Pages
▼
Monday, June 29, 2015
Shopping Raya Part 2
Semalam merancang balik berbuka dekat Alor Setar. FIL ada buat kenduri sikit, order nasi bungkus hantar untuk berbuka di masjid. FIL siap pesan, datang lewat lepas Asar pun takpa sebab rumah abah panas. Terlanjur dah nak balik sana, en suami pun ambil cuti, aku ajak sambung shopping raya kat Pasific.
Semalam ambil Aiman dari sekolah sekali hari untuk sign report card. Keputusan agak memuaskan cuma English Aiman teruk sikit. Lepas ni ibu kena jadi English teacher tekankan subjek yang dia lemah. Report card sekolah KAFA pun abahnya dah sign tapi semalam Aiman ponteng la sekolah petang dah nak balik rumah Wan Maktok.
Bertolak pun dah agak lewat hampir pukul 3. Sampai Pasific parking penuh. Empat kali baq hang pusing cari parking. Setengah jam kat tempat parking je buang masa. Mula dah surrander nak terus balik, mujur last minute ada rezeki. Masuk kedalam mall dah meriah dengan lagu raya semua. Ada clown buatkan belon singgit tapi Cik pia takut. Tanya fia nak belon tak? laju dia amau..Tak mau belon sudah, moh kita shopping.
BATA as usual jenama kasut selesa walaupun tak banyak pilihan tempat pertama kami tuju. Amboi anak dara, semua kasut dia nak cuba pakai. Kasut orang besar pulak tu, bukan yang saiz dia. Pastu siap tanggal selipar dia tak mau pakai, jalan kaki ayam pusing kedai. Sakan betul aksi anak dara. Kakak jurujual semua pun berkenan dekat Cik pia kita! Alhamdulillah settle bab kasut raya Aiman, ibu dan abah. Afia tak beli pun, kasut Tok Yan bagi tempohari buat kasut raya. Budak pakai sekejap dah tak muat, buat apa membazir banyak kasut. Jimat!hehe..
Baju kasual Aiman dan abahnya pun dah settle. Untuk Afia satu apa pun tak sempat beli. Masa dah singkat nak balik berbuka, dengan Cik Pia pun asyik demand dukung. Pantang nampak stroller baby dia nak kejar, dah la battery weak sepagi kemas rumah (gara-gara mertua nak mai kena la polish rumah yang dah macam sarang spider tu), lagi suggest mau ukur shopping mall, sungguh nak pitam ibu rasa.
Malam tadi lepas buka dan taraweh kami bertolak balik SP. Walaupun aku off hari in, Aiman kan nak sekolah. Mak abah pun ikut sekali ni dua tiga hari puasa kat rumah nak lari dari bahang panas Alor Setar. SP panas jugak, tapi ok sikit rumah kami ni sejuk juga depannya Gunung Jerai. Dua tiga hari ni meriah la dapat buka dan sahur dengan mak abah.
Untuk Afia mungkin ke SP plaza je kot nanti sekaligus untuk baju raya dan kasual. Ibu cuma nak cari tudung raya dan maybe skirt raya. Baju raya sebenarnya dah usha lama, beli online je kot.hehe
amboi shopping dah part 2...saya part 1 pon belum lepas..kih2
ReplyDeleteWah...kami takde agenda shopping raya....tunggulah.
ReplyDeleteletih soping raya di bulan puase kan cikpuan kutu....tapi nak buat camne, kalo lambat2 kang lagi laa takut takde size ....mcm lieya sebelum puase dah kasi settle sikit2...ni tgl cari seluar mia mija lagi selai dah ler....baju raye pun dah amik kat tailor mgu lepas.... lega dah....tak lega nye tgk duit mengalir hahahahahahah
ReplyDeleteadoiiii pia tomeyy takut clown yeak....rasenye budak2 mmg takut pun kan cikpuan kutu....anak2 lieya dulu siap lari lagi haahhaha...org nak bagi belon pun ko lari lintang pukang...apedaaaaa heheheeheh
Mentang-mentang adik tak tahu lagi tak beli lagi ye. Tak apa budak perempuan punya senang nak cari sana-sini semuanya cute-cute.
