Pages

Friday, May 01, 2015

Balik Kampung Lagi!



Jiwa kacau sikit kebelakangan ni, rutin blogging pun sedikit terganggu. Bukan masalah besar mana, tapi kalau hal yang melibatkan anak-anak ni memang i cannot adapt the situation. Risau je memanjang tau! Apa pun aktiviti main masak-masak tetap diteruskan. Banyak benda nak story, resepi masakan pun beribu lemon ni pending nak keluar, tapi...tapi...malas!hahaha..

Saja la kan menaip entry ringkas. Baju pun tak kemas masak beg lagi. Faham sajalah balik kampung sehari tapi angkut baju macam nak dok seminggu. En suami empat lima kali balik kerja tadi cakap benda yang sama, "kita tolak awal lepas subuh.." sibuk sangat dengan bola dia tu, macam la kaunter ticket bukak sesudah subuh kan!

Oklah nanti sambung cerita. Nak pi kemas apa yang patut. Tidur awal malam tadi tunggang terbalik rumah. Balik kampung tujuan utama sebab dua hero sado kesayangan aku tu la sibuk nak tengok bola kat stadium. Kebetulan cuti jadi sama-sama balik kampung. Depa tengok bola kita melepak dengan maktok je la Cik pia! Selamat bercuti buat semua.

Ni aku belanja gambar abang adik. Ambik Aiman dari sekolah Afia pun sibuk pakai beg nak lah..lah..(sekolah)










10 comments:

  1. selamat bercuti dan selamat balik kampung...

    ReplyDelete
  2. Balik kampung part packing yg malas tu

    ReplyDelete
  3. Wah.. dua dalam satu.. balik kg sambil tengok bola kat stadium ya.. syoknya.. moga selamat pergi dan balik ya.. apa hal yang merisaukan PK tu? Moga semuanya dah selesai ya

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti dan semoga selamat dalam perjalanan..

    ReplyDelete
  5. PK, selamat bercoti2..selamat balik kg :)

    utk cik pia, selamat melepak & bergomol dgn maktok ;p

    ReplyDelete
  6. semoga selamat dalam perjalanan..bes nya balik kg

    ReplyDelete
  7. Amboii comellnya dua beradik ni.. selamat bercuti PK... semangat nk tgk bola ya aiman..hehe

    ReplyDelete
  8. Baru ari ni sempat baca...ntah2 dh balik semula dari kampung...apapun selamay bercuti...cik pia comel....

    ReplyDelete
  9. alolo ommey nya :)
    kan bab angkut baju bak seminggu mmg la kan..

    ReplyDelete
  10. Betul tu, PK. Balik kampungnya sehari aje tapi berkemasnya macam nak pindah rumah. Saya pun selalu je kena sound dengan HD, katanya kita sewa lori ajelah bawah almari balik kampung sehari! Nyampah tau! Tapi tetap suruh kita juga pack pakaian!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!