastu susun tinggi buat bangunan. Masa dok main susun ni bukankah anak kita menggunakan daya fokus, kawalan mata dan tangan nak pastikan blocks tak jatuh. So kebaikan aktiviti main blocks memang banyak, antaranya membantu kordinasi mata dan tangan, merangsang kreativiti dan imaginasi.

Playing pretend to be doctor. Play pretend ni pun bagus tau untuk perkembangan anak, merangsang kreativiti dan imanigasi juga. Ala mainan murah RM 5. Abang Aiman la ni demand mainan pistol polis. Dah  belikan abang, adik pun kena belikan juga. Boleh la buat berangan jadi doktor. Selama ni dok pretend to be ibu yang nenenkan titi dan jadi chef dekat dapur diy ibu buat tu je kan.

Tu je la kot. Ada masa nanti ibu share lagi aktiviti-aktiviti homeschool bersama Afia.









7 comments:

  1. BERUNTUNG AFIA DPT IBU RAJIN MCM PK.....AKAK NI KALAU KT RUMAH TGK BUKU PN DAH NAIK FOBIA....5F PNDAI2LAH NK BELAJAR SNDIRI....KHI.KHI.KHI.....

    ReplyDelete
  2. Banyak j0cara nak ajar anak kan...kena rajin dan kretip sikit jer..hihi

    ReplyDelete
  3. Boleh buat rujukan ni.. saya tak banyak buat aktiviti mcm ni, pemalas ni kan.. sekali sekala buat tu bila ank suka, rasa bahagia la juga.. tp kalau bab imaginasi jadi apa2 tu paling kerap.. nazif suka jd chef..nati satu rumah kena makan sampai pecah perut kalau dia datang mood nk jadi chef..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afia paling suka main titi dia.jenuh nak melayan minta kita pakaikan titi dia baju n seluar dia..pastu keja mitak keluarkan buai..nk dodoi titi dia.semak ruang tamu.huhu

      Delete
  4. wah bestnya xtvt afia. seronokkan.apa yg pntg anak enjoy..
    bab titi yg tak menahan.hiks.

    ciksu masih perlahan lahan ajar baby rania..
    smga dipermudahkan juga nannti aamiin

    ReplyDelete
  5. byknya xtvt utk afia..tentu dia sgt2 seronok

    ReplyDelete
  6. Rajin betullah, PK ni. Tak tahu saya nak kata macamana lagi dah. Saya ni kalau tak membeli, semua pun tak jalan. Tak pernah pun terfikir nak jadi kreatif macam ni. Atau memangnya saya ni tak kreatiflah senang cerita!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!