ReplyDeleteYg malas keluar ni parking. Kakak pun hari Sabtu lepas jenuh cari parking last kakak parking atas jln yg berjambatan sebab luas kereta masih boleh lalu-lalang. Bila kakak nak balik tengok dah bersusun kereta ikut parking belakang kereta kakak tau:)
untunglah rumah depan Gunung Jerai, ada gak tempat nak melawan kepanasan..
ReplyDeletesakan shopping na..saya tak beli apa pun lagi.
Untung la dah shopping raya! Kikiki... Aleesya pun suka kasut! Memang sebegitu perangai girls ni agaknya
ReplyDeletebyk part ni gayanya.hihi
ReplyDeletea’aa pk.blk pendang pon panaih lip lip. nasib umh ayah dua tingkat.umah bawah sedap ddk sejuk.tgh hri jgn la dok nek ataih.mau menitik peluh.nk tumpang lena pon x lps.
kemarin sampai area kobah hujan sat. legaaaa..
ni blk kl pon pnas mbhang rasa.terik j
eh.eh. pk, clown tu kan org yg sama la kami jumpa hari jumaat ri tu kat pendang. rasanya la sbb skli pndng mcm sama j muka dia.
rania suka pulak nengok ritu.habuan dok gelak nengok gelagat clown tu dpt la seketoi belon. clown tu bg free j kt pndang hri tu.
sama la dgn saya BATA menjadi pilihan.sedap pakai dr zaman dlu.mak yg ajaq.hihihi..
saya mncri utk ciksuami n rania j la
sy pakai apa yg ada. hihihi.
Wahhhh terbaik PK
ReplyDeleteWahhhh terbaik PK
ReplyDeletemj tak beli apa-apa lg ni utk persiapan raya. agak bz dengan macam-macam hal sejak dua menjak ni, harap sempat selesaikan..
ReplyDeletealahai baru rasa yang akak ni takdaer baju raya lagi.. camnerni... alahai kalau takder mana yang adajerlerkan... orang kampung tak penah tengok lagi kita pakaikan.. ha..ha..
ReplyDeleteowh , saya masih blm shopping lagi . dah biasa shopping dekat nak raya . lagi meriah masa tu ...
ReplyDeletenanti shopping Cik pia punya mesti naik juling bijik mata..baju budak pompuan semua comel2..akak tengok pon geram..
ReplyDeletePenat tu shopping siang2..huhu
ReplyDeleteBlm shopping2 raya lg. Tema warna iktkan grey tp pyh plk nk jmp utk bdk2 ni. Huhu... Tkr kaler kot nnt.
ReplyDeleteSyokla akak2 salesgirl dapat jumpa cik pia comel..dapat lepaskan penat di bulan sesak orang ni..
ReplyDeleteAnak2 saya pun jenis tak gemar clown ni.. tapi akan suruh mama pegi ambil belon drp clown tu..adeh. malu lak orang tua g ambil belon tu..
ala, mana entry baru di bulan baru
ReplyDeletedah tgh bulan puasa kan sekejap je
Amboi sempat lagi sambong shopping raya ek...yerlah kan kena curi2 masa bila ada kelapangan...macam tulah kalau dah berkeluarga ni... bunda faham..
ReplyDeleteBunda pun nak balik kampong gak cuti nuzul alquran sabtu ni...
Mak aih.....dengaq cite org shopping Raya pun dah best tau. Sukalah anak anak tu mak tok ada kat rumah kan.....
ReplyDeleteMak baru shopping baju kurung ngan baju Melayu PK, baju mak tak dak tahun ni save budget! Huhu....tema apa tahun ni? Caca marba ka ? Haha
FASYA x dpt2 lg result exam.. x sabar nk tgk reult dia.. huhu.
ReplyDeleteye..bata dr dulu n slamanya..mmg selesa n best..design bata y budak2 skarang pon dh byk n cantik2.. antaranya buble gummer ke apa...
ingat masa kecik2 dulu, mak saya pun suka beli bata.. mmg kukuh kan
ReplyDeleteSaya belum shopping kaw-kaw lagi, PK. Mood tahun ni tak berapa nak terujalah. Pun begitu, baju Melayu Bubbly Abang dah siap. Baju Mommy pun dah beli online juga. Balance shopping tu kenalah ambil cuti sehari suntuk keluar sensorang belikan untuk semua orang!
ReplyDeleteKuih-muih ni pun tak cari lagi.... Beli 5 jenis pun dah cukup. Nanti sendiri yang dok menghabiskan!