Tarikh istimewa, harinya berlalu tak ada yang istimewa. Terima kasih pada semua yang menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan aku sepanjang tahun. Semoga Allah membalas yang baik-baik juga buat kalian.
Jumpa kawan sekolah ambil barang aku order beliau hadiahkan set berus dan blusher. Alhamdulillah birthday present yang tak dijangka. Aku baru nak mula rajin mekap balik. Pengaruh group whatsapp la ni semua pakat nak menyegak. Lama dah tinggal lipstik eyeliner maskara sejak dah ada anak kecik tempek bedak baby je.haha. Cik Pia rasmi dulu, penuh merah satu muka dia punya touch up. Dekat dahi pun tonyoh!
Tak ada celebrate apa. Nak buat kek pun tak kuasa untuk diri sendiri. Nak beli kek pun rasa tak perlu kot. Lepas raya poket pun dah kering, gaji lambat lagi.hahaha...Cuma birthday girl teringin kuah lodeh, ni yang sendiri masak, takkan nak mintak mak mertua pulak masakkan. Macam tumpah minyak pulak gambar ni. Tapi ya ampun, nikmat sangat dapat makan. Kena la dengan selera tekak aku. Inikan raya.hakhak..
Afia berlari nak ambil botol air minuman macam mana boleh tersungkur berdarah bibir. Menangis merap la kejap. Bengkak bibir birthday girl yang genap 2 tahun 3 bulan ni. Kesian memang kesian, tapi tak siapa buat, sendiri lari sendiri jatuh. Nanti sembuh la sayang ye. Budak baik memang macam ni la gayanya sesekali dapat sakit.
Apa orang kata selpiaq. Kali ni saja nak tempek wajah yang ada kajian mengatakan wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun. No make up no editing, muntah! Aku tak suka pun selfie, ya ampun sungguh nak tayang wajah sendiri dilaman sosial pun malu, tapi masa ni pertama kali cuba pakai tudung Yuhanis baq hang, tu yang jakun sket. Tak suka tekan pangkah.muahaha..
Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang sentiasa melimpahkan rezeki kesihatan yang baik, rezeki kemudahan urusan yang tak pernah putus dan rezeki ketenangan hati yang tak ternilai dengan segala apa matearilistik duniawi. Semoga ini semua terus mengiringi aku sepanjang masa. Ameen!
selfie mak, jangan tak selfie., ;)
ReplyDeleteHeppy Belated Birthday Siss....moga murah rezeki sokmo2..
ReplyDeleteHappy bithday puan kutu. Semoga panjang.umur dan murah rezeki selalu.
ReplyDeletehappy belated birthday ....muka cik pia sebijik ko wei
ReplyDeletecomeiii selfie, sikit lagi nak irasa yuhanis baq hang hehehe
ReplyDeletehepi belated besday PK..
ReplyDeletelaaaaaaaaaaaaaaaaaa cik puan kutu...kite share besdei yeak....len kali kite leh potong kek same2 ni hahahahaha.... alhmadulillah sihat dan dipanjangkan umur tuk jumpa besdei tahun ni kan...harap2 tahun depan pun begitu jugak....
ReplyDeleteselamat hari lahir cik puan kutu...moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dlm keberkatan Allah taala...in sha Allah....
pssttt..besdei hasben lieya plak 5 ogos...tgh penin nak suprise kan die balik ni hhaahahaha..takde keje lain laa laki bini dok suprise2 ni ....
selamat hari lahir Aunty Kutu... Sumaiyyah cakap
ReplyDeletebirthday PK rupanya..happy birthday, moga panjang umur n murah rezeki selalu.
ReplyDeletehahah..betol la kot..lya nk tgu next year, tgk cntik sempurna tak.. kiki...
ReplyDeletebtw,
selamat hari lahir kak..
smoga trs dikurniakan ksihatan y baik hendaknya..amin
selamat hari jadi Puan Yuhanis, eh Puan Kutu...hehe
ReplyDeleteselamaat hari lahir pk
ReplyDeletesatu jalan dgn rania la jugak ye.. hihihi
aamiin
alahai sian cik pia..
harap dh baik la ye
Oh, alahai... birthday ke besan? Awat leh lupa ni. Sorrylah yerk. Happy belated birthday yang ke-31 tahun. Tak sangka sebaya aje kita ni. Huahaha...
ReplyDeleteSemoga sentiasa hidup diredhaiNya dan dipermudahkan segala apa urusan di dunia ni. Bagus dah tu PK hidup penuh kesederhanaan yang penting hati senang, otak pun tak serabut ~_^
P.S. Kita pun 2,3 hari ni teringat lodeh aje. Nak buat, nak buat tapi kerja postpone. Maklumlah I ni kan ... faham-faham ajelah kalau kena masak *_*
Happy belated besday PK. Moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin...
ReplyDeletehahaha cik pia pon saka ye..p tonyoh muka ibu nuu.. buat experiment sikit..:p
ReplyDeleteLaaa....bezday hang ka PK?
ReplyDeleteHepy Bezday PK walaupun terlambat ucap.....Moga hang panjang umuq, murah rezeki diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat Allah...
Wowwwww.... comey, anggun, natural beauty gitu ....sebijik muka Cik Pea...