Pages

Monday, July 27, 2015

3 Syawal : Jalan-Jalan Raya



Beraya di bandar mana best. Saja la kan perli en suami.haha..Balik kampung aku memang wajib la cari sedara mara yang berdekatan. Raya ketiga baru kami mula aktiviti beraya sampai pitam. Sehari suntuk penuh aktiviti makan-makan. Berat pun dah naik 2kg raya ni tau. Sekarang tengah pulun puasa, kembali kepangkal jalan.haha..

Rumah pertama rumah sepupu aku Kak Ha. Rumah aruah mak cik dekat sebelah. Sekarang ni anak yang bongsu, Kak Sitah duduk. Kebetulan kak besaq pun ada sini, dapat la beraya dengan semua. Kami dijamu dengan kuih raya, air dragon fruit dan mi hailam. Alhamdulillah rezeki.



Lepas tu kami ke rumah Abang Pin. Last minute call bagitau nak datang beraya so tak ada juadah special. Takpelah kita datang nak beraya, makan kuih raya pun ok. Pun begitu ada rezeki buah rambutan dan tapai pulut siap dapat tapau bawak balik rumah lagi. Cik Pia tertidur sepanjang kat rumah Pak Long. Penat sangat la malam tidur lambat sakan main dengan Pak Ndak Pak Njang Pak Wa.



Masuk kereta perjalanan nak kerumah aruah Paksu aku, Afia jaga siap posing tayang ketiak. Mak Su dan anak-anak serta cucu ramai yang ada melayan sembang. Kat sini kami sambung makan kluih raya lagi.


Let's continue wefie bersama Acu Ain!




Bila dihitung ada tiga biji rumah je kami terjah. Keluar pagi jadi lepas Zohor dah ada rumah. Nasib baik keluar awal sebab masa perjalanan balik jalan dah jam gila. Petang lepas Asar aku sambung beraya lagi. To be continued.hehe..









6 comments:

  1. Amboi.. raya sakan tu sempat terjah banyak2 rumah.. sempat nk beramah mesra dengan sanak keluarga yg ada ya.. mujur gak kat rumah kedua tu xda sedia juadah istimewa ya, kalau ada makan lg.. mesti berat lebih 2kg naiknya tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. Masing-masing nak beraya, jadi jalan pun agak sesak.. ;)
    Bukan selalu dapat jumpa pun kan..

    ReplyDelete
  3. kena kluar awal kn. baru best.byk rumah tersusu n pergi.x bnyk konvoi senang.byk byk pening kepala.

    sakan beraya ni..
    saya blk kedah.beraya hari raya ketiga belah loqstaq.perghh kemahen jemnya.merata cr jln shortcut lari dr jem..

    ReplyDelete
  4. hihi,..jln smpai pitam...lya raya pertama dh jln smpai pitam,, huhu

    ReplyDelete
  5. Raya sakan ni, PK. Maklumlah beraya di kampung sendiri. Banyak betul port persinggahan. Kalau kita yang dah kertu ni (eh!) setakat dapat bertandang beraya pun dah cukup. Takda makanan special menjamu tetamu takpalah, janji dah sampai rumah beraya :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!