Terletak di Gunung Keriang, Muzium Padi merupakan Muzium Padi pertama dibina di Malaysia. Kat Jepun, Jerman dan Filipina pun ada Muzium Padi, so kita punya Muzium jatuh yang ke 4 dibuka di dunia baq hang.
Disebabkan anaknda berdua tu dah tak hadap jadi model ibu, aku snap je la segala haiwan yang ada di luar muzium.haha
Muzium di buka setiap hari termasuk Public Holiday bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk untuk dewasa RM 5, kanak-kanak 7-12 tahun RM 2. Tujuan utama nak lepak kat atas, rilex melepaskan lelah menikmati air cond. Kami sebelum ni dah dua kali sampai Muzium Padi, so tak ada benda sangat nak explore. Penat wey dari rumah kenduri terus ke Pusat Sains Negara, sampai sini battery dah low. Jom masak jom!
Kat atas sekali kita akan melalui tangga batu yang agak unik untuk menikmati lukisan mural yang berpusing, katanya dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Selatan. Ketenangan yang kami cari indah mimpi dari realiti. Kerusi yang dulunya memenuhi ruang dah tinggal berapa kerat. Jenis kerusi main letak kat mana suka, selebihnya sila berdiri mengeluarkan peluh dengan air cond pun tak kuat.
Empat lima tahun dulu elok je, ni rasa macam kat atas tu dah kurang penjagaan. Anak-anak cha ya nun alif yang mai lawatan dari mana entah dok berlari sana sini. Kalau kecik tu aku faham la, ni dah besaq gedabak anak dara pun dok main aci ligan apahal! Afia pun dah start merengek asyik minyak dukung. Haru biru jadinya ajak turun bawah nak tengok fish. Apa pun snap dua tiga keping gambar dulu. Model pun kena paksa ni, tak mau dah bergambar sebenarnya.hehe..
Ibu, Aiman dan Afia turun dulu ke ruang pameran tinggalkan abah dan Mak Tok kat atas. Kat bawah ni aku lepaskan Afia elok je dia melawat kawasan dengan Abang Aiman. Lega sikit dari azab mendukung si bambam! Ruang pameran agak luas, macam-macam info pasal padi boleh kita gali. Semua tentang proses penanaman padi, peralatan yang digunakan, budaya, sejarah dan kepentingan penanaman padi. Layan je la gambar sampai pitam.
Puas dah dok dalam jom kita keluar. Aiman suruh tulis Maktok dan abah kena tinggal kat atas padan muka.hehe. Ni dia budak yang sibuk nak tengok fish sangat. Ikan pun dah habis mati. Ada sekor je ikan besar kaler hitam. Afia punya excited nak tengok ikan tu sampai pelawat lain nak bergambar kat tulisan Muzium Padi ni pun tak boleh. Dia je jadi kaklong kawasan.hahaha..
Sebab dah letih, memang tak ada pun gambar famili dipotretkan. Aku tempek je la gambar kami pergi sehari sebelumnya. Masa ni sampai Muzium dah nak tutup, ingatkan buka sampai pukul 6, rupanya sampai pukul 5 saja. Sepatutnya kena tambah masa la kan especially musim cuti sekolah macam ni.
Punya banyak berhujan gambar entry kali ni, line tengah laju ni tempek je la selagi boleh!
masa saya pergi lima tahun lepas tak dapat naik yang pusing tu sebab tengah maintanance.lain-lain nampak sama je..
ReplyDeletekami tak pernah sampai lagiii
ReplyDeleteInsyaa Allah kalau ada ke utara nanti acik nak cari juga muzium padi ni pk
ReplyDeletetentu aiman seronok...
ReplyDeletebaru tahu ada muzium padi kat kedah.. sesuailah dgn kedah sbg negeri jelapang padi. rupanya byk sgt muzium2 y menarik kat malaysia kan..setiap negeri ada tarikan tsendri..
tu kat kg ai tu tp sekali pun aku tak penah pi lalu jalan tu pun tak penah hahaha ..... selalu klu balik kg terus tuju jln nk masuk ke rumah tok ja.... hahahhah
ReplyDeletenape tak try naik bukit kat gunung keriang tu ... lama tak naik tapi best jugak la .... sbb penat ... hahaha
kat playground gunung keriang tu tp last aku pi hampir 20 tahun lampau tatau la wujud lg tak playground tu kah kha kah
Ada jugak muzium padi..byk tak byk gambar, SB baca gak sampai habess..layan mata
ReplyDeletebest jugak kan sekali sekala gi tengok sejarah...
ReplyDeleteSalam PK... Happy holiday... Syoknya... Eija pun suka ke tmpat2 mcm ni tp muzium padi ni eija blm pernah smpaii...
ReplyDeleteWahhhh!!!! Seronoknya dapat bawa anak2 tempat macam ni. Ini kami.... Mengukur shopping complex sahaja.
ReplyDeleteBunda pernah dengar beberapa kali tentang sejarah museum padi ni...tapi belum pernah sampai lagi..
ReplyDeleteCuti2 sekolah ni eloklah bawa anak2 melawat kesana..
Alaai..teringat kenangan masa praktikal kat Kuala Kedah.. masa tu bawa murid ke muzium padi ni untuk lawatan. Hihi..syok masa tu.. rasa teruja je tengok lukisan besar yang macam hidup tu..
ReplyDeleteBestnya jalan2 ngan anak2...dapay tambah ilmu baru lagi
ReplyDeleteBab bab gi muzium mmg okje lemah sikit....maklum le tak minat sejarah dan grografi hihi...
ReplyDeleteTp kalau tengok muka cik Pea, mmg cukup hepi tu.....maknya hepi ke idok?
Tetiba rasa nak menuai padi pulak *_*
ReplyDeleteKalau saya ke Kedah, sekurang-kuranglah taulah saya mana nak tujukan. Muzium Padi ni kat KL memang takdalah rasanya. Sesekali pergi, best juga. Kita kalau nampak benda-benda rare yang takda kat KL ni, nak juga menjakun sekejap. Bukan senang nak pi, baq hang.... (Eh, betul ke? Tergeliat lidah sayalah!)