Sempoi je kisah raya korban kami.
Menu pagi raya yang serba simple. Pertama kali kot aku masak hidangan raya. Ketupat en suami order. Rendang daging dan kuah kacang daging aku masak. Laksa Acu Ain, adik aku buat. Malam raya aku baking kek marble dan kukus kek milo juga bawak balik kampung. Kek marble sedap cuma rentung sikit. Kek milo pun sedap tapi macam bantat. Tak padan kejadian kek pun laku tau.haha..
Aku duty pagi raya pertama tu. Malam raya semua tidur lambat, pagi raya kalut ke opis lupa bawak bekalan makan. Nasib baik Afia tidur sampai tengahari baru jaga. Abah dan Abang Aiman wasap gambar selfie ke ibu sebelum solat raya. Ibu dengan Afia pagi raya baik punya sambung lena jaga tengahari anak beranak sakan punya wefie. Cik Pia dengan tak mandinya, muka baru bangun tidur dua beranak. Macam-macam gaya wefie sampai tak sanggup nak tempek sini.hehe..
Lepas Zohor singgah kenduri ex boss en suami. Lepas makan terus gerak balik. Cik pia dalam car kemain happy. Bila tanya nak balik mana ni. Umah ndak dia kata. Merujuk kepada Pak Ndak dia. Lepas azan Asar tu kemain tadah tangan doa.
Singgah lagi rumah kawan aku. Bermini reunion kejap kat sini jumpa kawan-kawan sekolah. Menu nasi arab sedap baq hang. Ketupat rendang serunding kek puding semua terbaik. Awatlah depa ni pandai massk sangat. Laki aku balun makan punya banyak.hahaha..
Malam pertama di kampung sakan main belon pecah sana pecah sini. Pak Njang dan Pak Ndak rajin melayan.
Malam raya kedua pergi Along Charkoteaw yang famous kat parit buntar orang punya ramai. Tak rezeki kami nak makan. At last makan KFC. Aiman tak ikut, dia sibuk nak makan nasi goreng daging kentang Pak Ndak masak. Afia punya ramah masa dalam KFC ada makcik mana ntah dengan anak dia siap hulur duit raya. Agaknya terhibur dengan kerenah si anak dara. Nak balik kemain lambai say bye tok bye kak bye abang..bye..satu KFC dia say bye. Satu KFC jugak balas lambaian cik pia. Adoii..
Ehh sepatutnya pic ni diatas sebelum kisah KFC dan Afia. Lantaklah.hihi. Kisah siang raya kedua dapat jemputan kenduri lagi dari anak jiran merangkap kawan sepermainan aku juga masa kecik. Ni kenduri masuk rumah baru.
Raya ketiga kami 4 beranak attend reunion sekolah aku. Yang ni nanti buat special entry. Lepas reunion petangnya sebelum bertolak balik sempat lagi singgah Along. Orang masih ramai tak kuasa la nak berdiri tunggu. Makan charkoteaw kat SP sudah.hehe. Aiman dengan abah pulun makan sampai dua pinggan sorang. Ibu sepinggan pun jenuh kopek udang melayankan si bambam ni. Makan udang je mau.
Assalamualaikum.comeynya afia..haha...pandai bc doa pas azan ya..alhamdulillah...sejuk perut mama dia..hihi...rajin kak PK masak utk raya..kami kt cni sambut ala kadar ja..p serang umah org knduri ja..xmasak pon...huhu
ReplyDeletePadat yek aktiviti raya korban ini....raya korban, jadi tukang basuh pinggan jer...en.suami punya turn masak.
ReplyDeletepak ndak ni ayah sedara favourite diorang kan? hehehe..meriah raya you alls! Raya saya macam biasa je..sebab Jumaat sabtu keje..
ReplyDeletewahh ada special entry reunion yee., harhar2
ReplyDeleteFuh.. full activity.. ;)
ReplyDeletePerut pun sendat jadinya.. ;)
Geram nengok dak Pia.. rambut dia cantik.. curly.. ;)
meraihnye ...sedapnye ketupat palas aarrrrghhhh
ReplyDeletebestnya mcm mcm juga buat tu
ReplyDeletefull xtvt..full tank
time raya mcm ni la pulun makan
saya pulun makan dging je raya letama n kedua kikiki
raya ketiga makan kenduri di kk
raya keempat blk kl hadap jem.. berpinau mata dlm kereta
ketupat palas tu paling win kan dalam semua menu2 hari raya ni :)
ReplyDeleteCik pia ni peramah dan ramai peminat sungguh nampaknya.. meriah betul sambutan raya korang sampai empat hari ada je majlisnya ni.. berbaloi sangatla cuti nampaknya..
ReplyDeleteAfia tu sebijik muka mamalah.....mmg copy paste betui!....
ReplyDeleteKek milo kukus? Semalam baru baca blog Lieya Latiff padal kek ni tp dia masuk mikroave yg boleh bako jer , 3 minit...
Dah katanya pakar masakkan....bantat pun sedap aje haha.....kira brownies ler tu...
@hainom OKje
ReplyDeleteSaja suka jalan.hehe raya posa memang berkumpul kt rumah..saja je lq raya haji nk cipta kelainan..sejak anak2 dh kawen sok sndri ni tinggal depa berdua je..tu yg rajin berjalan tu
Saya juga yang terselamat daripada kena memasak di pagi raya. Kita tunggulah tahun depan pulak apa nasib. Kalau dapat elakkan memasak di pagi raya, syok juga. Hahaha! Dasar pemalaskan!
ReplyDelete