Pages

Thursday, June 18, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Assalamualaikum. Baru berkesempatan nak mengucapkan selamat berpuasa buat semua rakan blogger dan silent reader yang selama ni rajin bertandang kat sini. Semoga puasa kita beroleh keberkatan.

Sahur tadi buat nasi goreng ja. Tahun lepas sahur pertama sepuluh minit nak imsak baru terjaga, kali ni masak nasi terlembik, jadi nasi goreng bubur dah. Tahun depan kalau panjang umur tak tau apa pulak.hehe. Tak padan nasi lembik pun clear jugak dua pot nasi. Mula puasa ni selera sikit makan, pastu nanti naik pening fikir apa menu.

En suami sekarang dah tak nak menu yang ada segala jenis sambal dan cili dah. Ais pun mungkin diharamkan sepanjang puasa ni. Takkan hari-hari nak buat masak kicap kot. Menu lain macam tak berapa masuk tekak. Aku ni punya berniat nak diet sakan. Tadi sahur melantak nasi goreng punya selera. Ketat jugak baju raya hang PK.haha

Menu berbuka simple je macam tahun-tahun sebelumnya. Tiga hari puasa ni en suami cuti dapat la merasa bagai satu dua juadah pasar Ramadhan, beliau kerja esok memang dah tak kuasa aku nak pergi. Makan je apa yang ada. Kuih tu kalau kerja petang boleh la singgah beli seringgit dua, kalau tak rerajin la aku buat nanti. Rasanya tak rajin kot nak buat. Kalau buat confirm punah diet.

Bulan puasa la bulan paling best. Tak tahu nak describe macam mana tahap bestnya tu. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Selamat gandakan amalan di bulan mulia ye kawan-kawan!



Model Ramadhan ibu. Comey kan!







19 comments:

  1. selamat berpuasa....comey model tudung tu...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa kak. ape plan juadah berbuka nanti hehe.

    ReplyDelete
  3. Comel sangat, muslimah cilik...

    ReplyDelete
  4. comeeelllnya model..
    selamat berpuasa pk

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa!
    aiman makan nasi goreng bubur, x pe la. dah terjaga lambat kan...

    saya pula, dah dua hari puasa, cik abg yang masakkan main course. saya masak nasi ngan tambah2 side dish je. harap2 sampai hujung ramadhan ;p

    comel sangat afia pakai tudung. boleh dia tahan. saya nk try pakaikan aleesya, huuuu... x sampai sesaat punnnn

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa buat PK & family... seronok berpuasa sebenarnya...target nak diet sekaligus..hihi
    amboii... comellnya model Ramadhan tu..nak cubitttt pipi :)

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa ... comey nye anak kecik tu

    ReplyDelete
  8. Model comel ni puasa tak? Haha..

    Selamat berpuasa PK. Jarang dapat berblog bila puasa ni, masa saya macam tal berapa cukup. Banyak nak buat demi perubahan masa... haha.. ayat kalah bos...bos kat rumah je.. kalau biasa tak masak sangat, tapi kalau puasa saya mmg masak kecuali sekali sekala makam kat luar.. beli kat pasar ramadan selalunya kuih yg suami suka sb saya malas nk buatnya..

    Nasi goreng bubur tu lagi senang nak telan, itu yang dua pinggan tu..kan? Ala, takkan chef hebat mcm PK pening gak apa menu nak masak ... kalau saya memang dah, mula2 ni okla lagi..dah dua minggu nanti mulalah rasa semua yang tahu dah masak.. huhu

    ReplyDelete
  9. Nasi goreng bubur? Kasi resepi plsss.... ahakkkk

    ReplyDelete
  10. alolo comelnya model Ramadhan.selamat berpuasa PK n family..

    ReplyDelete
  11. alahai macam macam kan. hihi.tak apa kenangan puasa thn ni

    setakat ni bru beli kuih j di param itu pon beli kuih pelita

    sama la dgn kami ais non hadoo juga

    comelnya pia. blh pakai raya nnti ni

    ReplyDelete
  12. Muslimah sungguh model Ramadhan kali ni. Kalau solat complete gaya gini okeylah Cik Pia. Ni masa solat habis semua bogel. Hahaha....

    Sekali lagi PK, Selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa kita lebih diberkati kali ini. Insya Allah, jumpa lagi bulan Ramadhan tahun depan ya ^_^

    ReplyDelete
  13. Ada cerita ke kat entri belakang belakang ni. Cik Suami kenapa PK ? gastrik ke?

    Comey sangat cik Pea berhijab, pandai pulak tu senyum mcm org dewasa

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!