Pages

Thursday, July 09, 2015

Raya Dah Dekat Oii



Mula-mula nak ucap berbanyak terima kasih pada ina Intan Berlian sebab dah murah hati bagi duit raya kepada anaknda berdua. Aku join Mini Giveaway ina tak sangka nama Aiman naik sebagai poenerima duit raya. Esoknya ada cabutan semula pada yang tak serah diri, nama Afia pulak naik. Kira rezeki Aiman Afia la.

Nak habaq mai, raya ni turn aku cuti. Isnin lepas dah siap isi borang cuti. Alang-alang dah cuti, aku ambik seminggu terus. Memang heaven la beraya baju raya pun 5 pasang.kahkah..Cuma Aiman ni je tak tau lagi sekolah cuti sampai bila. Rabu petang Insyaallah kami bertolak balik Alor Setar. Macam biasa la raya kedua baru balik Nibong Tebal. 

Stress ni rasa macam tak sempat nak buat kuih raya. En suami order kerepek bawang je 5kg. Esok baru nak keluar beli barang buat kuih. Sempat ke nak pulun baking kuih? Hari kerja malam dah lepak tak larat. Tak buat nanti tak ada pulak kuih raya sebab mak dah cakap tahun ni mak buat jenis kerepek dan benda kunyah je. 

Kami semua ni dah la hantu kuih, yang beli ni tak feel sangat makan. Samperit susu angan-angan nak buat 3 adunan. Satu adunan pun tak jalan lagi. Mungkin aku buat dua tiga jenis je la. Dah suntuk sangat masa. Lagipun kat rumah aku ni bukan ada orang bertandang sangat. Buat untuk makan sendiri je kekdahnya. Rumah lagi nak kemas. Tak cukup kaki tangan semua kerja kena buat sorang. Uwaa..

Alhamdulillah baju raya semua dah setel. Tinggal nak cari tudung raya ibu dan tudung buat mak mertua. Baju raya Afia sok or lusa Insyaallah setel. Harapnya dapat warna ikut tema. Benda persiapan beli last minute  takut tak ada warna yang kita cari. Abah, ibu, abang Aiman dah sedondon warna, Afia jangan lari tema pulak ye. Setiap tahun pun kami cacamerba kan. Tahun ni baru tahun kedua ada tema. Tema raya tahun ni biarlah rahsia.hehe

Tak sabarnya nak balik raya oii. Rindu kampung 4 bulan dah tak balik Penang rupanya. Alor Setar pun best jugak tahun ni semua balik raya rumah mak abah. Mak kata raya ni nak buat nasi. Berapa kilo kambing pulak la en suami dan adik iparnya tu nak kenduri. Jaga makan muni oii..Baru turun 4kg, naik 5kg nanti penat ja diet.haha..
















14 comments:

  1. Haha.. pulun buat kuih ya nnati..mesti berjaya tu PK kan hebat.. amboi2 5 pasang baju raya depa? Semua color ke tu? Kemain na..

    ReplyDelete
  2. AYAT YANG LAST SEKALI TU PALING TAK TAHAN HEHEHE...

    ReplyDelete
  3. semangat nak raya nampaknya PK..hehehe.untunglah cuti lama.saya khamis baru cuti

    ReplyDelete
  4. sempat lagi baking tu PK..tapi kna jadik mcm sotong dahh..

    ReplyDelete
  5. nama anak saya aiman jugak.. tak de bahagian share share ke ? hahahaha~

    ReplyDelete
  6. cepatkan rasanya masa berlalu... tau2 dah nak rayakan..

    ReplyDelete
  7. Oi, statement akhir tu! Sajalah nak beritahu dah turun 4kg ^_^

    Lamanya cuti, kira raya sakanlah ni. Baju raya pun ada 5 pasang. Bila lagi nak melaram main tukar-tukar bajukan! Saya memang tak buat kuih tapi belum tunjuk lagi. Saya pun sama beli kuih ikut kehendak hati sendiri sebab memang kita yang nak perabihkan nanti!

    ReplyDelete
  8. semoga perjalanan selamat pergi dan balik!

    ReplyDelete
  9. Akak pn rasa mcm mengah je. Kejap sungguh masa brlalu. Rasa xtrkejar nk kerjakn persiapan raya.
    Wow..sedapnya daging kambinggggg

    ReplyDelete
  10. hahaha. kalau naik x leh nak tolong la.. sndiri cari pasal..

    jemput la singgah rumah sy di tobiar pk.. hihi tp sy hri rabu baru btolk blk ke perak. raya di perak dlu. raya kedua baru blk kedah. berselisih lah kita di highway nti kot. kehkeh

    sy pon bercinta nk buat sekut brg dh beli.. huhu
    silap hb makan lps raya .hahahahaha

    tahniah pk.. rezeki adik beradik tu :)

    ReplyDelete
  11. Hari raya tinggal 4 hari lagi.. ldy smpt buat 2 jenis jerk.. berperang dgn anak.. perang tepung.. hihi

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya murni, sakan eh tahun ni .. baju pun sampai 5 pasang .. moga di permudahkan ye perjalanan blk kg...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..rezeki anak2..
    itulah..sekejap aje kan...
    tup2 dh di penghujung Ramadhan..

    ReplyDelete
  14. Bukan main sakan lagi persiapan Raya Puan Kutu tahun ni....sakanlah nampaknya anak beranak kutu beraya gayanya hihi.....
    So camne akhirnya sempat ke buat semperit susu 3 adunan tu?

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!